Tuesday, March 31, 2009

Guru tak sesuai berpolitik- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Cadangan untuk membenarkan guru Kumpulan A bergiat aktif dalam politik tidak sesuai dilaksanakan kerana ia dikhuatiri boleh memecahbelahkan warga pendidik di sekolah, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Beliau menegaskan, sesetengah guru mungkin taksub dengan parti yang disokong sehingga wujud sikap berpuak, sekali gus menjejaskan pelajar.

Ismail mengulas cadangan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, supaya golongan pendidik, terutama guru Kumpulan A diberi kelonggaran dan kebenaran untuk terbabit dalam aktiviti politik serta memegang jawatan dalam parti.

Hahaha kesian guru. Masa jadi pelajar tak dapat bepolitik sebab AUKU..Dah kerja pun tak dapat jugak..hahaha

Kesian.. Woit! Politik tu kehidupanlah. Pergi kerja politik. Baca berita politik. Sembang kat kedai kopi pun politik. hahaha

Satu soalan: Golongan mana yang mulakan perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu? Guru atau artis? hahaha

3 comments:

piNky LuCiA said...

tak setuju.. aku bakal guru.. habis tu tak kan aku nak tggu pencen dulu baru ley berpolitik.. msa tu da tua tak larat nk berpolitik da.. hukhuk

nami o fish said...

haha yang ni lawak beb.

kalau guru tak sesuai berpolitik,kenapa mereka jadi kerani SPR masa hari mengundi?

Tukang kira undi selalunya cikgu.

Tempat buang undi selalunya kat sekolah.

Aku tak paham la menteri ni,dia jadi menteri sebab dapat cabutan bertuah beli Choki-Choki ke?

bubblylicious said...

ha'ah kn..ye x ye gak..cian r guru n bkal2 gru kte gni..idop tsekat beb..