Friday, April 3, 2009

Kenapa saya suka hari ini?

Hari ini hari Jumaat. Saya paling suka hari Jumaat- kerana pada hari ini saya akan melihat pelbagai naratif kehidupan yang menarik.

Naratif pertama bermula apabila hendak menuju ke Masjid. Seperti kebiasaannya, begitu ramai mat hensem bangla akan berjalan kaki beramai-ramai. Mereka ini pastilah direkrut kerana hukum ekonomi kapitalis.

Hati saya akan tersentuh apabila melihat mereka berjalan dalam keadaan panas terik. Tetapi kemudiannya saya akan tersenyum apabila melihat ada kereta-kereta yang sudi menumpangkan mereka. Kadang-kadang anak muda yang membawa motor juga tidak kekok untuk memberi bantuan. Inilah bukti agama tidak mengenal kulit atau negara.

Naratif kedua apabila mendengar khutbah dari mimbar. Secara jujurnya saya berasa cukup payah untuk menelan atau mencerap segala isi yang terpacul dari tok imam. Mungkin sama ada saya yang bebal atau teks itu telah disediakan oleh JAKIM.

Kadang-kadang saya juga berasa jeles apabila melihat jemaah lain yang duduk diam, kepala tunduk- tanda begitu khusyuk. Saya teringin untuk mengetahui apakah rahsia mereka? Saya tidak berani menuduh mereka tidur ketika imam memberi khutbah-kerana saya tidak mahu dianggap prejudis.

Naratif ketiga adalah naratif yang terbaik. Di tempat saya, untuk kenderaan keluar daripada masjid hanyalah dengan melalui satu jalan. Apabila selesai solat jumaat, berduyun-duyun kenderaan keluar. Sepatutnya mengikut hukum JKR, jalan raya pasti sesak. Tetapi TIDAK. Hal ini kerana ada pegawai trafik polis yang mengawal lalu lintas.

Satu persoalan timbul- adakah pegawai polis ini tidak solat jumaat? Jawapannya YA. Kerana beliau adalah seorang Buddha, Hindu atau Kristian. Suasana ini cukup romantik. Bayangkan seorang yang bukan Islam menjaga lalu lintas bagi kita yang beragama Islam. Saya cukup tabik kepada mereka. Terima Kasih.

Tetapi.... tiba-tiba muncul lagi satu naratif pada hari ini. Naratif ini sangat menggembirakan hati saya. Naratif ini muncul pada pagi sebelum azan Zuhur berkumandang lagi. Apabila naratif ini sampai, saya melompat kesukaan.

Untuk mengetahui naratif ini, sila baca tajuk utama berita esok- NAJIB PM MALAYSIA. hahahahahaha


(Yang membuatkan saya gembira ialah saya telah berangan-angan untuk menaiki kapal selam untuk ke Masjis. Mungkin jika ada tempat kosong, saya akan berikan kepada mat bangla sekali.)

7 comments:

Cob Nobbler said...

haha..nice narrative bro!
terhibur aku membacanya.

tulisan yang santai2 aja..hahaha!

Noel St Augustine Meldan said...

Lol...


Interesting observations.


While, being a bit of the optimistic today...lets give Mr N. a chance to prove himself worthy.

Im no lacky of the Gov but heck!

Aku nak naek Kapal Selam tuh juga!

donad said...

masjis!

AHAHAH!

bubblylicious said...

huhuhu..
such an intresting n n funny writtin..
hye...
sye nih mmbr umairah...
mntk tmpg lalu ea..

HBM Consultant said...

Kenapa ya, perkataan dan objek kapal selam begitu popular di beberapa buah blog sejak akhir-akhir ini? Anehnya, ia digunakan dalam ayat yang saya rasakan begitu sinikal. Ya, jelas sangat sinikal.

Maaf, saya benar-benar 'kelam' dan tidak faham... Sayangnya, saya tidak tahu hendak bertanya kepada siapa... Ada sesiapa sudi menjelaskannya kepada saya?

Anonymous said...

kapal selam ialah skandal najib sewaktu jadi menteri pertahanan. Tak pasal2 ada pulak bil komisen sebanyak RM500 juta dlm pembelian tu.. kira mcam songlap duit ar.. perkara ni pon dah disahkan dlm parlimen.

tp diorg xkatala itu komisen. dorg ckp tu utk maintenance.. yg herannya, duit komisen tu masuk kat syarikat perimekar sdn bhd. iaitu syarikat razak baginda yg dlm kes altantuya tu..

HBM Consultant said...

Ahah, terima kasih kepada saudara 'tanpa nama'. Barulah saya faham duduk perkara yang sebenar. Ada 'sejarah' di sebalik perkataan kapal selam rupanya. Nampak sangat saya kurang arif dengan skandal politik semasa. Hehe

Apa pun, terima kasih sekali lagi.