Wednesday, April 28, 2010

Kes Teoh Beng Hock

Macam biasa, apa-apa yang 'dari Malaysia' memang tidak bagus dan tidak boleh dipercayai. Sebab itu kita perlu orang dari luar memberikan nasihat dan pandangan mereka.

Pakar forensik kita tidak bagus. Mereka korup dan boleh dibeli. Maka kita panggil pakar forensik dari Thailand dan Britain.

Dengan hanya melihat gambar, Dr Pornthip telah membuat 80% kesimpulan Teoh Beng Hock telah dibunuh. Namun autopsi kedua menunjukkan kesimpulan yang berbeza. Tiba-tiba beliau mendapat 'political pressure' dan mahukan jaminan keselamatan bertulis untuk memberikan keterangan di Malaysia. Mungkin Dr Pornthip boleh berlindung di kedutaan Turki.

Prof Peter Venezis, antara pakar forensik di dunia telah diguna khidmatnya oleh kerajaan. Perkara ini dipersetujui oleh pihak pendakwa sendiri. Namun apabila Prof Venezis menolak kemungkinan Teoh Beng Hock dibunuh, beliau dituduh telah dibayar. Bagaimanapun ini perkara biasa. Wakil rakyat di Malaysia yang melompat pun ada dua hukum yang berbeza.

Selalunya kita ingin mendengar apa yang kita ingin dengar. Kita kata kita mahukan 'justice for Beng Hock' tetapi bila hasil siasatan sudah diberikan kita tidak mahu terima. Bagi kita, keadilan hanyalah dikatakan keadilan bila ianya memihak kepada kita ataupun bertepatan dengan apa yang kita percaya.

Dengan menolak kepada kebenaran yang telah diberikan, sebenarnya kita telah menolak keadilan untuk Beng Hock. Refusal to accept the truth is injustice for Beng Hock.

Isu Remaja Ditembak Polis

Semalam saya terbaca seorang remaja 15 tahun telah ditembak mati oleh polis di Shah Alam. Walaupun budak ini cuba melarikan diri dari kepungan polis atas kelakuan yang 'mencurigakan', tindakan polis melepaskan tembakan adalah tidak wajar.

Polis hanya boleh memberi tembakan amaran melainkan jika budak itu berbalas tembakan dengannya. Ini standard prosedur.

Kes ini telahpun menjadi kes polis dan akan disiasat. Pegawai yang bertugas pun telah digantung kerja.

Bagaimanapun imej polis lebih tercalar dengan kes ini. Selepas ini pasti ramai yang akan menghentam abang-abang polis. Ini semua bergantung kepada politikus kita. Kita boleh jangkakan pasti ada suara yang akan meniupkan api kebencian kepada polis.

Malah sudah ada yang cakap ini kerja APCO/ZIONIS/PDRM/UMNO. Bagi saya ini tidak tepat malah mengarut.

APCO adalah konsultan yang dilantik kerajaan untuk memulihkan imej di mata dunia. Kalau nak kata APCO adalah dalang kepada kejadian ini, adakah bermkana APCO menyuruh kerajaan menembak budak ini? Fikir macam mana pun ini adalah tidak logik. Dengan menembak budak inilah lagi memburukkan imej negara di mata dunia. Tidak mungkin ini kerja atau nasihat APCO.

APCO lain yang dirujuk ialah standard piawaian yang diguna pakai oleh PDRM dalam membangunkan sistem komunikasi bagi keselamatan negara. Ini berbeza dengan konsultan APCO. Jadi macam mana satu standard piawaian boleh memberi arahan untuk menembak seorang pelajar? Bayangkan SIRIM atau ISO 9002 memberi arahan kepada pihak polls. Kalau boleh bayangkanlah.

Kalau benarlah ini kerja perisik Israel dalam PDRM, apa kaitannya dengan pelajar dengan kepentingan regim zionis? Kita boleh faham kalau yang ditembak itu seperti pemimpin hizbullah yang dibunuh di Dubai oleh Mossad. Tetapi seorang pelajar 15 tahun di Shah Alam? Adakah remaja ini ada maklumat risikan zionis? Atau pelajar ini menjadi pemimpin Hizbullah?

