Antara perkara yang paling saya suka ketika di bulan Ramadhan ialah membaca Salam Perantauan di akhbar. Selalunya ruangan salam ini muncul di akhbar melayu. Walaupun amat jarang saya membeli akhbar melayu, tetapi ada kalanya saya terbeli. Maklumlah bila tertekan dengan projek, minda ini perlukan lawak jenaka juga. Dan akhbar melayu tidak pernah menghampakan saya dengan berita-berita kelakar seram.
(Oh ye, untuk rekod saya tak beli pun Utusan. Gila apa. Membeli Utusan seolah-olah saya telah melakukan satu dosa kepada daya fikrah sendiri. Saya lagi rela membayar RM1.50 untuk sekeping otak-otak daripada meyumbang kepada gaji Awang Selamat yang menulis macam orang tak ada otak.)
Ada yang diterbangkan kerana memiliki otak yang bijak. Ada yang ke sana kerana kepakaran yang dimiliki. Ada juga yang bernasib baik kerana ditaja oleh kerajaan. Tidak kiralah apapun sebabnya- bagi saya ia satu bukti Malaysia sudah ke hadapan.
Sejujurnya saya berasa bangga.
Saya tidak tahu. Tetapi saya ada membaca mengenai fenomena Brain-Drain (penghijrahan orang bijak pandai ke negara lain). Malaysia juga tidak terkecuali.
Begitu ramai pelajar-pelajar kita yang sanggup melanggar kontrak perjanjian kerana mengejarkan gaji yang tinggi. Itu belum dicampur lagi dengan pakar-pakar tempatan yang lebih suka menyumbang kepada negara luar berbanding negara sendiri.
Adakah kerajaan sedar akan fenomena ini? Jika sedar, apakah tindakannya? Jika ada tindakan, adakah ia mencukupi? Sekali lagi, saya tidak tahu.
Kepada warga Malaysia yang berada di luar sana, satu pesanan untuk anda- " Mengirimkan salam perantauan sahaja tidak cukup. Jangan lupa untuk pulang ke Malaysia.'
(Oh ye, untuk rekod saya tak beli pun Utusan. Gila apa. Membeli Utusan seolah-olah saya telah melakukan satu dosa kepada daya fikrah sendiri. Saya lagi rela membayar RM1.50 untuk sekeping otak-otak daripada meyumbang kepada gaji Awang Selamat yang menulis macam orang tak ada otak.)
*
Berbalik kepada ruangan Salam Perantauan, saya cukup seronok bila melihat begitu ramai warga Malaysia- baik pelajar mahupun pekerja- yang berada di setiap pelusuk dunia. Dari Amerika hinggalah ke Jepun- rakyat Malaysia sudah menjejakkan kaki.Ada yang diterbangkan kerana memiliki otak yang bijak. Ada yang ke sana kerana kepakaran yang dimiliki. Ada juga yang bernasib baik kerana ditaja oleh kerajaan. Tidak kiralah apapun sebabnya- bagi saya ia satu bukti Malaysia sudah ke hadapan.
Sejujurnya saya berasa bangga.
*
Dalam berseronok membaca Salam Perantauan, timbul satu pertanyaan- adakah mereka yang berada di luar sana akan pulang ke Malaysia? Adakah mereka akan berbakti kepada negara? Adakah mereka akan menyumbang kembali kepada masyarakat? Atau mungkin mereka akan memilih untuk terus menetap di sana?Saya tidak tahu. Tetapi saya ada membaca mengenai fenomena Brain-Drain (penghijrahan orang bijak pandai ke negara lain). Malaysia juga tidak terkecuali.