Dah ramai dah orang cakap kat aku. Ekonomi sekarang dah teruk. Tapi aku tak nak percaya. Mana ada ekonomi teruk. Aku rasa surat khabar menipu. Saje nak buat gempak dan suspen. Kenapa aku cakap camni? Tak percaya sila pergi beli barang kat kedai. Harga barang masih mahal. Kalau betullah ekonomi sedang jatuh merudum, kenapa harga barang tak murah-murah?
Ikut teori ekonomi, zaman gawatlah zaman harga jatuh. Sebab permintaan berkurang kerana orang tiada duit. Bila permintaan berkurang, harga kena bagi turun. Kalau tak turun, siapa nak beli mahal-mahal. Betul tak?
Tapi hari ni aku dah percaya yang ekonomi negara memang sedang tenat. Harga sudah turun. Sudah jadi murah. Lagi-lagi hartanah di Shah Alam. Semalam aku baca banglo satu ekar lebih kat kawasan bukit-bukit HANYA bernilai RM3.5 juta. Pergh, dah murah ye hartanah sekarang. Best betullah kalau aku ada duit. Tak payah nak kena kumpul sampai RM24 juta untuk beli mahligai ala-ala bali kat seksyen 7.
Jadi sekarang aku rasa aku kena jadi Menteri Besar Selangor dululah. Baru aku dapat beli dengan murah. Lagi senang. Tak payah nak tunggu ekonomi merudum.
ps: Borang nak jadi menteri bedar ada jual dekat kaunter JPN tak?
Oh ye, Basuh Baju sakit gigi semalam. Dalam perjalanan nak jumpa doktor gigi, ternampak pulak banglo besar ni. Sebagai pelajar seni bina, Basuh Baju tertarik dengan keindahannya. Korang rasa bagaimana? Cantik kan? Kalau cantik, Basuh Baju nak apply PTPTN untuk beli sebuah. Murah je....