Kejadian ini berlaku tidak beberapa lama dahulu. Waktu ini Arsenal masih belum kena tibai dengan Chelsea 3-0. Liverpool pun masih belum terkeluar daripada Champions League. Tapi Negerei Sembilan sudah menang Piala Malaysia. Ketika di waktu inilah kisah ini berlaku.
Tengah syok memandu, henpon gua berdering pulak. Sebagai pemandu Malaysia yang berhemah di jalan raya, gua pun angkat. Ala, mak gua pun yang telepon. Bukan orang lain. Lagipun bukankah panggilan seorang mak itu lebih penting daripada panggilan makwe? Nabi pun pesan, mak 3 kali lagi penting dari ayah. Apatah lagi jika dibandingkan dengan pihak polis. Gua cuba berfalsafah agama di sini.
" Mintak lesen." Ringkas tapi tegas kata-kata abang polis trafik.
Gua tunduk. Ikut tanpa banyak soal macam adik bongsu baru lepas kena marah dengan abang sulung.
" Dah tau salah guna henpon time memandu tapi buat jugak." terus abang polis keluarkan surat saman.
Cilakak, gua kena saman! Waktu ni gua dah baran semacam. Kalau ada ahli pakatan yang cadangkan polis diharamkan sebab menyusahkan rakyat, gua memang turun demonstrasi. Tapi gua rasional. Polis ni hanya menjalankan kerja. Takkan kerana gua disaman bermakna kita perlu haramkan polis. Lagipun dah memang gua yang salah. Kenapa perlu menyalahkan orang lain kalau diri sendiri yang salah. Betul tak?
*
Entah mengapa gua berasa tidak tenang. Rasa macam nak ambik angin jejalan je. Mungkin banyak sanagt berdebat di UIA sampai gua sesak kepala. Lalu gua start enjin kereta. Kasi panas 2-3 minit baru gerak. Walaupun gua masih tak tahu hendak ke mana, gua pecut je.Tengah syok memandu, henpon gua berdering pulak. Sebagai pemandu Malaysia yang berhemah di jalan raya, gua pun angkat. Ala, mak gua pun yang telepon. Bukan orang lain. Lagipun bukankah panggilan seorang mak itu lebih penting daripada panggilan makwe? Nabi pun pesan, mak 3 kali lagi penting dari ayah. Apatah lagi jika dibandingkan dengan pihak polis. Gua cuba berfalsafah agama di sini.
*
" Mintak lesen." Ringkas tapi tegas kata-kata abang polis trafik.
Gua tunduk. Ikut tanpa banyak soal macam adik bongsu baru lepas kena marah dengan abang sulung.
" Dah tau salah guna henpon time memandu tapi buat jugak." terus abang polis keluarkan surat saman.
Cilakak, gua kena saman! Waktu ni gua dah baran semacam. Kalau ada ahli pakatan yang cadangkan polis diharamkan sebab menyusahkan rakyat, gua memang turun demonstrasi. Tapi gua rasional. Polis ni hanya menjalankan kerja. Takkan kerana gua disaman bermakna kita perlu haramkan polis. Lagipun dah memang gua yang salah. Kenapa perlu menyalahkan orang lain kalau diri sendiri yang salah. Betul tak?
*
" Ala encik. Dah emak saya call. Takkan saya nak reject call. Jadi anak derhaka la nanti. Cuba kalau encik tepon anak encik dan dia reject. Mesti kecik hati encik kan?" - Gua monolog dalaman je. Tak berani nak cakap depan-depan camni. Karang tak pasal-pasal kena tembak.