Wednesday, April 28, 2010

Kes Teoh Beng Hock

Macam biasa, apa-apa yang 'dari Malaysia' memang tidak bagus dan tidak boleh dipercayai. Sebab itu kita perlu orang dari luar memberikan nasihat dan pandangan mereka.

Pakar forensik kita tidak bagus. Mereka korup dan boleh dibeli. Maka kita panggil pakar forensik dari Thailand dan Britain.

Dengan hanya melihat gambar, Dr Pornthip telah membuat 80% kesimpulan Teoh Beng Hock telah dibunuh. Namun autopsi kedua menunjukkan kesimpulan yang berbeza. Tiba-tiba beliau mendapat 'political pressure' dan mahukan jaminan keselamatan bertulis untuk memberikan keterangan di Malaysia. Mungkin Dr Pornthip boleh berlindung di kedutaan Turki.

Prof Peter Venezis, antara pakar forensik di dunia telah diguna khidmatnya oleh kerajaan. Perkara ini dipersetujui oleh pihak pendakwa sendiri. Namun apabila Prof Venezis menolak kemungkinan Teoh Beng Hock dibunuh, beliau dituduh telah dibayar. Bagaimanapun ini perkara biasa. Wakil rakyat di Malaysia yang melompat pun ada dua hukum yang berbeza.

Selalunya kita ingin mendengar apa yang kita ingin dengar. Kita kata kita mahukan 'justice for Beng Hock' tetapi bila hasil siasatan sudah diberikan kita tidak mahu terima. Bagi kita, keadilan hanyalah dikatakan keadilan bila ianya memihak kepada kita ataupun bertepatan dengan apa yang kita percaya.

Dengan menolak kepada kebenaran yang telah diberikan, sebenarnya kita telah menolak keadilan untuk Beng Hock. Refusal to accept the truth is injustice for Beng Hock.

Isu Remaja Ditembak Polis

Semalam saya terbaca seorang remaja 15 tahun telah ditembak mati oleh polis di Shah Alam. Walaupun budak ini cuba melarikan diri dari kepungan polis atas kelakuan yang 'mencurigakan', tindakan polis melepaskan tembakan adalah tidak wajar.

Polis hanya boleh memberi tembakan amaran melainkan jika budak itu berbalas tembakan dengannya. Ini standard prosedur.

Kes ini telahpun menjadi kes polis dan akan disiasat. Pegawai yang bertugas pun telah digantung kerja.

Bagaimanapun imej polis lebih tercalar dengan kes ini. Selepas ini pasti ramai yang akan menghentam abang-abang polis. Ini semua bergantung kepada politikus kita. Kita boleh jangkakan pasti ada suara yang akan meniupkan api kebencian kepada polis.

Malah sudah ada yang cakap ini kerja APCO/ZIONIS/PDRM/UMNO. Bagi saya ini tidak tepat malah mengarut.

APCO adalah konsultan yang dilantik kerajaan untuk memulihkan imej di mata dunia. Kalau nak kata APCO adalah dalang kepada kejadian ini, adakah bermkana APCO menyuruh kerajaan menembak budak ini? Fikir macam mana pun ini adalah tidak logik. Dengan menembak budak inilah lagi memburukkan imej negara di mata dunia. Tidak mungkin ini kerja atau nasihat APCO.

APCO lain yang dirujuk ialah standard piawaian yang diguna pakai oleh PDRM dalam membangunkan sistem komunikasi bagi keselamatan negara. Ini berbeza dengan konsultan APCO. Jadi macam mana satu standard piawaian boleh memberi arahan untuk menembak seorang pelajar? Bayangkan SIRIM atau ISO 9002 memberi arahan kepada pihak polls. Kalau boleh bayangkanlah.

Kalau benarlah ini kerja perisik Israel dalam PDRM, apa kaitannya dengan pelajar dengan kepentingan regim zionis? Kita boleh faham kalau yang ditembak itu seperti pemimpin hizbullah yang dibunuh di Dubai oleh Mossad. Tetapi seorang pelajar 15 tahun di Shah Alam? Adakah remaja ini ada maklumat risikan zionis? Atau pelajar ini menjadi pemimpin Hizbullah?

Seterusnya ada yang kata ini bukti kekejaman UMNO. Saya bukanlah ahli UMNO tetapi seperti kata seseorang- kita perlu membela mereka yang ditindas. Bukannya membodek untuk meminta kontrak buat longkang. Jadi saya timbulkan beberapa pertanyaan. Sejak bila melepaskan tembakan adalah kerja UMNO? Adakah UMNO yang bagi arahan sebab UMNO adalah kerajaan? Bagaimana pula dengan PKR yang memegang kerajaan negeri? Dalam hal ini parti politik tidak salah. Baik dari UMNO, MIC, PAS mahupun DAP. Ini soal beberapa anggota polis yang melanggar prosedur dan etika.