Seterusnya ada yang kata ini bukti kekejaman UMNO. Saya bukanlah ahli UMNO tetapi seperti kata seseorang- kita perlu membela mereka yang ditindas. Bukannya membodek untuk meminta kontrak buat longkang. Jadi saya timbulkan beberapa pertanyaan. Sejak bila melepaskan tembakan adalah kerja UMNO? Adakah UMNO yang bagi arahan sebab UMNO adalah kerajaan? Bagaimana pula dengan PKR yang memegang kerajaan negeri? Dalam hal ini parti politik tidak salah. Baik dari UMNO, MIC, PAS mahupun DAP. Ini soal beberapa anggota polis yang melanggar prosedur dan etika.

Dan jangan terkejut kalau ada yang kata isu tembak remaja ini kerana konsep ketuanan melayu. (Walaupun yang ditembak itu adalah orang melayu.) Silap-silap kita akan mendengar polis sekarang suka tembak orang melayu. Maklumlah, dulu kita dengar isu Kugan- terus polis dituduh suka darah india. Kemudian kes Teoh Beng Hock, pegawai penyiasat suka menyiasat orang cina sampai mati.

Sila jangan salah faham tentang posting ini. Ini bukan posting ingin membela polis yang telah menembak remaja ini. Ini posting untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa terdapat banyak karut marut yang cuba ditimbulkan. Bagi saya kita semua boleh berfikir sendiri dalam mengolah pandangan. Jangan mudah mengikut dan percaya bulat-bulat sesuatu tulisan tanpa berfikir dahulu.

Saya turut bersimpati kepada adik AminulRasyid. Malah saya harap anggota polis yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Al-Fatihah.

Beg Sekolah Berat

TAKE LOAD OFF STUDENTS' BACK- NST

KUALA LUMPUR: Scoliosis -- the spine taking a S-shape sideway -- is becoming very common among schoolchildren, especially girls, says the Malaysian Physiotherapy Association.

This follows the finding that the bags carried by schoolchildren are getting heavier from year to year.

MPA president Dr Balwant Singh Bains said if one were to look at the size of textbooks being carried these days, they seemed to be getting bigger.

*
Seperti yang kita semua tahu, zaman di sekolah adalah zaman galas beg sekolah berat-berat. Padahal tahap sekolah je baru. Di peringkat universiti- tempat ilmu yang lagi tinggi pun tak bawak beg seberat camtu.

Setiap subjek mesti ada buku teks, buku amali dan buku latihan dua bijik. (kalau dah habis satu buku, stapler dengan buku baru. Kalau subjek matematik lagi celaka, sampai 4 buku latihan kadang-kadang.)

Itu tak kira lagi buku-buku sekolah agama. Kalau yang malas nak salin beg atau begnya ada satu je, disumbatnya semua buku sekolah kebangsaan dan sekolalh agama. Peh.

Memang ada jadual harian. Tapi kalau ikut pun masih berat juga. Kalau tak ikut jadual, tak payah cakaplah Bila tengok beg tu tak ubah macam beg golf. Dia punya berat boleh buat baling kat anjing sampai maut. Siapa yang mampu tu bawaklah beg beroda. Tapi siapa yang tak mampu dan juga tak nak jadi tak cool- terpaksalah galas beg berat-berat tu.

Inilah nasib pelajar dari dulu sampai sekarang.

Mengapa saya timbulkan isu ini?

Dua hari lepas akhbar melaporkan pelajar kita semakin ramai yang mendapat scoliosis. Paling ramai di kalangan pelajar perempuan. Ini adalah perkara yang serius. Bayangkan tulang belakang kita berbentuk seperti S. Ia mengakibatkan postur badan kita lebih bongkok dari kebiasaan.

Pelajar adalah kanak-kanak yang sedang membesar. Segala corak pemakanan dan gaya kehidupan mempengaruhi proses tumbesarannya. Memikul beban yang begitu berat di belakang adalah gaya hidup yang kurang sihat. Ini memberi kesan kepada tulang belakang para pelajar.

Adakah kita mahu semakin ramai generasi muda mendapat scoliosis? Adakah kita sanggup melihat ramai pelajar menjadi bongkok?

