Friday, June 11, 2010

Tidak Cekap Menguruskan Ekonomi

Hari ini kebanyakan negara di eropah memperkenalkan pakej 'austerity' sebagai respon kepada krisis kewangan. Denmark, Greece, Sepanyol, Belgium, Portugal, Hungary dan Jerman mula memotong perbelanjaan kerajaan. Pengambilan pekerja baru dibeku serta-merta, ribuan rakyat dibuang kerja, gaji penjawat awam dipotong, projek pembangunan ditangguhkan dan dana persaraan dikurangkan.

Ini yang berlaku di negara-negara yang sering dirujuk sebagai model 'good governance' dan effisien. Sudah tentu mereka lebih cekap menguruskan ekonomi berbanding Malaysia.

Ketika krisis mata wang Asia 97-98, IMF telah mencadangkan pakej 'austerity' kepada Malaysia. Kita disarankan untuk tidak menolong syarikat tempatan yang bankrup, tidak menyuntik modal ke kantung bank yang kering, membiarkan aset strategik negara dibeli seperti 'pre-fire sale', menghentikan projek mega yang menyokong ribuan kontraktor, menaikkan kadar faedah pinjaman ratusan ribu peminjam, dan memotong perbelanjaan kerajaan. IMF mahukan 'creative destruction' kepada ekonomi kita.

Tetapi Malaysia menolak pakej ini. Kita tidak mahu menghancurkan ekonomi.

How do we tell the unemployed millions, the bankrupted banks and busted companies that their misfortunes are good for them and their nations? How do you tell a man being devoured by a tiger that he is really helping to preserve a treasured species?

Kita boleh lihat bagaimana pakej 'austerity' di eropah sekarang telah menyebabkan rakyat turun ke jalanraya, mogok hampir setiap hari,dan rusuhan di sana sini. Sudah pasti ini tidak membantu untuk memulihkan eropah dari krisis.

Disebabkan Malaysia tidak mengambil pakej 'austerity', kita dituduh tidak cekap menguruskan ekonomi dan digelar sebagai 'pariah country'. Malaysia tetap meneruskan projek mega, menggabungkan bank-bank, 'bail-out' syarikat tempatan dan meminjam wang dari negara luar bagi meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Tambatan ringgit dan 'capital control' turut diperkenalkan. And the rest, as the say, is history.

Malaysia berjaya pulih dari krisis mata wang Asia tanpa mengambil jalan yang pahit dan berliku seperti yang dicadangkan oleh IMF. Penjawat awam kita tidak dibuang kerja, dana persaraan kita dikekalkan, aset strategik negara masih menjadi milik negara, bank kita bertambah kukuh dan syarikat tempatan tidak gulung tikar. Pembangunan juga menjadi rancak dengan projek mega. Kesimpulannya, rakyat Malaysia tidak perlu melalui keadaan dikenakan pakej 'austerity'.

Sememangnya pakej 'austerity' IMF berjaya memulihkan ekonomi Korea Selatan dan Indonesia. Tetapi sila tanya pada rakyat di sana- adakah mereka gembira dengan 'creative destruction' yang dikenakan oleh IMF? Sudah pasti tidak. Mereka lebih gemar dengan cara yang Malaysia ambil.

The thing is why swallow the bitter pill when you have the sweet one?

Dan siapa yang lebih cekap menguruskan ekonomi sekarang?



notakaki: terjemahan untuk austerity ialah 'berhemah'. Tetapi kalau guna berhemah tak begitu 'kick' la pulak.

11 comments:

Cob Nobbler said...

Gua tak rasa cekap pun - in fact hutang negara US$40 billion bertambah dari tahun sebelumnya sebelum dasar yang aku panggil,dasar 3.8 tu(sebab sangkutkan dolar dengan ringgit).

Pasal pakej austerity yang Europe buat ni,ni dah terlampau parah.Macam nko dah kena kencing manis la - nko kena potong kaki.Tapi kalau dah kena kencing manis kejadahnya nko nak belasah kopi lapan sudu gula serta belasah nasi lauk gulai pekat kalau dah kena diabetis?

