Saturday, April 4, 2009

Kisah cinta tragis, lebih hebat daripada Titanic

SPRM LEMBAP DALAM MEMBUAT SIASATAN- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azalina Othman Said semalam menyelar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwanya melengahkan siasatan berhubung dakwaan rasuah terhadapnya.

“Jadi saya tengah nak tanya SPRM ni... saya tengah nak naik angin ni... apa yang dia (SPRM) nak buat ni, nak tunggu apa. Kalau nak siasat, siasat lah. Kalau tak ada kes, buang sajalah. Saya tak pasti kenapa ini berlaku.

“Saya rasa mereka (SPRM) jatuh cinta dengan saya,” katanya pada sidang media

Sila baca berita ini pula..........

SPRM NASIHAT AZALINA SABAR- Berita Hairan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan Datuk Seri Azalina Othman Said supaya bersabar menunggu hasil siasatan membabitkannya berhubung dakwaan rasuah politik dan salah guna kuasa dalam pengagihan projek di Kementerian Pelancongan.

Pesuruhjaya Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, berkata "Lagi pun siasatan tidak sampai sebulan, tak kan itu pun dikatakan lambat,".

Sedih...tak boleh ketawa...

Kesian..baru ingat nak tamatkan zaman dara...

Kesian..baru fikir ada yang nak datang meminang...

Sekali kena reject.. kena tunggu dan bersabar..

hai nasib....

Puteri minta ubah golongan muda- Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 3 April - Kepimpinan kerajaan yang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak diharap dapat mengubah mentaliti golongan muda yang mudah terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang supaya kembali yakin kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, perkembangan politik tanah air sejak pilihan raya umum lalu menunjukkan golongan itu kini berada dalam dilema dan tidak mempunyai jati diri yang kuat sehingga terikut-ikut rentak pembangkang.

"Usaha mengembalikan keyakinan mereka tidak boleh dilengahkan lagi," kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini.

Hahaha ini kaset lama. Tak habis-habis bising pasal dakyah pembangkang. BN tak ada dakyah ke?hahaha

Kejap..pengaruh pembangkang yang mana ni? Kalau kat selangor, pembangkangnya UMNO. Kalau di Penang, UMNO juga pembangkang. Kat Johor, DAP. Di Perak, PAS. Pembangkang mana satu ni?hahaha

Kenapa bila golongan muda sokong pembangkang, mereka dikatakan tidak ada jati diri? hahaha Golongan muda tak boleh memilih apa yang mereka suka ke?hahaha

Golongan muda ni berapa tahun? hahaha Kalau Khir Toyo tu dikira golongan muda tak? hahaha

Woit! Memanglah ikut rentak pembangkang.hahaha pembangkang bila kempen siap ada gendang. hahaha baru syok..layan...hahaha

Puteri bila nak bersilat? Letihlah tunggu....

Satu kisah 'sayang' yang agung- Utusan Meloya

AHLI PAS MASUK UMNO KERANA MINAT NAJIB

PEKAN 3 April - Sanggup tinggalkan parti pembangkang kerana kagum dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mungkin ramai yang menganggapnya gimik tetapi itulah keputusan seorang ahli Pas, Norwati Ishak.

Peneroka Felda Chini 5 ini meninggalkan Pas, parti yang dianggotainya selama 16 tahun.

Kini dia aktif sebagai Pengerusi Pergerakan Dakwah Al-Wardah, sebuah kumpulan dakwah yang telah mengumpulkan 1,611 ahli wanita di Pekan.

Menurut Norwati, 42, dia meninggalkan Pas kerana 'jatuh cinta' dengan kepimpinan Najib selepas melihat kemesraan Ahli Parlimen Pekan itu dalam pertemuan dengan penduduk Felda Chini 5 di sini enam tahun lalu.

''Sebab sayangkan Datuk Seri Najib, saya masuk UMNO," katanya kepada pemberita di sini hari ini.