15000 PEKERJA POS NAIK GAJI- Utusan
KUALA LUMPUR 6 April - Seramai 15,000 kakitangan Pos Malaysia Berhad termasuk 1,880 posmen dan kerani pos bakal menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Julai ini.
*
HARGA SETEM NAIK MULAI 1 JULAI- mStar KUALA LUMPUR: Harga setem pos dalam negeri akan lebih tinggi berkuat kuasa Julai ini sebagai sebahagian daripada strategi Pos Malaysia Bhd untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapannya.
*
Beberapa hari yang lepas, abang-abang posmen naik gaji. Walaupun tidaklah naik sampai ke tahap gaji menteri, tapi setidak-tidaknya ini berita yang gembira. Tak tahulah kalau ada yang tak gembira bila gaji naik.Pada masa yang sama, harga setem turut naik hampir 100%. Kalau dulu nak hantar surat hanya kena 30 sen, sekarang 60 sen. Maka ramailah yang tidak puas hati dan tidak gembira dengan berita ini.
Bagi saya- ini cukup menghairankan. Golongan ini bukan main kompelin pekerja dibayar gaji rendah. Tetapi apabila mereka kena membayar lebih sedikit bagi manfaat golongan pekerja, mereka tak mahu. Mereka kata ada cara lain lagi. Masalahnya cara yang bagaimana?
Kita kena faham tentang satu perkara- gaji tinggi memerlukan pendapatan yang tinggi. Kalau tidak, bagaimana nak bayar gaji yang dinaikkan tu?
Macam ni lah, kalau kita ada RM10, takkan kita boleh bagi RM15 kan? Jadi nak tak nak kita kena cari jalan macam mana nak tambah RM10 supaya kita boleh bagi RM15.
Pos Malaysia cuba meningkatkan pendapatan mereka dengan menaikkan harga setem. Malah harga setem sekarang terlalu rendah sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa mengsubsidi sehingga RM32 juta setahun. Jadi mana lagi baik- RM32 juta untuk naikkan gaji 15000 pekerja atau RM32 juta untuk 27 juta rakyat Malaysia hantar surat 30 sen?
Sebenarnya ada juga cara lain bagaimana meningkatkan gaji tanpa perlu menaikkan harga setem. Caranya ialah dengan membuang pekerja. Tetapi adakah kita sanggup 'membayar' harga beribu orang dibuang kerja?
Kepada mereka yang tidak puas hati- kalau kita mahukan perubahan, kita juga kena bersedia menerima perubahan. Kalau kita mahukan pekerja gaji tinggi, kita juga kena bersedia membayar barangan dengan harga yang tinggi. Kalau tidak bersedia, senang sahaja jawapannya- jangan guna setem. Guna email.