Bagi aku - macam aku cakap dulu.Balik ke bumi.Jangan fikir benda besar dan perkataan jargon macam dasar fiskal,austerity,micro-credit serta apa kejadah lagi yang orang kampung tak faham ni je boleh selamatkan ekonomi.

For once and for all kembalikan dasar pertanian untuk makanan.Ini adalah satu cara untuk memanfaatkan bumi dengan ekonomi.

Bagi gua - takde yang sweetnya kalau Putrajaya hanya jadi gajah putih dikelilingi semak samun yang tak terurus.Dari situ je dah nampak - kerajaan sudah tiada pulus.

Kenapa spend RM100billion untuk Putrajaya sedangkan bajet tu boleh stabilkan pendapatan emolumen pekerja kerajaan?Kenapa spend RM10 billion untuk KLIA yang airportnya jauh nun ceruk rantau kalau nko boleh spend around 1 billion untuk membesarkan Subang.Kalau nko tengok Changi pun takdelah besar mana tapi tahap efisiensinya sangat bagus.Kenapa bina baru kat Sepang tapi tahap efisiensi tak secekap kawasan sekecil Changi?Kalau upgrade Subang tu punya effisiensi maybe tak semahal kos bina baru di Sepang?Dan balance duit tu boleh save economy Malaysia?

Nko rasa ekonomi Malaysia ni circa 1997-98 dah recover ke lepas dasar 3.8 tu?Belum beb.Cuba refer peratusan job availability untuk graduate - below 30 percent.Macam tu nko cakap recover?

Balik ke bumi,balik ke bumi.

Basuh Baju said...

admittedly mmg ekonomi kita tak pulih sepenuhnya circa 97-98. Kayu ukur yang mudah ialah ringgit kita masih lagi around RM3.20 bagi USD1 dolar berbanding RM2.50 dahulu.

Putrajaya, KLIA, Sepang dan Cyberjaya adalah projek yang visionary. Mesti ada continuous effort utk memajukan projek2 ni.

Mahthir dah sediakan tiangnya untuk projek2 ni menjadi catalyst kepada ekonomi Malaysia- ttp sayangnya kita dapat Pak Lah yang tak reti nak taruk dinding, atap, pintu, tingkap melengkapkan tiang tersebut.

Sebab itu sekarang projek2 ni under utilised.

Putrajaya- jadi bandar mati sebab tak ada pusat komersial- mean takde pusat ekonomi.

KLIA- tak jadi hub sebab MAS tak effisien dan tak reti nak tarik airlines lain utk mendarat di sini.

Sepang- masih lagi berjaya kerana masih menganjurkan F1 dan baru2 ni mula ada usaha nak jadikan kawasan R&D automotif dgn Lotus F1.

Pasal balik ke bumi- tu yg kerajaan tgh fikir pasal ECER tu basically pasal pertanian la.

Tak semua org boleh menjadi petani dan kalaupun semua kembali ke bumi, what happen kat sektor lain?

isunya sekarang- aku cuba nak terangkan kepada critics Malaysia bukan bodoh sangat nak manage economy.

Mungkinlah di zaman Pak Lah tu byk mismanagement tp please be fair.

Ini sampaikan Petronas pun nak kata gagal, macam lagi teruk dari Indonesia yg gagal urus Pertamina.

Cob Nobbler said...

Aku nak refer balik ke circa 1997-98.

Kenapa bina Putrajaya kalau nko boleh ambik satu kawasan kat area Jalan Bellamy untuk nko jadikan macam satu pusat pentadbiran gitu.Nko tak perlu teroka tanah baru yang kosong disamping perlu bina pusat komersil - pusat komersil dah dibina pun kat KL.

Kenapa tiru konsep "pengasingan antara pentadbiran dan ekonomi" ala Brasilia,Canberra atau Ankara?Tidakkah kau lihat ini sebagai satu kerugian?Kalau nko tengok London,Paris,Tokyo atau Berlin - mungkin sesaklah tapi dari situ timbul satu motivasi untuk mengefisienkan lagi sistem pengangkutan.

Kos RM10 billion projek Putrajaya tu boleh dijimatkan kalau Kuala Lumpur diefisienkan.Tu two-cents aku.

