Sunday, March 29, 2009

Najib kata 'nilai tinggi' mampu selamat ekonomi- Utusan Meloya

Selain itu, saya ingin menyatakan tiga konsep yang akan mampu menyelamatkan ekonomi negara. Yang Pertama, waktu Perdana Menteri mengemudikan kerajaan selama ini, beliau selalu menyebut tentang nilai tambah.

Saya hendak cuba gandingkan konsep Pak Lah dan satu lagi yang hendak saya utarakan di sini selain nilai tambah kita gandingkan dengan konsep nilai tinggi.

Konsep nilai tinggi ialah untuk mencari nilai tertentu yang boleh beri pendapatan lebih lumayan kepada kita.

Hahaha nilai tinggi?harga tinggi ke? hahaha habisla lepas ni semua tender di'nilai tinggi'kan...hahaha

Ini prinsip ekonomi cikgu mana? Siapa ajar? hahaha

Beli kapal selam siap komisen 500 juta tu salah satu contoh nilai tinggi ke? hahaha

Puteri UMNO sanggup bersilat- Berita Hairan

KETUA Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak sesekali menjolok sarang tebuan atau mereka akan berhadapan dengan tindak balas pergerakan itu.

"Dalam menghadapi pembangkang, mesej Puteri amat mudah, jangan sesekali jolok sarang tebuan, lembut gemalai kami bukan sebarangan, jika terdesak Puteri boleh dan sanggup bersilat di gelanggang," katanya dalam ucapan penggulungannya pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno, di sini, semalam.

Hahaha puteri nak bersilat? wow! Ini berita best..hahaha habislah penyokong Pakatan Rakyat. Nanti kena silat dengan puteri. Habis Karpal Singh. Lari Anwar. Lebam Hadi Awang..hahaha

Tapi biar kena silat dengan Puteri. Asalkan jangan kena hempap dengan Rosmah..hahahaha

Oit! Kalau jolok sarang tebuan, bukan bersilatlah jawapannya..hahaha orang kampung ajar, kalau tebuan, kita kena terjun kolam. Kalau bersilat nanti matilah kena gigit..hahahahaha

Konsep berbeza- Berita Hairan

SETIAUSAHA Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata konsep perhimpunan agung parti tahun ini berbeza bagi menggambarkan proses perubahan parti.

Beliau berkata, perubahan itu termasuk bilangan bendera parti di ibu pejabat yang dikatakan berkurangan sehingga ada perwakilan membangkitkannya.

"Perwakilan mengadu kerana mereka tidak faham perubahan konsep yang kami buat tahun ini," katanya semalam.

UMNO perlu berubah...jeng jeng jeng...

UMNO berani berubah...jeng jeng jeng..

UMNO akan berubah...jeng jeng jeng

hahaha konsep baru? oit! ingatkan konsep baru tu adakan konsert ke, khatam Quran ke masa perhimpunan...hahaha

Kurangkan bendera je? hahaha kalau kurangkan apa yang ubahnya? patutlah ahli tak faham..hahaha

Kurangkan bendera sebab nak berubah ke atau sebab bajet ciput? hahaha ke bajet kena rembat? hahaha

Perestroika Kembali!

Basuh Baju akan menulis kembali ruangan Perestroika yang diasaskan oleh Tukar Tiub. Sebelum ini Basuh Baju pernah juga menulis seperti ini di blog lama.

Perestroika adalah ruangan di mana Basuh Baju akan mengambil, memetik, mengulas, mengutip, mengjumpai berita-berita yang karut dan kelakar.

Basuh Baju menganggap cara ini adalah salah satu bentuk satira yang mampu menkreatifkan penulisan hal-hal serius. Basuh Baju tidak meniru stail Tukar Tiub sebaliknya memeriahkan lagi cara penulisan beliau.

Terima Kasih dan selamat membaca.