Saya kira sudah tiba masanya pembekal buku teks mengambil langkah awal. Jadikan buku-buku teks ini berjilid. Ada jilid 1,2,3. Ini akan meringankan buku teks yang perlu dibawa.

Sistem persekolahan juga perlulah mengikut universiti di mana ada 2 semester dalam setahun. Ini memastikan pelajar tidak perlu membawa kesemua buku jilid 1,2,3 bila akhir tahun untuk ulangkaji. Apa yang sudah selesai di semester 1, selesailah.

Sekolah juga patut membenarkan pelajar tinggal buku di dalam meja. Jangan dilarang. Kalau takut kecurian, sediakan loker.

Kalau masih berat juga beg sekolah, gunalah beg laptop. Lebih selesa dan lebih ringan.

Apa kata anda?

Monday, April 26, 2010

Hulu Selangor

Keputusannya sudah diketahui. Barisan menang. Pakatan kalah.

Saya pernah menulis di twitter yang saya mahukan Zaid menang walaupun saya bukanlah geng pakatan. Adalah beberapa orang yang berasa hairan lalu bertanya mengapa saya berkata begitu. Biar saya cerita mengapa.

Tiga hari lepas pada hari khamis saya telah ke Parlimen. Saya ke sana atas urusan kerja (time cuti ni bosan kalau duduk sahaja di depan komputer. Jadi saya pun bekerja). Kebetulan nasib saya baik. Ketika itu sedang dibahaskan usul menghadapkan Anwar Ibrahim ke jawatankuasa kerana isu APCO dan 1Malaysia.

Apa yang terjadi sepanjang perbahasan itu kita semua sudah tahu. Namun apa yang ingin saya timbulkan ialah kualiti ahli parlimen kita- baik dari Barisan mahupun dari Pakatan. Saya perhatikan mereka ini tidak mampu berbahas dengan baik.

Saya akui kebolehan untuk berucap dengan baik seperti Anwar Ibrahim adalah seperti menunggu tarikh lompat 29hb februari tiba. Ia jarang-jarang ada. Tetapi untuk membuat kajian dengan baik adalah kebolehan semua orang. Tidak kira orang itu Anwar Ibrahim atau tidak.

Namun apa yang berlaku ialah, sudahlah tidak ramai ahli parlimen yang mampu berucap dengan baik, ditambah lagi dengan tahap kajiannya yang teruk. Saya boleh terima kalau mereka-mereka yang bergelar wakil rakyat ini cakap bosan tetapi bernas. Malah Tun Dr Mahthir pun berucap tidak sehebat Anwar Ibrahim. Namun kualiti isi ucapannya menjadi bahan kajian orang ramai.

Tetapi kalau dah sampai tahap cakap main sedap mulut tak ada fakta seperti Ibrahim Ali, bagi saya mereka ini tidak layak berada di parlimen. Tempat mereka di kedai kopi. Mereka menggunakan undi yang diberikan untuk meningkatkan duit di akaun bank bukannya meningkatkan daya intelektualisme. Bagi saya mereka hanya mengsia-siakan undi yang telah diberikan dari rakyat.

Di sinilah asas mengapa saya mahukan Zaid Ibrahim masuk ke Parlimen. Insan ini bukanlah jenis bercakap berdegar-degar seperti Anwar Ibrahim tetapi isinya kosong. Sebaliknya insan ini mempunyai daya fikrah yang tinggi walaupun mungkin skil oratornya membosankan. Malah bagi saya tidak ramai yang mampu menandingi tahap kajiannya. Kita boleh lihat melalui tulisannya di dalam buku 'Saya Pun Melayu' dan 'In Good Faith'. Sudah tentu Parlimen memerlukan lebih ramai orang seperti beliau.

Sekiranya Zaid menang, bayangkan apa akan terjadi di parlimen. Dengan adanya ahli-ahli parlimen yang berkualiti sebegini rupa, barulah parlimen kita ada kelas. Bukannya menjadi seperti sarkas.

Apapun pengundi di Hulu Selangor telah memilih Kamalanathan. Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur dengan kehendak mereka walaupun sedikit terkilan. Inilah demokrasi, kadang-kadang kita terpaksa menerima calon yang kurang hebat kerana majoriti telah memilihnya.

