Wednesday, April 1, 2009

Anak jawa melancong sampai RM2 juta- Malaysiakini

SHAH ALAM, April 1 - Selangor investment arm Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB) paid a total of RM1.85 million for former Selangor Menter Besar Datuk Seri Mohd Khir Toyo's Disney tours to both Paris and Orlando in the United States.

The trip to Euro Disney was from 26th till 30th December 2004.

Khir and his delegates first went to Morocco and then had a five day transit in Dubai before going to Paris at a cost of RM416, 863.

The official delegation spent a total of RM416,000 and a team which went to make arrangements for the trip spent RM366,000.

Khir's second Disney trip was to Orlando from 23rd December 2007 to 1st January 2008, costing RM646, 841.

The delegates were also given an additional USD30,000 "pocket money" and therefore the total expenses for the trip amounted to RM750,000.

The state government paid RM336,531 first class tickets for airfare to Orlando and Honolulu while RM305,800 was spent on accommodations with Khir's suite in Orlando costing RM110,000.

The revelations were made today by PNSB chief executive officer Khairiyah Abu Hassan during an inquiry conducted by the state's Special Select Committee on Competence, Accountability and Transparency (Selcat).

hahaha nasib baik kalah Ketua Pemuda hari tu. hahaha

Woit! Nak tengok tikus kat disneyland pun suruh rakyat bayar ke? hahaha

Penyapu hari tu mana pergi? hahaha

Inilah cara nak buat duit senang- Utusan Meloya

KUALA LANGAT 31 Mac - Kerajaan memperuntukkan RM118 juta bagi membangunkan laman web komuniti melibatkan 750 Pusat Perkhidmatan Ilmu dan Komuniti (PPIK) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang berkata, ia tambahan daripada projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) yang dilancarkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-8 dan Ke-9.

Katanya, melalui laman web itu, pengguna Internet boleh mendapatkan maklumat mengenai kampung terlibat di bawah program USP.

Woit! biar betul! RM118 JUTA untuk bangunkan laman web? Ini nak buat laman web ke nak buat sekolah? hahahaha

Jangan nak tipulah. Buat satu laman web kosnya tak sampai satu juta pun. Ini bukan laman web macam Yahoo...! Laman web ini lepas ni boleh masuk Malaysia book of record..hahaha Laman web paling mahal dalam sejarah..hahaha

Tau tak RM118 juta boleh beli apa? 2300 rumah kos rendah.. 120 biasiswa pelajar buat perubatan di UK...hahaha

Siapa pakar komputer- sila jawab. Nak buat laman web berapa kos?

Puteri pakai Apron- Utusan Meloya

KEHANGATAN kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang semakin dirasai dan pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian pengundi.

Bagi Pergerakan Puteri UMNO, mereka juga mempunyai cara tersendiri bagi meraih sokongan rakyat. Skuad Peraih Undi Puteri

UMNO mengenakan apron ala pakaian tukang masak dengan tertera gambar calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian semasa berkempen di Pasar Simpang di Taiping.

Tindakan mereka ternyata berkesan apabila ramai peniaga dan pelanggan di pasar tersebut tertarik dengan kehadiran mereka dan berasa senang didekati.

Hahaha bila nak bersilat? Nanti bila dah habis pilihan raya jangan buang apron tu. Cuba jual kat ebay. Ada tak orang muda nak beli.hahaha

Shahrizat suka terung- Utusan Meloya

(Amaran: berita ini tidak sesuai untuk yang bawah umur. Tapi bawah umur itu macam mana? hahaha)

TRONG ialah salah satu daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terdapat dalam Parlimen Bukit Gantang.

Sejak hari pertama penamaan calon, ramai pemimpin UMNO hadir memberi sokongan membantu jentera pilihan raya kecil di kawasan itu.

Tidak ketinggalan ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO yang menang dalam pemilihan parti baru-baru ini, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Di sebalik semangat yang ditunjukkan untuk membantu, tidak ramai yang tahu bahawa terong cukup signifikan dengan Shahrizat.

Dalam satu majlis, beliau mendedahkan rahsianya itu.

''Saya suka makan terung," katanya disambut gelak ketawa para hadirin.

Hahahahaha ini berita apa ni? Utusan yang tulis ke atau mastika? hahaha Dah tak boleh sentuh Altantuya, sentuh terung pulak..hahaha

Kabinet baru lebih kecil?- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 31 Mac – Barisan Kabinet baru yang akan diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mengambil alih teraju negara daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak lama lagi dijangka lebih kecil daripada sekarang.

Eh..apa pulak lagi kecil.. Tuuu Rosmah tu apa? hahaha