Hari ini sana sini orang bercakap mengenai Model Ekonomi Baru. Sebenarnya kita masih ternanti-nanti apa yang 'baru'nya di dalam model ekonomi ini.
PENDAPATAN DAN KUASA MEMBELI
Masalah paling ketara di dalam model ekonomi sekarang ialah pendapatan yang rendah. Lebih teruk lagi, pendapatan kita tak banyak berubah semenjak 20 tahun yang lalu. Bayangkan dari zaman Dr Mahathir dulu hinggalah ke era Najib sekarang- starting gaji graduan masih dalam lingkungan RM1500-RM2000. Itupun ada yang lagi rendah.
Pada masa yang sama, rakyat di negara Singapura, Taiwan, Hong Kong dan Korea Selatan terus menikmati pendapatan yang tinggi. Malah antara yang tertinggi di dunia. Maunya rakyat Malaysia tak jeles dan bengkek. Sedangkan negara-negara ini dulu lebih kurang je taraf ekonominya dengan kita.
Maka ramailah orang yang terus membuat kesimpulan bahawa kita tidak pandai menguruskan ekonomi. Model ekonomi kita tidak bagus, teruk dan kurang berjaya. Kita sudah ketinggalan dengan negara-negara Asia yang lain.
Sebenarnya pandangan ini separuh benar.
Memang benar pendapatan kita lebih rendah jika dibandingkan dengan Singapura, Taiwan dan Hong Kong. Tetapi yang perlu dillihat bukan seberapa banyak ringgit, dolar atau won yang diperolehi. Sebaliknya apa yang penting ialah seberapa banyak yang boleh dibeli daripada jumlah ringgit, dolar atau won yang ada.
Dalam bahasa ekonomi kita panggil per capita income dan purchasing power parity. Bagaimanapun, ni istilah jargon. Ramai yang tak faham dan bikin pening sahaja. Jadi saya tak nak guna. Lagipun saya bukan nak karang buku teks ekonomi.
Dalam bahasa mudah begini- buat apa ada 10 ringgit dalam tangan tetapi nilainya hanya 5 ringgit. Nak makan McValue Meal pun tak lepas. Lebih baik ada 5 ringgit dalam dompet tetapi nilainya 10 ringgit. Siap boleh tambah Sundae Cokelat lagi lepas order set Fillet O Fish.
Ini secara simple saya cuba terangkan apa itu kuasa membeli. Walaupun tidak 100% tepat tetapi umumnya ia masih dapat difahami.
Jadi di mana kedudukan Malaysia dalam kuasa membeli?
Walaupun pendapatan rakyat Malaysia hanya yang ke 58 tertinggi di dunia, tetapi kuasa membeli kita adalah ke 28 terbaik. Berbanding Singapura dan Hong Kong yang pendapatan rakyatnya adalah ke 3 dan ke 5 tertinggi, tetapi kuasa membelinya hanya yang ke 47 dan 39 di dunia.
Sebab itu saya katakan pandangan tadi adalah separuh benar. Mereka yang sering membuat perbandingan pendapatan kita dengan Singapura, Taiwan dan Hong Kong hanya melihat angka yang dicetak di atas kertas ringgit, dolar dan won. Mereka gagal melihat atau memilih untuk tidak melihat kuantiti yang ada di luar angka tersebut.
KOS SARA HIDUP DAN SUBSIDI

Selain itu Malaysia bukannya tidak mahu meningkatkan pendapatan penduduk. Tetapi ia sengaja dibiarkan rendah dan sederhana. Caranya dengan merendahkan nilai ringgit berbanding mata wang lain dan juga memberikan subsidi kepada sumber tenaga, makanan, pendidikan dan perubatan. Ini sekaligus memastikan kos sara hidup kita rendah. Selama 25 tahun strategi kita begini.