Kepada Zaid Ibrahim, tempat anda di kawasan bandar. Cuba lagi di masa akan datang. Jika sudah serik, tulislah buku lagi. Ramai yang pasti beli.

*

Kepada Pakatan Rakyat, bak kata Pak Lah "dah kalah tu, kalahlah." Anda kata ini 'buy-election' kerana Barisan menggunakan segala jentera kerajaan. Janji-janji pembangunan ditabur, projek dilulus, dana diberi. Ya, memang benar. Namun anda juga menggunakan jentera kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor pun umumkan projek, tabur janji dan guna kenderaan rasmi lagi untuk berkempen.

Jadi, mereka yang berada di dalam rumah kaca tidak sepatutnya membaling batu. Kan?

Cuba lihat di cermin dan tanya 'apa kelemahan Pakatan Rakyat sehinggi kalah di dalam pilihanraya kali ini'. Adakah kerana strategi berkempen yang hanya tertumpu kepada 'gig ceramah' di bandar sehingga kurang masuk ke kawasan pedalaman? Atau kerana kurangnya kerjasama kempen daripada PAS? Atau kerana anda telah tersalah memilih isu untuk dimainkan?

Atau sebenarnya pemimpin anda tidak lagi dipercayai semenjak 16 september?

Sunday, April 25, 2010

Malaysia, Malay, Muslim

"Malaysian first or Malay first? Or Muslim first?"
Soalan ni kalau ditanya pada ahli politik memang pening nak dijawabnya. Setiap jawapan akan memuaskan hati satu golongan dan menyebabkan golongan yang lain tidak puas hati.

Kalau kita jawab 'malay first', kita akan dituduh rasis. Tetapi jika kita menjadi 'malaysian first', ada kemungkinan kita dikatakan tak cukup islamik memandangkan kita tidak menjadi 'muslim first'. Masalahnya bila kita menjawab 'muslim first', lagilah dianggap sebagai fasis.

Bagi saya, soalan ini cukup tricky. Jawab ini salah, jawab itu pun salah.

Sebenarnya soalan ini samalah seperti ditanya "antara ibu dan ayah, yang mana satu anda paling sayang? Atau anda paling sayang anak anda?"

Jadi apa jawapan anda? Malay? Malaysian? Muslim?

Thursday, April 22, 2010

Coretan sedikit PRK Hulu Selangor

Sememangnya Zaid Ibrahim merupakan calon yang terbaik di kalangan yang bertanding. Baca sahajalah buku In Good Faith dan Saya Pun Melayu, kita akan dapat lihat betapa kritisnya minda beliau.

Cuma beliau bertanding di bawah Pakatan Rakyat. Jadi peluangnya adalah sukar.

Tetapi UMNO memilih untuk menyerang peribadi Zaid sebagai seorang kaki minum. Kononnya untuk memastikan orang Melayu tidak mengundi Zaid.

Tanpa disangka, Zaid mengaku yang dirinya pernah menjadi kaki minum. Ini mengejutkan geng UMNO yang kini terpaksa bersifat 'devensive'. Berapa ramai pemimpin UMNO yang minum. Tunku Abdul Rahman- Presiden UMNO kedua sendiri pun minum.

Jelas, isu minum ini bukanlah taktik yang terbaik malah adalah taktik bangang. Pengarah kempen Barisan Nasional perlu dipecat dan ditukar.

Sekarang Zaid telah menunjukkan sifat yang jujur dan tidak hipokrit. Undi simpati orrang ramai pasti memihak kepadanya.

Jika UMNO/Barisan masih memilih menyerang peribadi Zaid, jangan mimpilah nak tawan Hulu Selangor.

Minum atau tidak- bukan isunya. Kalau nak kata calon yang tidak minum lebih bagus, soalan saya satu sahaja- Kamalnathan tak minum ke?


(malam ini BB akan ke Hulu Selangor. Kebetulan ada kerja. Di samping itu bolehlah jenguk-jenguk kawasan pesta ini.)

Sunday, April 18, 2010

Kiraan gua

" Hero kalah dulu"- pegangan hidup hero-hero filem tamil.

