Thursday, April 2, 2009

Zahid kata INI budaya cina- Mkini

Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.

Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.

Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."

Hahahaha ini lawak hari ini. Sejak bila gadis seksi joget adalah budaya cina? Siapa cakap? Siapa ajar ni? hahaha

Harus dihormati? hahaha memang betul. Kita harus hormat budaya orang lain. Tidak kira cina atau india. Malah gadis seksi itu pun kita perlu hormat. hahaha Yang kita tak patut hormat ialah orang yang tipu kata itu budaya cina.hahaha

Nak pancing undi pun takkan terdesak sangat kot.hahaha Hari tu kata ada strategi khas nak counter Nizar. Ini ke?hahaha

Nota: Zahid Hamidi merupakn menteri yang menguruskan Agama Islam di Malaysia.

5 comments:

Cob Nobbler said...

Adoiyai..

Satu penghinaan terhadap bangsa Cina ni.

Apakah VCD Chua Soi Lek juga budaya Cina?hahaha!

Basuh Baju said...

hahaha vcd itu bukan budaya. Itu perangai dia..haha

VASANTARAO APPALASAMY said...

kalau BN bawa pelacur untuk satu majlis makan malam, nanti dia akan kata itu juga sebagai budaya cina... MCA sebenarnya perlu malu dengan UMNO...

itu sebenarnya "membudayakan".... merosakkan akhlak manusia demi kepentingan politik...

alone said...

rosak.. rosak.

xsangaka lagu black eyed peas sebahagian dari budaya cina.. er.. lagu black eyed peas tu kan?

apa2 jela.

Rambouillet said...

Memang da terdesak..
xlayak langsung dok kat takhta tok uruskan hal ehwal Islam..
memalukan orang Islam and agama Islam tu sendiri..
kalo pembangkang wat g2..agk2 pe dorg kate??