Sunday, November 7, 2010

PKR dan Anwar Ibrahim yang demokratik

Sekarang ini sedang berlangsung pemilihan PKR. Pada masa yang sama sedang hangat diperkatakan mengenai saranan Dr Asri kepada Anwar Ibrahim agar bersara daripada arena politik. Untuk itu saya ingin bercakap tentang PKR dan Anwar.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang paling demokratik di Malaysia. Lebih-lebih lagi parti ini dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Begitu demokratik parti ini sehinggakan ahlinya membenarkan Anwar memegang jawatan yang tidak wujud di dalam perlembagaan parti. Begitu demokratik perlembagaan parti PKR sehinggakan jawatan yang tidak wujud ini lebih tinggi daripada jawatan Presiden Parti. Sudah tentu jawatan ini tidak dipertandingkan dan undi orang ramai tidak diperlukan.

Oleh sebab ini Anwar Ibrahim tidak perlu bertanding jawatan presiden. Mengapa perlu dipilih kalau boleh dilantik? Mengapa perlu accountability sebagai seorang presiden kalau boleh menjadi de-facto leader yang tidak perlu tertakluk pada perlembagaan parti?

Ada yang berkata keengganan Anwar ini kerana kes liwatnya dengan Saiful. Takut-takut dimasukkan ke dalam penjara, nanti PKR tidak ada presiden. Jika begini logiknya, apa gunaya jawatan timbalan presiden diwujudkan? Mungkin jawatan ini tidak ada kuasa dan sekadar wujud di atas kertas sebagaimana jawatan presiden.

Bagaimana seorang yang kononnya berani melawan seluruh jentera kerajaan begitu kecut bertanding jawatan presiden parti hanya kerana kes main belakangnya yang mungkin sampai bila-bila tidak akan diputuskan?

Bagaimana seorang yang ingin melakukan reformasi di setiap inci institusi pentadbiran negara begitu enggan mereformasikan dirinya sendiri dengan menjadi pemimpin yang sah di sisi perlembagaan parti? Reformasi bermula dari diri sendiri.

Bagaimana seorang yang begitu lantang bercakap soal salah guna kuasa kini memegang kuasa yang tidak sah malah melangkaui seorang presiden yang sah?

Bagaimanapun tidak mengapa, Anwar boleh terus melakukan apa sahaja yang tidak demokratik selagi mana ahli PKR membenarkannya. Lagipun ramai juga anak muda yang mengidolakan beliau. Maklumlah Anwar adalah suara demokrasi Malaysia. Tidak mungkin suara demokrasi Malaysia akan melakukan sesuatu yang tidak demokratik. Dengan kehebatannya berucap- adalah mustahil untuk sesiapa tidak percaya dengannya. After all, he can only talk, talk and talk.


ps: saya harap para pembaca boleh memberikan pendapat sama ada wajar atau tidak Anwar Ibrahim bersara daripada politik?