Monday, May 24, 2010

Dari Australia- AirAsiaX dan MAS

Hari Pertama- 12 Mei 2010

Aku sudah terlewat ke LCCT. Aku kena berada 90 minit sebelum departure time- jam 1.50 tengah hari. Namun jam di tangan sudah jam 12 dan aku masih berada di KL di dalam skybus.

Entah macam mana- seperti pertolongan dari Yang Maha Esa, kaunter check-in AirAsia mengalami kesesakan. Begitu ramai manusia yang mahu ke Melbourne seperti aku. Jadi kaunter terpaksa dibuka. Walaupun aku orang terakhir yang mendaftar masuk, tetapi aku tetap sempat menaiki flight D2722- alhamdulillah.


Ini bukanlah kali pertama aku ke LCCT. Sebelum ini berkali-kali juga aku menjadi pelanggan AirAsia untuk terbang ke mana-mana. Maklumlah 'now everyone can fly'. Namun ini adalah pengalaman pertama aku menggunakan AirAsiaX. Sebagai pelajar, 'now I can fly Xtra looong.'

Sejujurnya aku mengagumi Tony Fernandes- insan yang telah merevolusikan industri penerbangan negara kita. Lebih 70 juta penumpang yang mendapat manfaat daripada konsep penerbangan tambang murah beliau. Daripada hutang RM40 juta ketika diambil alih dengan harga RM1 pada tahun 2001, kini AirAsia mempunyai aset bernilai lebih RM2.63 Billion dan lebih 5000 orang pekerja. Daripada ada satu syarikat AirAsia, kini dah ada AirAsiaX. Ya, memang Tony Fernandes seorang kapitalis. Tapi apa masalahnya? Setidak-tidaknya ini kapitalis yang membantu golongan marhaen seperti aku.


Aku masih ingat ketika AirAsiaX memulakan penerbangan jarak jauh ke London. Ketika tu aku bodoh tak ambik peluang untuk ke sana pada harga yang murah. (Seingat aku promosi masa tu RM699 harga tiket pergi balik campur tax. Giler kan?) Dan begitulah gilernya reaksi orang bila AirAsiaX terbang ke London. Tapi dah menjadi kebiasaan orang Malaysia- semua benda nak skeptik. Masa buat lebuhraya PLUS nak skeptik. Masa buat Proton nak skeptik. Masa nak masuk F1- lagilah skeptik. Jadi ramailah yang cakap model tambang murah ni takkan boleh 'pergi' punya untuk destinasi jauh-jauh yang melebihi 3jam penerbangan.


Tapi apa yang terjadi sekarang?

AirAsiaX siap tambah lagi destinasi ke Tianjin (Beijing), New Delhi, Mumbai dan Abu Dhabi (Dubai). Bila AirAsiaX perkenalkan laluan Abu Dhabi, aku terus sambar tak fikir panjang. Memang murah- dalam RM350 pergi balik campur tax. (Deal terbaik dalam hidup aku). Disebabkan AirAsiaX tambah destinasi jarak jauh macam tambah lauk, MAS pun mula panas. Tak cukup nak kena bersaing di peringkat Asia Tenggara, ni nak bersaing di eropah,asia dan australia pula.


Oleh itu Kerajaan melindungi MAS kerana MAS adalah GLC. Kalau MAS rugi, kerajaan yang rugi (baca rakyat). Oleh itu perlindungan diberikan dengan menghalang AirAsiaX dari terbang ke laluan yang dimonopoli MAS contohnya Sydney dan Seoul. Tetapi ironinya, keuntungan MAS paling banyak di laluan domestik dan Asia Tenggara-di mana MAS kena bersaing dengan AirAsia. Malah MAS telah menambah kekerapan penerbangan. Contohnya di Perth dan Melbourne.

Sebenarnya ini berkaitan dengan efficiency. Bila ada persaingan, baru MAS jadi effisien. Kalau dulu bolehlah caj RM800 pergi balik ke Kota Kinabalu. Tapi bila ada AirAsia, kenalah cari jalan untuk kurangkan kos. Itu yang Idris Jala buat masa turn around MAS daripada rugi kepada untung. Idris Jala perkenalkan "Everyday's Low Fare" sebab beliau ada cara nak turunkan kos tanpa komproni kualiti seperti AirAsia. Tetapi pada masa yang sama MAS tak nak persaingan sebab nak monopoli- nak untung cara senang. Bila MAS untung, kerajaan pun untung . Ini kitaran bisnes yang untung tapi yang sakit ialah pengguna kena bayar mahal.