Sama macam airport Subang.Bagi gua tak perlu bina KLIA sebenarnya.Ni dengar citer nak bina airport baru kat Labu,N9.Apa citer?Labu ke Sepang tu tak sampai 20 kilometer - apa jadahnya?

Dan Sepang tu 50 kilometer dari bandar KL - sekarang,selaku architecture yang kena gak belajar perancangan bandar,lu rasa tu ergonomik tak?Bagi aku langsung tidak!Sebab kalau aku warga KL,nak keluar negara for business trip - langsung gua kena naik ERL dari KL Sentral lepas tu mahal gila.Kenapa tak upgrade je Subang?Apa jadi kat airport Subang?

Memang tak dinafikan ada loophole masa pentadbiran Pak Lah.Tapi aku tak nak main game of the blame here.Kenapa masa sebelum Pak Lah tak terfikir nak save duit?

Macam kalau direlatekan dengan kehidupan,kalau nko kena fired dari kerja dan jadi penganggur,nko nak joli katak tak?Mestilah nko berhemah-hemah bila berbelanja.Silap-silap topup pun tak.Makan megi je.Mana boleh nko dah takde sumber ekonomi lepas tu gung ho terus call awek payung makan kat Delicious atau Carcosa?

Sama lah - bagi aku dalam kegawatan ekonomi,gunakan apa yang ada - Subang,bangunan-bangunan lama kat KL tu serta litar Shah Alam tu boleh diupgrade untuk diefisienkan daripada bina baru dan akhirnya tak efisien.And don't blame Pak Lah because Mahathir was the one who planned all this.

Basuh Baju said...

KL yang sedia ada tanpa kawasan pentadbiran pun dah sesak menggila inikan pula kau nak bina 'putrajaya' kat jalan bellamy.

Ini yg membezakan org yang ada visi dan org yg melihat keadaan status quo.

Kau selalu cakap kau berfikiran jauh ke hadapan. tp dlm kes putrajaya kau gagal melihat Kuala Lumpur bukan tersekat sampat airport tentera Sg Besi shj. Kau tak terfikir Kuala Lumpur macam London yang luasnya sampai ke kawasan Sepang sekarang.

Thats why aku salahkan Mahathir's successor. Because he failed to see this thing.

Memamglah ikut logik bila takde duit buat cara takde duit.

Bila ekonomi gawat, belanja berhemah.

So kau setuju la cara pakej austerity yg kat eropah skrg?

Mahthir punya stail ialah- kau dah takde duit, kau cari duit.

So caranya pump in dgn projek2 mega. Even projek mega masa tu ialah projek perumahan bagi polis dan kakitangan awam. Bukan sekadar KLIA dan Putrajaya.

Masih lagi tidak cekap menguruskan ekonomi?

Mathir can only be blamed because he chose Pak Lah.

Anonymous said...

Salam.
u all can call me pakcik. I've studied,finding jobs and now working in the biggest & richest edible oil comp in the world. Our company rated top 300 richest in the fortune mag last year and yet this is a local compny.( 22 thn dah with this comp- cya tak? )
apa yang pakcik nak cakap circa 97' & 98' masa kegawatan, bonus pakcik masih 5 bln. skrg jgn cakap lh. nanti kata puji diri sendiri pulak. Apa pakcik nak beritahu when Dr Mahadir pegged our ringgit to US, he's made applaudale wise decision. Most companies recovered almost instantly and takde lagi pening2 kepala nak jual/ beli ikut market rate. Dr Mahadir was indeed a learned man and kalau dia tak buat mcm tu & ikut telunjuk IMF bailout plan, pakcik rasa ramai pekerja2 kilang masa tu akan declare bankrupt.Probably daily demo jalanan will be through out the nations. Mana nak tackle Anuar lagi.Now you youngsters whom without slightest experience living within that period and yet have galls to question whether our ex PM's decision right or wrong, I'll say go & learn more.Be grateful it was Dr Mahadir's as our PM at the time or else you are probably not as what you are today.

pakcik.

Basuh Baju said...

