Basuh Baju masih tidak mahu ketawa pada hari ini. Sebenarnya Basuh Baju berasa sedih kerana Khairy tidak dipilih menjadi menteri Pertanian. Basuh Baju baru bercita-cita ingin mendapatkan kontrak mengeksport ubi ke Maghribi.
Jadi Basuh Baju telah mengutip beberapa kata-kata politikus mengenai kabinet baru bermuka lama ini.
Selamat Membaca.
" Kasihan Mukhriz kena balik. Dia baru sampai Jepun ke Disneyland." Siti Hasmah ketika ditanya perlantikan Mukhriz. (Nota: Mukhriz tidak bersama dengan Khir Toyo ke sana.)
" Ini bukan masalah bagi saya malah saya sedia dikritik pengguna." Ismail Sabri yang menjadi menteri hal ehwal pengguna.
" UMNO Perlis kecewa. Negeri yang kalah teruk ada menteri. Perlis tidak ada satu pun." Shahidan Kassim merupakan Pengerusi UMNO Perlis. Perlis merupakan negeri yang cemerlang dalam PRU.
" Saya dah berniaga dekat 30 tahun. Nampaknya saya terpaksa serahkan bisnes kepada bini. " Raja Nong Chik. Muka baru yang dilantik menjadi menteri wilayah persekutuan.
" Saya dapat tahu pun masa tengah beri ucapan. Tiba-tiba dapat panggilan." Ong Tee Keat. Ketika itu beliau sedang memberi ucapan kepada golongan belia.
" Kabinet ni macam pasukan bola. Tempatnya terhad. Hanya terbaik dipilih untuk main." Adnan Yaakob memberi komen.
" Isteri saya akan masak laksa lebih sedap berbanding biasa." Ahad Zahid berkata mengenai perlantikannya sebagai menteri pertahanan.
" Saya tak sangka. Hati saya tersentuh kerana PM mempercayai saya." Anifah Aman. Merupakan menteri luar yang baru.
" Mungkin bercuti sekejap. Nak kena fikir masa depan dan karier." Ahmad Zin. Bekas menteri kerja raya yang digugurkan dari kabinet.
" Saya tak perlu komen. Saya dah berkhidmat dengan 3 PM. Patutnya minta komen dari menteri baru." Nazri Aziz. Menteri yang uruskan hal undang-undang dan kehakiman.
" Politik macam bola sepak. Ada pertahanan, ada penyerang. Portfolio saya macam penyeranglah sebab kena berhubung dengan golongan muda." Shabbery Chik yang baru dilantik menjadi menteri belia dan sukan. Harap-harap lepas ni makin ramai belia yang nak berdebat.