" MU ni memang suka buat come back Ramlah Ram."- falsafah member gua di mapley semalam.

Ikut kiraan gua, MU tetap akan menjadi juara EPL buat kali keempat berturut-turut.


Dalam kiraan gua jugak, Liverpool sendiri yang akan hadiahkan kejuaraan 19 EPL kepada MU dengan mengalahkan Chelsea.

Lepas dah menang EPL nanti, kita suruh Pak Alex beli Xavi. Amacam?

Saturday, April 10, 2010

Jom Diskusi

REDANG TO BE LUXURY DESTINATION- NST

Only five-star hotels and resorts to be allowed on island.

KUALA TERENGGANU: Pulau Redang, widely regarded as one of the 10 most beautiful islands in the world, may soon be too expensive to visit for the average income earner.

The Terengganu government yesterday announced that now, only five star hotels and resorts would be allowed to operate on the island.


The decision had to be made to protect the island's precious and fragile environment, especially its rich diversity of coral reefs and marine life, said Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

*
Semalam kerajaan Terengganu buat keputusan nak jadikan Pulau Redang sebagai destinasi percutian mewah. Nak target orang-orang kaya duit berkepuk-kepuk datang. Pada masa yang sama nak jaga keindahan alam sekitar pulau itu yang semakin teruk. Caranya dengan membenarkan hotel 5 bintang sahaja dibina di pulau itu. Maklumlah berapa ramai orang yang mampu bayar bilik RM500-RM1500 satu malam. Memandangkan tak ramai orang yang mampu, jadi tak ramailah yang akan datang bercuti ke Pulau Redang. Oleh itu, kemusnahan alam sekitar pulau tersebut dapat dikurangkan.

*
Ada banyak pandangan atau 'angle' yang boleh kita lihat mengenai isu ini. Sudah tentu ada yang bersetuju dan ada yang tidak.

Sama ada pandangan kita benar atau salah, itu tidak penting. Tak ada pandangan yang benar dan tidak ada pendapat yang salah. Benar dan salah adalah subjektif dan bersifat relatif.

Yang penting, kita ingin merayakan budaya berdiskusi. Dari sini kita dapat lihat bagaimana kita mempertahankan pandangan kita serta meyakinkan orang ramai.

Tak perlu mencarut atau mengamuk sakan- kerana ini bukan blog Aduka Taruna.

Tak perlu nak kutuk-kutuk Barisan atau Pakatan- kerana ini bukan kawasan pilihanraya kecil.

Tak perlu nak gaduh pasal Mahathir dan Anwar- kerana ini tak ada kena mengena pun.

BasuhBaju ingin mengajak para pembaca untuk berdiskusi. Adakah langkah menjadikan Pulau Redang sebagai destinasi mewah adalah wajar? Atau tidak?

Selamat Berdiskusi!

Friday, April 9, 2010

Pendapatan Tinggi


15000 PEKERJA POS NAIK GAJI- Utusan

KUALA LUMPUR 6 April - Seramai 15,000 kakitangan Pos Malaysia Berhad termasuk 1,880 posmen dan kerani pos bakal menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai ini.

*
HARGA SETEM NAIK MULAI 1 JULAI- mStar

KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuat kuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya.

*
Beberapa hari yang lepas, abang-abang posmen naik gaji. Walaupun tidaklah naik sampai ke tahap gaji menteri, tapi setidak-tidaknya ini berita yang gembira. Tak tahulah kalau ada yang tak gembira bila gaji naik.

Pada masa yang sama, harga setem turut naik hampir 100%. Kalau dulu nak hantar surat hanya kena 30 sen, sekarang 60 sen. Maka ramailah yang tidak puas hati dan tidak gembira dengan berita ini.

Bagi saya- ini cukup menghairankan. Golongan ini bukan main kompelin pekerja dibayar gaji rendah. Tetapi apabila mereka kena membayar lebih sedikit bagi manfaat golongan pekerja, mereka tak mahu. Mereka kata ada cara lain lagi. Masalahnya cara yang bagaimana?

Kita kena faham tentang satu perkara- gaji tinggi memerlukan pendapatan yang tinggi. Kalau tidak, bagaimana nak bayar gaji yang dinaikkan tu?

