Sunday, April 5, 2009

Mari belajar psikologi

PEMUDA UMNO TAK AKAN DESAK JAWATAN KABINET- mStar

REMBAU; Pemuda Umno akan menghormati sesiapa saja yang akan dilantik untuk menganggotai Kabinet baru yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu juga tidak akan mendesak dan menuntut Perdana Menteri agar melantik dirinya untuk menganggotai Kabinet baru itu.

Hahaha ini orang panggil reverse psychology. Mulut kata tak nak tapi dalam hati nak..hahaha

Oit! Nak bagi Khairy menteri apa? Siapa ada cadangan?hahaha

Hari tu Puteri UMNO kata kalau dipilih ia satu hadiah.. Pemuda pulak kata tak desak..hahaha

Lagi sehari dua ni mesti kita akan dengar berita 'tak kisah jika tak dipilih' dari mana-mana menteri. Tunggu je..hahaha

Bukan tindakan populis- Berita Hairan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau memutuskan yang terbaik untuk rakyat apabila mengambil tindakan membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin dan bukannya untuk populariti.

"Jika tidak dibebaskan, mereka akan kata kerajaan bersikap menindas dan apabila kita bebaskan, mereka kata kita populis... jadi yang mana satu (hendak diikuti)... adakah anda mahu mereka dibebaskan.

Betul! Hari ni setuju dengan Najib..hahaha

Buat salah, tak buat pun salah..hahaha Tapi kenapa tak mengaku je itu tindakan populis? hahaha

Bukan rugi apa pun. Tak salah ambik pendekatan populis.hahaha

Tapi kenapa tak hapuskan ISA terus? hahaha

Dua-dua bangang

DAKWAAN ANWAR HANYA GIMIK POLITIK- Berita Hairan

SUNGAI PETANI: Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai semalam menafikan dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin tidak melalui proses perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Itu hanya gimik Anwar yang mahu mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi Cina untuk kepentingan politik pembangkang menjelang pilihan raya kecil Bukit Selambau, Selasa ini.

BEBASKAN TAHANAN ISA SATU GIMIK- Harakah

Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang membebaskan 13 tahanan ISA selepas memegang tampuk pemerintahan negara disifatkan sebagai gimik politik. Perkara ini sebenarnya telah lama dilakukan oleh pemimpin terdahulu seperti Tun Dr Mahathir dan Tun Hussein Onn.

Hahaha gimik politik? hahaha

Woit! Memanglah gimik politik. Dah Anwar dan Najib tu ahli politik.hahaha Ingat Anwar tu cikgu sekolah ke?hahaha Ingat Najib tu tukang bina kapal selam ke? hahaha

Biarlah nak gimik pun. Tapi tolong jangan siar berita yang bodohkan rakyat.hahaha