Thursday, June 10, 2010

GOL- cerita Piala Dunia dari Malaysia


Sembilan penulis, semua anak Malaysia, dan 64 perlawanan. Mereka menulis tentang pengalaman menonton Piala Dunia 2010. Kebanyakan penulis akan melakukannya dari Malaysia. Dua yang lain akan menghabiskan sebahagian masa di tempat-tempat yang berbeza, Indonesia dan England, untuk melihat bagaimana reaksi orang sana berbeza dari kami. Seorang akan menonton suku akhir di Afrika Selatan. Seorang lain akan di sana pada peringkat awal, menulis tiga esei semasa mengikuti Portugal.

Sekalipun saya tahu serba sedikit tentang bola sepak, namun saya tidak pernah menulis secara serius tentangnya.

Namun apabila Amir Muhammad dan Danny Lim meng'tweet' saya bertanyakan sama ada berminat untuk join projek ini, saya terus terima tanpa banyak fikir.

Saya tidak mahu menyesal kerana menolak peluang ini malah lebih rela menyesal menerima pelawaannya.

Kepada pembaca BasuhBaju- sempena demam bola sebulan ini, saya akan kurangkan menulis mengenai hal-hal serius. Kita layan bola sepak la wei! haha

Apapun saya akan menulis dengan nama sebenar- Radzi Tajuddin.

Kepada Amir Muhammad dan Danny Lim- terima kasih kerana membariskan saya sekali dengan mereka yang lebih berpengalaman. TQ!

Dan ini laman webnya- GOL.

7 comments:

Cob Nobbler said...

cool!

aku harap kau boleh tulis tanpa bias.

gua tak boleh - gua mesti kritik england tahap gampang punya..kah kah kah!

vamos argentina!

hans said...

wah
best tu
gudluck
Spainnnnnnnnnnnnnnnnn

Anonymous said...

cool.. congrates BB

Basuh Baju said...

Holden: tq bro! gua risau bias juga dgn holland ni...haha

btw, gua akan roger lu la apa2hal. lu lagi terer bab bola ni.

ps: maybe, gua roger lu kita gi tgk kat mana2 ke? area jalan telawi?

Hans, tanpa nama: tq

Cob Nobbler said...

gua group ABE.
anything but england.

Besi Karat said...

jadi ko akan menulis tentang holland la kan?kasik ulas mantap2.
hehe!

pablo said...

congratulations for the offer and the job. i'm sure you'd do well.