Macam ni lah, kalau kita ada RM10, takkan kita boleh bagi RM15 kan? Jadi nak tak nak kita kena cari jalan macam mana nak tambah RM10 supaya kita boleh bagi RM15.

Pos Malaysia cuba meningkatkan pendapatan mereka dengan menaikkan harga setem. Malah harga setem sekarang terlalu rendah sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengsubsidi sehingga RM32 juta setahun. Jadi mana lagi baik- RM32 juta untuk naikkan gaji 15000 pekerja atau RM32 juta untuk 27 juta rakyat Malaysia hantar surat 30 sen?

Sebenarnya ada juga cara lain bagaimana meningkatkan gaji tanpa perlu menaikkan harga setem. Caranya ialah dengan membuang pekerja. Tetapi adakah kita sanggup 'membayar' harga beribu orang dibuang kerja?

Kepada mereka yang tidak puas hati- kalau kita mahukan perubahan, kita juga kena bersedia menerima perubahan. Kalau kita mahukan pekerja gaji tinggi, kita juga kena bersedia membayar barangan dengan harga yang tinggi. Kalau tidak bersedia, senang sahaja jawapannya- jangan guna setem. Guna email.

Thursday, April 8, 2010

Manchester United

SELANGOR GAGAL KE FINAL PIALA FA

KUALA LUMPUR- Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan menunjukkan jalan keluar buat penyandang juara, Selangor walaupun kalah 0-1 kepada skuad bimbingan K. Devan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Kemenangan tipis itu tidak cukup untuk menghalang Negeri Sembilan ke saingan akhir, selepas mempunyai kelebihan jaringan di tempat lawan.

Negeri Sembilan memenangi separuh akhir pertama 2-1, dan mara berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan, setelah agregat terikat 2-2.

*

Owh patutla Red Devil kalah malam tadi. Kena badi Red Giant.



ps: penyokong-penyokong MU jangan bersedih. Season depan kita suruh Pak Alex beli Messi, amacam?

Tuesday, April 6, 2010

LRT




1- Kata-kata pujangga ni diilhamkan di dalam tren minggu lepas. (kalau tak nampak, sila klik)

2- Hari ini habis exam. Maka tamatlah semester 2 yang mencabar. (ada kira-kira lagi 4 jam 14 minit).

3- Manchester United pasti akan menang EPL dan Champions League tahun ni.

Friday, April 2, 2010

Din Beramboi

" Buat lawak dari hati. Bukan buat-buat bodoh untuk lawak"- Din Beramboi

Ketika tangan sibuk melukis pelan bangunan di studio mengejar dateline, celotehnya menghilangkan rasa tensen di kepala.


Drama sebabak dan sawancara adalah penghibur di waktu pagi.

Setiap kali selepas submission projek- diri jadi tenang dan lega. Maka rancangan Spontan yang ditonton bersama rakan-rakan bilik adalah cara untuk kami berpesta bergembira dan ketawa bersama.

Din Beramboi- terima kasih.

Thursday, April 1, 2010

Ini Bukan April Fool

KTMB TO HAVE 'WOMAN ONLY' CARRIAGES SOON- NST

KUALA LUMPUR: The railway will soon have separate compartments for men and women in commuter trains serving Klang Valley, Rawang and Seremban.

This is to ensure the safety of women in packed trains during peak hours, Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) president Dr Aminuddin Adnan said yesterday.

There are three compartments in each carriage and these will be designated for men, women and families or couples.

*
Ini langkah yang bagus. Harap-harap PERKASA jangan tentang.

April Fool?


Sudah 3 minggu Parlimen bersidang. Apa perkara baru yang kita dapat lihat?

Tiada.

Macam biasa, ahli parlimen kita lagi gemar mendedahkan perkara yang tidak penting daripada mendedahkan masalah rakyat.

Parlimen untuk apa? Untuk tunjukkan pihak di seberang lebih buruk sebab ada link dengan Israel atau tempat untuk mendedahkan pihak sini lebih kotor kerana gila kuasa nak jadi PM?

Atau tempat untuk menipu rakyat dengan tidak menjalankan tugas?

Atau tempat untuk menggubal undang-undang demi kesejahteraan rakyat?