Friday, April 3, 2009

Kenapa saya suka hari ini?

Hari ini hari Jumaat. Saya paling suka hari Jumaat- kerana pada hari ini saya akan melihat pelbagai naratif kehidupan yang menarik.

Naratif pertama bermula apabila hendak menuju ke Masjid. Seperti kebiasaannya, begitu ramai mat hensem bangla akan berjalan kaki beramai-ramai. Mereka ini pastilah direkrut kerana hukum ekonomi kapitalis.

Hati saya akan tersentuh apabila melihat mereka berjalan dalam keadaan panas terik. Tetapi kemudiannya saya akan tersenyum apabila melihat ada kereta-kereta yang sudi menumpangkan mereka. Kadang-kadang anak muda yang membawa motor juga tidak kekok untuk memberi bantuan. Inilah bukti agama tidak mengenal kulit atau negara.

Naratif kedua apabila mendengar khutbah dari mimbar. Secara jujurnya saya berasa cukup payah untuk menelan atau mencerap segala isi yang terpacul dari tok imam. Mungkin sama ada saya yang bebal atau teks itu telah disediakan oleh JAKIM.

Kadang-kadang saya juga berasa jeles apabila melihat jemaah lain yang duduk diam, kepala tunduk- tanda begitu khusyuk. Saya teringin untuk mengetahui apakah rahsia mereka? Saya tidak berani menuduh mereka tidur ketika imam memberi khutbah-kerana saya tidak mahu dianggap prejudis.

Naratif ketiga adalah naratif yang terbaik. Di tempat saya, untuk kenderaan keluar daripada masjid hanyalah dengan melalui satu jalan. Apabila selesai solat jumaat, berduyun-duyun kenderaan keluar. Sepatutnya mengikut hukum JKR, jalan raya pasti sesak. Tetapi TIDAK. Hal ini kerana ada pegawai trafik polis yang mengawal lalu lintas.

Satu persoalan timbul- adakah pegawai polis ini tidak solat jumaat? Jawapannya YA. Kerana beliau adalah seorang Buddha, Hindu atau Kristian. Suasana ini cukup romantik. Bayangkan seorang yang bukan Islam menjaga lalu lintas bagi kita yang beragama Islam. Saya cukup tabik kepada mereka. Terima Kasih.

Tetapi.... tiba-tiba muncul lagi satu naratif pada hari ini. Naratif ini sangat menggembirakan hati saya. Naratif ini muncul pada pagi sebelum azan Zuhur berkumandang lagi. Apabila naratif ini sampai, saya melompat kesukaan.

Untuk mengetahui naratif ini, sila baca tajuk utama berita esok- NAJIB PM MALAYSIA. hahahahahaha


(Yang membuatkan saya gembira ialah saya telah berangan-angan untuk menaiki kapal selam untuk ke Masjis. Mungkin jika ada tempat kosong, saya akan berikan kepada mat bangla sekali.)

Bisik-bisik Awang Selamat- Utusan Meloya

HARI ini satu lagi peristiwa bersejarah tercipta apabila Datuk Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang baru.

Awang percaya seluruh negara bersyukur dengan proses peralihan kuasa cara Malaysia yang begitu lancar ketika kita melihat peralihan kuasa di banyak negara terpaksa melalui proses yang amat sukar.

Awang percaya, kepada Abdullah, rakyat akan tetap mengenang jasa beliau.

Awang juga percaya seluruh rakyat mendoakan Najib dapat meneruskan pentadbiran negara dengan jayanya.

Awang – Catat detik bersejarah.

Hahaha nak bisik-bisik pergilah sorang-sorang.hahaha Ini bisik kat surat khabar.hahaha

Memang seluruh negara bersyukur dapat Najib.hahaha Sayang Najib. Suka Najib. Minat Altantuya..ops! Tak boleh cakap.. Minat Aminah Binti Abdullah...hahaha

Betul! Seluruh negara doakan Najib. Doakan agar cepat beliau dihadapkan ke mahkamah..hahaha

Basuh Baju- Catat detik bersejarah bila dapat kapal selam.

Ramai bukan tanda kuat- Utusan Meloya

SUNGAI PETANI 2 April - Himpunan orang ramai yang memenuhi ceramah-ceramah anjuran pakatan pembangkang tidak menggambarkan bahawa calon pembangkang akan berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau pada 7 April ini.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, orang ramai terutamanya anak muda hanya tertarik dengan isu-isu sensasi yang dimainkan oleh parti pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka.

hahaha setuju! ramai bukan tanda kuat.. Besar baru tanda kuat. macam Rosmah..hahaha

Kalau ceramah BN tak ramai yang datang, janganlah bising-bising pasal ceramah lawan. hahaha

Isu sensasi? Wow! Hebatlah pembangkang camni. Dah jadi melodi.hahaha BN tak kan tak guna isu sensasi bila berceramah kot? hahaha

Panggil Ezam kutuk Anwar tu bukan isu sensasi ke? hahaha Cakap Nizar boneka DAP tu bukan isu sensasi ke?hahaha

Tapi setidak-tidaknya, BN dah mengaku ceramah pembangkang ramai yang datang..hahaha

Habislah pembangkang kena dedah- Utusan Meloya

TAIPING 2 April – UMNO akan mendedahkan setiap taktik kotor yang digunakan oleh parti pembangkang untuk meraih undi.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan parti pembangkang melakukan fitnah terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh dibiarkan kerana ia perbuatan yang tidak bermoral.

‘‘Saya ingin menjelaskan, kalau mereka ingin ‘bermain pun’ biarlah dengan cara yang bersih,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hahaha pembangkang main kotor? hahaha mestilah, nak turun ke kampung kan kotor. lagi-lagi kalau hujan, jalan becak.hahaha Gerombolan takut kotor ke? hahaha

Main dengan bersih? hahaha main apa yang bersih? Semua permainan kotor. Main bola kotor. Main ragbi kotor. Main duit rakyat lagi kotor.hahaha

Tak bermoral? Moral? hahaha Siapa dia ni nak cakap pasal moral. Pergi sekeh kepala Khir Toyo pakai duit rakyat jumpa tikus kat disneyland dulu..hahaha

Moral? BN guna gadis seksi tu moral ke? hahaha