Hari Kelima Part 2- 16 Mei 2010
(ini adalah coretan saya ketika berjalan-jalan di Kota Sydney dan Melbourne bulan lepas)
Sepanjang aku di Sydney dan Melbourne- aku perhatikan kedai-kedai di sana tutup seawal jam 5 petang. Mulanya aku menyangka ini adalah normal pada musim sejuk. (kerana siang lebih pendek berbanding malam). Tetapi rupanya sepanjang tahun juga begitu.
Hampir semua kedai tutup bila malam menjelang. Pasaraya juga begitu. Kedai makan apatah lagi. Hanya pub dan McD yang masih dibuka. Lalu aku terfikir- dengan working hour yang begitu singkat, tidak mungkin produktiviti mereka tinggi. Bagaimana orang nak shopping dan melantak?
Jadi yang menghairankan aku bagaimana negara ini pendapatan rakyatnya begitu tinggi di sebalik produktiviti kurang? Aku boleh faham di negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan- rakyat mereka memang kuat bekerja. Produktiviti di sana cukup tinggi. So memang logiklah rakyat mereka berpendapatan tinggi.
Tetapi di Australia?
Kemudian aku perhatikan kertas dolar yang berada di genggaman aku. Aku masih ingat untuk mendapatkan not 10 dolar ini aku perlu membayar sebanyak RM30. Mengapakah nilainya 3 kali ganda lebih mahal? Kerana negara ini lebih kaya? Tak logik. Macam mana boleh kaya kalau lebih 90% kedai tutup jam 5? Di Kuala Lumpur, kedai bukak sampai 10 malam, tetapi nilai ringgit tak adalah setinggi nilai dolar australia. Mengapa? There must be something wrong.
Rupanya baru aku faham tentang satu perkara. Negara-negara seperti Australia ini sebenarnya menjadi kaya kerana mereka sangat 'pandai' dalam mencipta kekayaan palsu. Memang benar negara ini menjadi pengeluar barangan, pembekal perkhidmatan, dan berdagang dalam dan luar negara. Tetapi kekayaan mereka daripada aktiviti-aktiviti ini tidaklah sebesar sepertimana yang mereka gembar-gemburkan. Jika pendapatan mereka berdasarkan hanya kepada perniagaan sebenar ini, mereka tidaklah sekaya mana.
Apa yang menyebabkan mereka menjadi kaya ialah kecerdikan mereka dalam berjudi dan memanipulasikan kewangan. Ini adalah perniagaan yang tidak menghasilkan barangan dan perkhidmatan tetapi membawa keuntungan yang amat besar.
Kita ambil contoh perdagangan mata wang. Apa yang dijual dalam perdagangan ini? Tak ada apa-apa. Hanya berjudi tentang nilai kertas tersebut. Begitulah juga dengan hedge fund (Dana lindung nilai) dan skim piramid ala Pak Man Telo atau Pak Madoff. Secara mudahnya- ini adalah skim-skim perniagaan yang buat duit atas duit. Tak perlu menghasilkan barangan dan tak perlu menyediakan perkhidmatan. Hanya otak yang cerdik dan licik sahaja diperlukan untuk menipu orang ramai. Yang bestnya, hasil keuntungan daripada skim-skim ini turut diambil kira di dalam pendapatan negara. Dianggarkan hampir 40% pendapatan kebanyakan negara-negara ini datangnya daripada skim-skim ini.
Inilah yang berlaku di kebanyakan negara yang kita anggap begitu pandai menguruskan ekonomi. Australia adalah salah datu daripadanya. Disebabkan negara-negara seperti Australia terlibat di dalam urus niaga sebegini, kekayaan negara mereka bertambah. Apabila kekayaan bertambah, ini menyebabkan nilai mata wang mereka turut meningkat. Hakikatnya nilai wang mereka tidaklah sebegitu tinggi kalau tidak dicampurkan sekali dengan kekayaan yang 'palsu' ini.
Dan aku pun tidak perlu nak bayar sampai 3 kali ganda untuk dapatkan kertas australia dolar ini.
notakaki: Kekayaan yang sebenar adalah datang dari perniagaan yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan.
notakaki: setakat yang aku tahu, kekayaan negara Malaysia lebih 'real' kerana kita tidak terlibat pinjaman sub-prima, dana lindung nilai dan lain-lain.
notakaki: seterusnya, aku akan tulis rumusan pengalaman berjalan di sana.