Dan jangan terkejut kalau ada yang kata isu tembak remaja ini kerana konsep ketuanan melayu. (Walaupun yang ditembak itu adalah orang melayu.) Silap-silap kita akan mendengar polis sekarang suka tembak orang melayu. Maklumlah, dulu kita dengar isu Kugan- terus polis dituduh suka darah india. Kemudian kes Teoh Beng Hock, pegawai penyiasat suka menyiasat orang cina sampai mati.

Sila jangan salah faham tentang posting ini. Ini bukan posting ingin membela polis yang telah menembak remaja ini. Ini posting untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa terdapat banyak karut marut yang cuba ditimbulkan. Bagi saya kita semua boleh berfikir sendiri dalam mengolah pandangan. Jangan mudah mengikut dan percaya bulat-bulat sesuatu tulisan tanpa berfikir dahulu.

Saya turut bersimpati kepada adik AminulRasyid. Malah saya harap anggota polis yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Al-Fatihah.

Beg Sekolah Berat

TAKE LOAD OFF STUDENTS' BACK- NST

KUALA LUMPUR: Scoliosis -- the spine taking a S-shape sideway -- is becoming very common among schoolchildren, especially girls, says the Malaysian Physiotherapy Association.

This follows the finding that the bags carried by schoolchildren are getting heavier from year to year.

MPA president Dr Balwant Singh Bains said if one were to look at the size of textbooks being carried these days, they seemed to be getting bigger.

*
Seperti yang kita semua tahu, zaman di sekolah adalah zaman galas beg sekolah berat-berat. Padahal tahap sekolah je baru. Di peringkat universiti- tempat ilmu yang lagi tinggi pun tak bawak beg seberat camtu.

Setiap subjek mesti ada buku teks, buku amali dan buku latihan dua bijik. (kalau dah habis satu buku, stapler dengan buku baru. Kalau subjek matematik lagi celaka, sampai 4 buku latihan kadang-kadang.)

Itu tak kira lagi buku-buku sekolah agama. Kalau yang malas nak salin beg atau begnya ada satu je, disumbatnya semua buku sekolah kebangsaan dan sekolalh agama. Peh.

Memang ada jadual harian. Tapi kalau ikut pun masih berat juga. Kalau tak ikut jadual, tak payah cakaplah Bila tengok beg tu tak ubah macam beg golf. Dia punya berat boleh buat baling kat anjing sampai maut. Siapa yang mampu tu bawaklah beg beroda. Tapi siapa yang tak mampu dan juga tak nak jadi tak cool- terpaksalah galas beg berat-berat tu.

Inilah nasib pelajar dari dulu sampai sekarang.

Mengapa saya timbulkan isu ini?

Dua hari lepas akhbar melaporkan pelajar kita semakin ramai yang mendapat scoliosis. Paling ramai di kalangan pelajar perempuan. Ini adalah perkara yang serius. Bayangkan tulang belakang kita berbentuk seperti S. Ia mengakibatkan postur badan kita lebih bongkok dari kebiasaan.

Pelajar adalah kanak-kanak yang sedang membesar. Segala corak pemakanan dan gaya kehidupan mempengaruhi proses tumbesarannya. Memikul beban yang begitu berat di belakang adalah gaya hidup yang kurang sihat. Ini memberi kesan kepada tulang belakang para pelajar.

Adakah kita mahu semakin ramai generasi muda mendapat scoliosis? Adakah kita sanggup melihat ramai pelajar menjadi bongkok?

Saya kira sudah tiba masanya pembekal buku teks mengambil langkah awal. Jadikan buku-buku teks ini berjilid. Ada jilid 1,2,3. Ini akan meringankan buku teks yang perlu dibawa.

Sistem persekolahan juga perlulah mengikut universiti di mana ada 2 semester dalam setahun. Ini memastikan pelajar tidak perlu membawa kesemua buku jilid 1,2,3 bila akhir tahun untuk ulangkaji. Apa yang sudah selesai di semester 1, selesailah.

Sekolah juga patut membenarkan pelajar tinggal buku di dalam meja. Jangan dilarang. Kalau takut kecurian, sediakan loker.

Kalau masih berat juga beg sekolah, gunalah beg laptop. Lebih selesa dan lebih ringan.

Apa kata anda?