Maka tidak hairan Malaysia menjadi 'harimau Asia'. Pelaburan asing masuk seperti apa yang berlaku di China dan India sekarang. Dalam tempoh kurang dari 10 tahun, Malaysia menjadi pengeksport barangan elektronik terbesar di dunia. Dari jumlah hanya RM10 billion pada 1985 meningkat kepada RM324.1 billion di tahun 1994.
KESIMPULAN
Walaupun dengan tidak menjadi negara berpendapatan tinggi seperti Singapura dan Hong Kong, Malaysia masih mampu mempunyai kuasa membeli yang tinggi, memastikan kos sara hidup yang rendah dan menarik pelaburan asing masuk. Ini semua adalah kejayaan model ekonomi sekarang (atau lama?) yang bergantung kepada kos tenaga buruh/pekerja yang rendah.
Kalau begitu- mengapa mahukan model ekonomi baru? Jawapannya kerana apa yang menjadi punca kejayaan ekonomi semenjak 25 tahun dahulu, kini menjadi punca masalah ekonomi sekarang.
Kuasa membeli rakyat Malaysia semakin berkurang. Kos sara hidup semakin meningkat. Harga barang naik. Tapi gaji tak berubah.Nak tukar kerja- tak ada kerja sangat. Nak subsidi memerlukan jumlah wang yang banyak. Tetapi kantung kerajaan tidak bertambah. Pelaburan tak masuk. Malaysia semakin kurang kompetitif. China, India, Vietnam dan Indonesia lagi murah dari kita. Pusing punya pusing model ekonomi yang berasaskan bayaran murah sudah tidak sesuai di negara kita.
Bagaimana ini boleh terjadi? Bersambung di bahagian dua..............
Analoginya macam kos sara hidup di kampus dan di luar kampus. Kita semua tahu pelajar-pelajar universiti bukannya ada duit sangat. Duit PTPTN pun kadang-kadang cukup-cukup dan kadang-kadang tak pernah cukup. Tapi cuba kita kira harga makanan di kafe. Secara keseluruhannya lebih murah berbanding harga makanan di resoran luar. Kat kafe- nasi putih dengan ayam goreng taruk kuah adalah dalam RM3. Cuba kalau kat gerai di seberang pagar kampus, maggie goreng je dah RM3. Nasi dengan ayam goreng- lu kiralah sendiri.
Begitu juga kalau kita pergi ke klinik dalam kampus- hanya dikenakan bayaran RM1. Kalaulah pergi klinik luar- demam pun dah kena caj berbelas ringgit. Kalau bukan kerana subsidi, mustahil nak dapat makan murah serta caj klinik RM1.
Jadi Malaysia memilih menjadi seperti 'kampus universiti.' Biar pendapatan tak banyak, asalkan benda nak dibeli tak mahal. Biar pekerja dibayar sedikit, tetapi membayar perkhidmatan pada harga murah. Bayar RM900-RM1500 pun dah cukup selesa untuk hidup di bandar. Kereta pun boleh dibeli cash sahaja memandangkan harga sekitar RM10000-RM15000. (itu belum di kawasan luar bandar). Bayangkan betapa rendahnya kos sara hidup ketika itu.
PELABURAN ASING
Dengan merendahkan kos sara hidup, syarikat-syarikat yang masuk melabur tidak perlu membayar gaji yang terlalu tinggi kepada pekerja tempatan. Ini sekaligus megurangkan kos operasi lantas syarikat boleh membuat keuntungan yang tinggi. Perkara ini sudah tentu menjadi selling point Malaysia kepada syarikat-syarikat luar negara khususnya kepada syarikat elektrik dan elektronik yang banyak menggaji tenaga kerja manusia.Begitu juga kalau kita pergi ke klinik dalam kampus- hanya dikenakan bayaran RM1. Kalaulah pergi klinik luar- demam pun dah kena caj berbelas ringgit. Kalau bukan kerana subsidi, mustahil nak dapat makan murah serta caj klinik RM1.