Namun nak salahkan MAS tak boleh jugak. AirAsia ni asyik nak terbang ke destinasi MAS je. Kalau kita tengok hampir 90% laluan AirAsia overlap dengan MAS. Kenapa overlap? Sebab laluan ni popular. Bagaimana boleh popular? Sebab MAS dah melabur untuk promosikan laluan tersebut. Contohnya MAS dah belanja RM100 juta setahun untuk promosikan Australia, tapi tup tup senang-senang je AirAsia masuk line. Tak ke bikin panas? Well, inilah bisnes kan. So MAS strikes back dengan guna kerajaan tak beri kebenaran kepada AirAsiaX untuk terbang ke Sydney dan Seoul.


Btw, aku adalah mangsa kepada perangai AirAsia yang suka terbang di laluan yang sudah popular sahaja. Macam aku cerita tadi, asalnya aku ke Abu Dhabi. Tetapi memandangkan laluan ini tidak menguntungkan AirAsiaX, laluan ini telah dibatalkan. Aku pula diberi pilihan untuk refund atau terbang ke destinasi lain. Maka aku pun memilih untuk pergi ke Melbourne.

Sebenarnya persaingan antara AirAsia dan MAS ni bukanlah persaingan macam Maybank dan CIMB. Atau Nike dan Adidas. Apa yang berlaku sekarang lebih kepada hotel Seri Malaysia yang 3 bintang dengan hotel Hilton yang 5 bintang. Selagi mana ada permintaan untuk barang murah, selagi itu ada permintaan untuk barang mahal. Ala, macam mercedes dan proton. Ini perkara yang perlu kita faham. Mereka tidak bersaing tetapi saling melengkapi (complement). Kalau di Singapore mereka ada SIA dan Tiger Airways. Kalau di Australia mereka ada Qantas dan JetStar. Di Malaysia kita ada MAS dan AirAsia.

Jika tidak percaya mereka saling melengkapi, AirAsiaX telah berjaya membesarkan pasaran dengan menarik penumpang yang berpendapatan rendah. Sebagai contoh laluan di Perth telah berkembang 66%, Melbourne (+41%), London (+31%) dan Taipei (+57%)- semenjak 2009. Ini menunjukkan AirAsia membesarkan 'kek' bukannya memakan bahagian 'kek' MAS. Malah di laluan yang AirAsia tidak terbang berlaku penurunan dari segi jumlah penumpang. Contohnya Sydney (-20%), Tokyo (-10%), New Delhi (-20%) dan Paris (-15%). Clearly AirAsiaX berjaya membuka pasaran yang baru di laluan yang sama.

Kalau MAS okey je bersaing dengan SIA, Etihad dan Emirates untuk laluan yang sama dan di segmen pasaran yang sama, mengapa perlu menghalang AirAsiaX-syarikat Malaysia? Keduanya boleh membawa masuk pelancong begitu ramai dari pelbagai kelas pendapatan. In fact pada tahun 2009, jumlah pelancong dari Australia naik 25%, UK (+17%), China (+7%) dan Taiwan (+4%).

Di akhirnya kita mahu keduanya memberi manfaat kepada negara. Kita mahu pelancong makin ramai yang datang. Kita pun mahu KLIA boleh beat airport di Changi dan di Suvarnabhumi. Kita nak MAS boleh head-to-head dengan Singapore Airlines. Kita harap lagi ramai rakyat mampu terbang ke seluruh dunia dengan AirAsia.


Aku terfikir- apa salahnya AirAsia diberi kebenaran untuk terbang ke mana-mana destinasi. MAS pun akan menjadi lebih effisien seperti di laluan domestik dan ASEAN. Kerajaan boleh bagi subsidi untuk promosikan laluan-laluan baru seperti Vienna, Moscow, Nagoya, Manchester, etc,etc. Dengan ini KLIA boleh menjadi hub penerbangan Asia Tenggara.

*
Ketika flight D2722 hendak berlepas dari LCCT menuju ke Melbourne.- aku tersentak dari lamunan. Aku pandang ke luar tingkap- makin lama makin hilang pandangan tanah airku. Dan aku pun memulakan percutian ke nation of immigrant- Australia.


Seterusnya: pengalaman di Sydney.