Apabila ada yang berkata isu kalimah Allah adalah isu yang sensitif- ramai yang ketawa dan mengutuk orang-orang begini. "Sikit-sikit nak sensitif, pergi matilah"- ini adalah antara pemikiran yang lahir di dalam minda mereka. Sejujurnya pada awalnya saya juga berpemikiran begini. Namun saya silap.
Saya silap tentang beberapa perkara berkaitan dengan sensitiviti.
Pertama- perkara sensitif tidak memerlukan sebab yang kukuh. Lebih teruk, logik akal tidak diambil kira (logic doesn't count).
Orang di Thailand sangat sensitif tentang raja mereka. Pijak gambar pun boleh dipenjara. Kutuk raja kena pukul. Tak hormat raja kena tendang dari jawatan. Bagi kita mungkin ia adalah perkara bangang. Pasal raja pun nak emo tak tentu pasal. Mulia sangat ke raja tu. Padahal raja tu tak effect apa pun kalau gambar kena pijak. Tapi cuba kita cakap camtu kat mereka, konfem kena tomoi.
Di sini menunjukkan setiap negara ada sensitivitnya tersendiri. Di negara paling liberal pun (baca: Amerika) ada juga perkara yang sensitif. (Masih lagi hairan kenapa warga Indonesia bengang pasal isu tarian pandet?)
Kedua- sensitiviti dan hak tidak semestinya berjalan seiring. Adakalanya hak itulah yang menyebabkan perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat.
Kalau di India, perkara yang sensitif ialah lembu- iaitu haiwan suci agama hindu. Cuba bayangkan 100 juta orang muslim di India menyembelih haiwan tersebut ketika hari raya korban. Kalau ikut logik, apa masalahnya. Sembelih haiwan je pun. Lagipun itu hak orang muslim. Tapi realitinya- mau mengamuk penganut agama hindu di sana kalau hak sembelih itu dilaksanakan.
Jadi di sini menunjukkan dalam menjaga sensitiviti masyarakat, adakalanya kita perlu ketepikan hak kita.
Berbalik dalam isu kalimah Allah- saya kira kita semua perlu bersetuju (sama ada suka ataupun tidak) bahawa isu ini adalah perkara yang sensitif di Malaysia. Jadi cakap-cakap bahawa "benda camni pun nak sensitif" adalah silap dan tidak sensitif kepada mereka yang sensitif.
notakaki: akan bersambung. Maaf tidak selalu update. Celaka, sibuk macam budak baru masuk sekolah.