Pakcik: nice info to share with youngsters like us. :)

The current generation even called him mamak just to undermine him.

This man even fought for our independence when our parent is not born yet.. Diorang yang kritik Mahathir sekarang paling hebat pun baca buku Barry Wain utk dijadikan reference.

Btw, saya pun bukanlah living masa tahun gawat tu. Baru sekolah rendah. But I managed to have people around me yg macam pakcik penuh dgn pengalaman.

Teruskan beri komen pakcik utk dikongsi bersama.

What we want bukanlah nak bashing sesiapa. Even diorang tak nak support kerajaan pun takpe. Its ok.

What we want is jgn mudah percaya dgn cakap2 our country is so bad to the extent petronas is a failed company.

Maybe these people always see things in malaysia teruk2 kot? Not even a positive huh?

hans said...

betul cakap pakcik tu.....
kalau waktu tu PM kita bukan Che Det dan ditakdirkan waktu tu PM kita ialah Pak Lah...
tak tahulah apa jadi...
tapi ada satu project yang buat gua pening...
apa nama project tu ntah..gua tak ingat..
tapi dia tempat untuk dijadikan sebagai hub pengangkutan iaitu bas,teksi,lrt, apa semua la...
tapi yang gua pelik tu kenapa puduraya masih nak dibaikpulih dengan kos yang banyak?
sedangkan dalam waktu yang sama project hab pengangkutan tu hampir siap tak silap...
tak ker membazir?
gua tak pandai sangat bab2 nih...
tapi ramai juga yang berkata pasal soal tu...
kalau boleh saudara B.B ulaskan lah yer pasal hal tu...

p/s : lupalah apa nama projek tu...adoi...tapi yang pasti dia kumpulkan semua bas2,teksi2,lrt,ktmb semua untuk ganti Puduraya

Anonymous said...

aku nak tanya kenapa mamakthir bail out company over market value? ya tiada siapa salahkan kalau nak tolong peniaga, tapi jangan tolong hingga kayakan anak,kawan2 dan sahabat, itu bukan nak tolong ekonomi namanya, itu salahguna kuasa....boleh kira dari jumlah bailout more than 80% untuk bagi kaya anak/kawan saja

oiii,senang je ko nak salahkan paklah....perangai orang jahat memang macam ni, salahkan paklah, anwar, tengku razali, musa hitam, tunku abdul rahman, hussein on....dia sorang saja yang betul....

mamakthir ni memang banyak impian dia, tapi dia bodoh dalam menilai kekuatan ekonomi malaysia....semua nak cepat, apa tak boleh gerakkan ekonomi secara sederhana ke? kuatkan foudation dulu, ni tak, bila berlaku krisis salahkan soros, anwar, kesilapan yang dia mulakan dulu tak nak admit langsung....

cukuplah projek pembodohan yang mamakthir buat...ramai yang dah bodoh...jangan dibodohkan lagi dengar artikel mengampu....

mamakthir memang berjaya, aku tak nafikan....jadikan rakyat malaysia berfikiran bonzai...memuja-muji dirinya terlalu bagus dengan macam2 pujian

macam ni lah...hidup ini penuh dengan karma...apa jua hinaan mamakthir lakukan keatas orang lain
kebanyakkannya dah terbalas dengan penghinaan ke atas dirinya...tolonglah jangan buat orang hina mamakthir lagi dengan buat cerita mengampu pariah tua tu(dia sendiri mengaku dirinya pariah, boleh tanya lebai youtube)

Basuh Baju said...

tanpa nama: tipikal argument. doesn't make sense pun nak direply. fikrah memahami tujuan asal entry ini ditulis sgt rendah.

bail out mmg over market value. yg under value ialah pre-fire sale.

Anonymous said...

sedih baca tanpanama (12june) punya critics..nampak sangat diri terlalu emosi ketika mengkritik..mamakthir la,whatever la..cermin lah diri sendiri sebelum mengata orang.

Average Joe said...

@ tuan rumah & syafiqroos

biasalah tu... orang yg dah mabuk air selipar nik aziz campur losyen k-y jelly anwar ibrahim, memang payah nak dipulihkan...