Tuesday, March 31, 2009

Utusan kata Nizar calon DAP- Utusan Meloya

TAIPING 30 Mac – Benarkah Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin adalah ‘calon DAP’ dan bukannya mewakili suara dalam Pas?

Persoalan tersebut berlegar di kalangan para pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang akan berlangsung pada 7 April ini.

Hahahaha apalah punya bangang surat khabar ni. Ada lagiu taktik kempen camni.hahaha

Nizar calon DAP? Baguslah. Tak sangka DAP sudah berjaya diislamkan dan disunatkan.hahaha

Nizar calon DAP? Maknanya lagi ramailah orang melayu dan Islam sokong DAP lepas ni. DAP sudah tidak chauvinis.hahaha

Chauvinis tu apa? Stephen Chow ke? hahaha

Guru tak sesuai berpolitik- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk membenarkan guru Kumpulan A bergiat aktif dalam politik tidak sesuai dilaksanakan kerana ia dikhuatiri boleh memecahbelahkan warga pendidik di sekolah, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Beliau menegaskan, sesetengah guru mungkin taksub dengan parti yang disokong sehingga wujud sikap berpuak, sekali gus menjejaskan pelajar.

Ismail mengulas cadangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, supaya golongan pendidik, terutama guru Kumpulan A diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti.

Hahaha kesian guru. Masa jadi pelajar tak dapat bepolitik sebab AUKU..Dah kerja pun tak dapat jugak..hahaha

Kesian.. Woit! Politik tu kehidupanlah. Pergi kerja politik. Baca berita politik. Sembang kat kedai kopi pun politik. hahaha

Satu soalan: Golongan mana yang mulakan perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu? Guru atau artis? hahaha