Thursday, April 2, 2009

Zahid kata INI budaya cina- Mkini

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

Hahahaha ini lawak hari ini. Sejak bila gadis seksi joget adalah budaya cina? Siapa cakap? Siapa ajar ni? hahaha

Harus dihormati? hahaha memang betul. Kita harus hormat budaya orang lain. Tidak kira cina atau india. Malah gadis seksi itu pun kita perlu hormat. hahaha Yang kita tak patut hormat ialah orang yang tipu kata itu budaya cina.hahaha

Nak pancing undi pun takkan terdesak sangat kot.hahaha Hari tu kata ada strategi khas nak counter Nizar. Ini ke?hahaha

Nota: Zahid Hamidi merupakn menteri yang menguruskan Agama Islam di Malaysia.

Ini baru cool! Siti jumpa Nik Aziz - Mkini

Ketika seluruh negara tertumpu ke tiga pilihanraya kecil dan Istana Negara, penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini membuat satu kejutan - bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Penyanyi nombor satu itu membuat kunjungan hormat ke atas menteri besar Kelantan selepas "sekian lama menyimpan hasrat bertemu tokoh ulama tersebut", lapor Harakahdaily.net.

"Selama ini saya hanya mengenali Tuan Guru melalui media massa sahaja tanpa bertemu secara dekat.

"Orang kata sepanjang hidup ni nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadi."

Siti Nurhaliza menambah, mursyidul am PAS seorang yang berpegang pada prinsip serta ajaran agama.

Ini cool! Siapa tak hormat kat Tok Guru? Semua tabik. Yang Islam, yang buddha, yang kristian. Yang jadi taukey, yang jadi kuli. Artis, yang tak artis, yang berangan jadi artis. Yang parti dacing, yang parti roket, yang parti bulan sabit. Senang cerita semua kagum..hahaha

Kenapa siti tak jumpa Najib? hahahaha

Basuh Baju kagum sama Tok Guru.

Perubahan dan Harapan

(Tulisan ini pernah disiarkan di The Malaysian Insider. Sila klik sini atau baca di bawah)

PERUBAHAN. Apa itu perubahan? Semua orang suka bercakap tentang perubahan. Daripada menteri hinggalah kepada rakyat. Tidak kira Umno mahupun DAP- semuanya mahu dilihat membawa perubahan. Agenda perubahan merupakan senjata paling ampuh dalam politik- terutamanya di Malaysia.

Rakan perubahan ialah HARAPAN. Harapan wujud apabila perubahan dijanjikan. Harapan juga boleh musnah apabila janji perubahan tidak dikotakan. Apabila harapan telah musnah, pasti ada pihak yang akan dihukum.

Keputusan PRU 12 telah membuktikannya. Orang ramai telah menghukum Barisan Nasional kerana gagal membawa perubahan yang dijanjikan.

Tetapi pada masa yang sama, harapan baru juga boleh muncul. Harapan baru datang apabila harapan lama telah terkubur. Dalam hal ini, Pakatan Rakyat dilihat sebagai harapan baru dalam meneruskan agenda perubahan di 5 buah negeri. Pakatan Rakyat juga dilihat mampu mendesak Barisan Nasional untuk membawa perubahan dari segi pengurusan kerajaan dan ekonomi di peringkat Pusat.

Berbalik kepada perubahan. Apabila ada pihak yang membawa perubahan, pasti akan ada pihak yang cuba menghalang atau mengkritik. Ini perkara biasa dalam kehidupan.

Untuk kita memahami perkara ini tidak susah. Sila perhatikan isu pemberian tanah di Perak. Bagaimana kerajaan Pakatan telah melakukan perubahan dengan memberikan geran tanah kepada penduduk kampung. Perkara ini adalah selari dengan harapan orang ramai di Perak. Tetapi usaha ini telah dimanipulasikan serta dihalang oleh kerajaan pusat Barisan Nasional.

Dalam isu air di Selangor, bagaimana kerajaan pusat sekali lagi cuba untuk mengsabotaj usaha kerajaan Pakatan dalam mengambil alih syarikat pembekal air. Langkah ini telah menghalang kerajaan negeri dalam melakukan perubahan untuk meringankan beban rakyat.

Begitu juga di Pulau Pinang dalam isu Jambatan Kedua. Semua pihak faham jambatan kedua ini penting dalam pertumbuhan ekonomi zon utara- lebih-lebih lagi Pulau Pinang. Tetapi apa yang berlaku selepas kerajaan negeri bertukar tangan, kerajaan pusat telah melewatkan malah ada cubaan untuk membatalkan projek ini.

Ini merupakan beberapa contoh perubahan yang cuba dihalang daripada dilaksanakan.

Perubahan juga masih boleh dilaksanakan walaupun sudah terlewat. Lewat tidak bermakna tidak boleh berlaku. Kerana di akhirnya orang ramai ingin melihat perubahan itu dilaksanakan, Dan inilah yang berlaku di peringkat pusat.

Kita ambil contoh bagaimana kerajaan Barisan Nasional telah membuat pindaan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Perubahan ini telah membenarkan mahasiswa di negara untuk lebih bebas berpolitik dan bersuara. Langkah ini adalah selari dengan perubahan yang dituntut oleh orang ramai setelah sekian lama.

Kerajaan Pusat juga telah melakukan satu lagi perubahan- walaupun sudah terlewat. Pendedahan perjanjian konsesi tol telah membuktikan kerajaan Barisan Nasional mendengar harapan rakyat yang mahukan kerajaan lebih telus. Harapan orang ramai ini memang sudah lama didengari. Walaupun baru sekarang kerajaan bersetuju membuat perubahan, ia tetap memberi petunjuk bahawa perubahan telah berlaku.

Ini merupakan contoh perubahan yang berlaku walaupun mengambil masa dan terlewat.

Setahun selepas 8 Mac 2008, harapan orang ramai masih menggunung. Harapan menggunung ini timbul kerana perubahan yang dilakukan baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat masih belum cukup baik.

Dan harapan ini juga akan musnah sekiranya perubahan yang dijanjikan kedua belah pihak tidak dilaksanakan.

Setahun berlalu, empat tahun masih ada untuk perubahan dilaksanakan.


Kalau dipilih, ia suatu hadiah- Utusan Meloya

KOTA KINABALU 1 April - Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti sama ada memilih beliau menganggotai Kabinet baru.

Ahli Parlimen Papar itu berkata, sekiranya terpilih, keputusan berkenaan adalah satu hadiah terhadap pergerakan tersebut yang merupakan salah satu sayap utama UMNO.

Hahaha hadiah? memanglah hadiah. Kalau hadiah kan masyuk.. Masyuk tu duitlah..hahaha

kenapa suka cakap terserah pada pucuk pimpinan? hahaha Cuba jadi berani- nak jadi menteri. Kan senang nak pilih.hahaha Ini main kias-kias pulak.hahaha

Puteri bila nak bersilat? hahaha