Sunday, April 5, 2009

Dua-dua bangang

DAKWAAN ANWAR HANYA GIMIK POLITIK- Berita Hairan

SUNGAI PETANI: Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai semalam menafikan dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pelantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin tidak melalui proses perbincangan dengan parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Itu hanya gimik Anwar yang mahu mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi Cina untuk kepentingan politik pembangkang menjelang pilihan raya kecil Bukit Selambau, Selasa ini.

BEBASKAN TAHANAN ISA SATU GIMIK- Harakah

Tindakan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak yang membebaskan 13 tahanan ISA selepas memegang tampuk pemerintahan negara disifatkan sebagai gimik politik. Perkara ini sebenarnya telah lama dilakukan oleh pemimpin terdahulu seperti Tun Dr Mahathir dan Tun Hussein Onn.

Hahaha gimik politik? hahaha

Woit! Memanglah gimik politik. Dah Anwar dan Najib tu ahli politik.hahaha Ingat Anwar tu cikgu sekolah ke?hahaha Ingat Najib tu tukang bina kapal selam ke? hahaha

Biarlah nak gimik pun. Tapi tolong jangan siar berita yang bodohkan rakyat.hahaha

1 comment:

Cob Nobbler said...

pasal tu aku cakap,aku tak join geng berbaris atau geng berpakat.dua2 beruk bagi aku.

kalau di indonesia aku dipanggil golput.kalau bahasa internationalnya dipanggil anarkis.

Kerajaan yang terbaik adalah tiada kerajaan.