Friday, April 10, 2009

Apabila Politikus berkata-kata


Basuh Baju tidak mahu bergelak sakan pada hari ini sebagai tanda menghormati hari Jumaat. Basuh Baju risau ini akan menjejaskan tumpuan ketika solat Jumaat nanti.

Jadi, Basuh Baju mengambil beberapa kata-kata politikus Barisan mengenai barisan kabinet yang baru.

Selamat Membaca.

" Jawatan dalam Kabinet tak boleh dilobi." Najib.

" Saya dan Najib mampu menjadi gandingan mantap. " Muhyiddin.


'' Saya bukan pemimpin glamour.'' Shafie Apdal.

" Saya terharu terus diberi kepercayaan walaupun sebagai orang lama." Rais Yatim.

" Saya tak sangka kembali ke Kabinet. Ini satu penghargaan kepada wanita." Shahrizat.

" Melaka kecewa dengan kabinet baru. " Ali Rustam.

" Saya tidak kecewa. PM memberi saya tugas lain untuk sayap Pemuda. " Khairy.

"Saya dah kata, saya tak campur tangan dalam pelantikan dia (Mukhriz). Kalau tak lantik pun, tak apa juga. Tapi ini dah lantik saya gembiralah. " Mahathir.

‘‘Mukhriz mampu menggalas tanggungjawab itu. Beliau belajar banyak dari bapanya dan beliau juga seorang anak yang baik. ’’ Siti Hasmah.

“Kepercayaan yang diberikan beliau itu boleh dianggap sebagai hadiah hari lahir saya esok (hari ini)." Ng Yen Yen- Menteri Perlancongan.

" Saya dapat tahu pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, tiba-tiba menerima panggilan telefon meminta saya berada bersama mendokong kerajaan." Jamil Khir- Menteri hal ehwal Agama.

" Saya tidak terperanjat dengan keputusan PM. Saya terima dengan berlapang dada dan anggap ini qada' dan qadar." Syed Hamid Akhbar.

" Mampu kembali kepercayaan rakyat. Saya sokong 100% siapa sahaja yang dipilih. Inilah saf terbaik yang saya lihat." Khir Toyo ketika berucap di Disneyland sambil memegang penyapu.

9 comments:

Anonymous said...

bro, skali skala klaka cmni cool jgk.. best2..

Dari Jalan Kopi said...

Assalamualaikum Syed Hamid Albar. Apa Khabar? Sehat Tak? Kan Saya Dah Pesan Awal-Awal - Krisis Ekonomi Dunia Ramai Yang Akan Kehilangan Kerja. KahKahKah. Kamu Bagaimana? Kena Buang Juga Ke? KahKahKah. KahKahKah. KahKahKah. Siakap Senohong Gelama Ikan Laga Bercakap Bohong Lama-Lama Kena Buang Kerja. KahKahKahKahKahKahKah!!!!!!!!

Basuh Baju said...

sekali gua salah taip nama dia da..haha krisis ekonomi. ptt la kena buang kabinet..haha

Seladang said...

Semua kerana pandai bodek Mahathir. Najib hanya patung penghias politik sahaja!

Cob Nobbler said...

smart poster nko.
mana dapat font?

huhu!

Anonymous said...

nice blog! like no other.

Hanggokan said...

kahkahkah...
kabinet dapur dah penoh. yang takde dalam kabinet,apa bikin sekarang? tanak join main bola ke? kahkahkah!

Khazinatul Asrar said...

ada mukhriz lagi senang la najib di patungkan mahathir...
bukan dulu mase dia letak jawatan dia ada kate xnk campur tgn ke??
alih2 sampai sekarang tgn dia dok men kira2 lagi..

Basuh Baju said...

seladang: najib bukan patung. tapi anak patung..haha

nami: aku guna word ke.. nama apa ntah..jap aku cek nnti..haha

did: cmne nak main bola kat kabinet?haha

Khazinatul: hmmm... nak buek cmno..