Friday, June 11, 2010

Tidak Cekap Menguruskan Ekonomi

Hari ini kebanyakan negara di eropah memperkenalkan pakej 'austerity' sebagai respon kepada krisis kewangan. Denmark, Greece, Sepanyol, Belgium, Portugal, Hungary dan Jerman mula memotong perbelanjaan kerajaan. Pengambilan pekerja baru dibeku serta-merta, ribuan rakyat dibuang kerja, gaji penjawat awam dipotong, projek pembangunan ditangguhkan dan dana persaraan dikurangkan.

Ini yang berlaku di negara-negara yang sering dirujuk sebagai model 'good governance' dan effisien. Sudah tentu mereka lebih cekap menguruskan ekonomi berbanding Malaysia.

Ketika krisis mata wang Asia 97-98, IMF telah mencadangkan pakej 'austerity' kepada Malaysia. Kita disarankan untuk tidak menolong syarikat tempatan yang bankrup, tidak menyuntik modal ke kantung bank yang kering, membiarkan aset strategik negara dibeli seperti 'pre-fire sale', menghentikan projek mega yang menyokong ribuan kontraktor, menaikkan kadar faedah pinjaman ratusan ribu peminjam, dan memotong perbelanjaan kerajaan. IMF mahukan 'creative destruction' kepada ekonomi kita.

Tetapi Malaysia menolak pakej ini. Kita tidak mahu menghancurkan ekonomi.

How do we tell the unemployed millions, the bankrupted banks and busted companies that their misfortunes are good for them and their nations? How do you tell a man being devoured by a tiger that he is really helping to preserve a treasured species?

Kita boleh lihat bagaimana pakej 'austerity' di eropah sekarang telah menyebabkan rakyat turun ke jalanraya, mogok hampir setiap hari,dan rusuhan di sana sini. Sudah pasti ini tidak membantu untuk memulihkan eropah dari krisis.

Disebabkan Malaysia tidak mengambil pakej 'austerity', kita dituduh tidak cekap menguruskan ekonomi dan digelar sebagai 'pariah country'. Malaysia tetap meneruskan projek mega, menggabungkan bank-bank, 'bail-out' syarikat tempatan dan meminjam wang dari negara luar bagi meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Tambatan ringgit dan 'capital control' turut diperkenalkan. And the rest, as the say, is history.

Malaysia berjaya pulih dari krisis mata wang Asia tanpa mengambil jalan yang pahit dan berliku seperti yang dicadangkan oleh IMF. Penjawat awam kita tidak dibuang kerja, dana persaraan kita dikekalkan, aset strategik negara masih menjadi milik negara, bank kita bertambah kukuh dan syarikat tempatan tidak gulung tikar. Pembangunan juga menjadi rancak dengan projek mega. Kesimpulannya, rakyat Malaysia tidak perlu melalui keadaan dikenakan pakej 'austerity'.

Sememangnya pakej 'austerity' IMF berjaya memulihkan ekonomi Korea Selatan dan Indonesia. Tetapi sila tanya pada rakyat di sana- adakah mereka gembira dengan 'creative destruction' yang dikenakan oleh IMF? Sudah pasti tidak. Mereka lebih gemar dengan cara yang Malaysia ambil.

The thing is why swallow the bitter pill when you have the sweet one?

Dan siapa yang lebih cekap menguruskan ekonomi sekarang?



notakaki: terjemahan untuk austerity ialah 'berhemah'. Tetapi kalau guna berhemah tak begitu 'kick' la pulak.