Kita perlu memahami
konsep ‘negara’ terlebih dahulu. Dahulunya ketika di zaman Rasulullah, tidak
ada konsep negara seperti ‘nation states’ yang kita tahu sekarang. Wilayah yang
dikuasai oleh orang Islam dianggap sebagai komuniti kerana mereka adalah daripada
satu ummah. Malahan di Eropah juga tidak ada ‘nation states’ sebaliknya mereka
ada ‘warlords’ yang menguasai kawasan tertentu.
Apabila Islam mula
berkembang ke seluruh dunia, pemerintahan tempatan diletak di bawah ketua-ketua
yang dipilih. Kawasan-kawasan yang luas yang kita anggap sebagai empayar Islam
ini sebenarnya tidak pun memiliki perlembagaan yang seragam. Ini kerana empayar
Islam tidak sama seperti Empayar Rom misalnya yang mempunyai keseragaman dari
segi undang-undang bertulis.
Oleh yang demikian,
definisi kepada empayar Islam ketika itu hanyalah wilayah yang majoriti
penduduk telah menerima agama Islam atau orang yang beragama Islam berkuasa dan
membentuk pemerintahan.
Prinsip asas
pemerintahan adalah bersandarkan kepada Piagam Madinah di mana wilayah yang
diperintah oleh orang Islam memberi kebebasan kepada orang bukan Islam mengikut
undang-undang mereka sendiri asalkan tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Misalnya orang-orang bukan Islam di wilayah yang diperintah oleh orang Islam
tidak dikenakan zakat tetapi membayar cukai kepala kepada pemerintah. Dalam
pengamalan agama, bukan Islam bebas beribadat cara mereka.
Disebabkan keadilan pemerintahan Islam, kita dapat lihat penganut agama lain kerap berhijrah ke wilayah Islam untuk menyelamatkan diri daripada ditindas penganut agama lain. Buktinya apabila orang Kristian Sepanyol menawan semula Sepanyol, ramailah Yahudi yang memilih untuk pindah bersama dengan orang Islam ke Afrika Utara, iaitu ke Maghribi, Al-Jazair, Tunisia dan Mesir.
Bukan sahaja wilayah Islam menerima kedatangan mereka ini, malah mereka diberi tempat di dalamhal-ehwal pentadbiran. Di Andalus, ada orang yahudi yang menjadi menteri. Namun keIslaman wilayah-wilayah ini tidak dipersoalkan. Orang Kristian dan Yahudi menerima wilayah-wilayah ini sebagai wilayah Islam.
Hanya apabila runtuhnya sistem Khalifa di Turki, wujudlah negara-negara yang bercorak ‘nation states’ di dalam dunia Islam. Maka pemerintahan di setiap negara ini berbeza-beza tetapi ini tidak menjadikan ‘keislaman’ setiap negara tersebut dipersoalkan.
Di Malaysia, kita
sering mendengar sindiran dan pandangan sinis dari segelintir golongan bahawa
Malaysia bukanlah negara Islam. Walau apa pun bukti yang ditunjuk bahawa negara
ini adalah negara Islam, puak ini tetap akan menolak keIslaman negara.
Di dalam system demokrasi,
suara majoriti lah yang perlu diambil kira. Lebih-lebih lagi orang Islam
Malaysia yang memegang fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jamaah di sini bermakna
kumpulan yang terbesar atau majoriti. Jumlah yang terbesar daripada umat Islam
di Malaysia dan juga di seluruh dunia mengiktiraf Malaysia sebagai negara
Islam. Ini sahaja sudah mencukupi untuk Malaysia diterima oleh orang Islam di
Malaysia yang akur kepada pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebagai negara
Islam. Alasan lain sebenarnya tidak perlu.
Walaupun demikian kita boleh tunjuk kepada bukti yang jelas bahawa segala ajaran Islam yang mampu dilaksanakan oleh pemerintahan Malaysia telah dilaksanakan di Malaysia. Orang Islam dan pembangunan Islam diberi perhatian oleh Kerajaan Malaysia.
Islam memberi
kelonggaran kepada pelaksanaan hukum mengikut keadaan. Di negara yang
penduduknya seratus peratus terdiri daripada orang Islam, hukum Islam boleh
dilaksanakan sepenuhnya. Tetapi undang-undang Islam/Syariah yang dikuatkuasakan
di Malaysia mengambil kira keadaan negara yang berbilang agama. Maka keadilan
yang menjadi perkara utama dalam undang-undang negara.
Islam adalah Ad-Din atau cara hidup. Pentadbiran, pelajaran, pertahanan, kesihatan, perhubungan dan perjalanan, kemudahan beribadat dan keselesaan kehidupan dan apa sahaja yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuk dalam cara hidup orang Islam.
Di Malaysia cara hidup orang Islam adalah bebas daripada segala tekanan, ketidakadilan atau kekurangan. Segala-gala yang bersangkutan dengan cara hidup Islam terdapat di Malaysia walaupun terdapat penganut agama lain di Malaysia.
Semua yang di kehendaki oleh orang Islam supaya dapat hidup cara Islam terdapat di Malaysia. Oleh kerana ini dakwaan bahawa Malaysia adalah negara Islam memang berasas dan tepat.
Pengiktirafan oleh puak
Islam yang minoriti seperti ini tidak penting. Samada mereka ini iktiraf atau
tidak hakikatnya ialah Malaysia adalah negara Islam, diperintah oleh orang
Islam, dan di mana segala suruhan Allah yang wajib diamalkan, boleh diamal
dengan bebas dan selamat.
Mereka ini tidak berhak untuk menyoal Islam atau tidaknya Malaysia. Sudah tentu jika syarat mereka untuk mentakrifkan sebuah negara sebagai negara Islam hanya jika undang-undang yang dicipta oleh mereka diterima pakai, maka hari ini tidak ada satu pun negara di dunia yang boleh diiktiraf sebagai negara Islam. Ini adalah kerana tidak ada satu pun negara di dunia ini yang melaksanakan hukum-hukum ciptaan mereka- yang telah dibuktikan tidak wujud baik di waktu Piagam Madinah mahupun di era Empayar Islam.
Mereka ini tidak berhak untuk menyoal Islam atau tidaknya Malaysia. Sudah tentu jika syarat mereka untuk mentakrifkan sebuah negara sebagai negara Islam hanya jika undang-undang yang dicipta oleh mereka diterima pakai, maka hari ini tidak ada satu pun negara di dunia yang boleh diiktiraf sebagai negara Islam. Ini adalah kerana tidak ada satu pun negara di dunia ini yang melaksanakan hukum-hukum ciptaan mereka- yang telah dibuktikan tidak wujud baik di waktu Piagam Madinah mahupun di era Empayar Islam.
Bagi mereka yang celik dan berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, Malaysia adalah negara Islam. Polemik berkenaan ini tidak akan menidakkan hakikat ini.
Di zaman Kulafak
Al-Rasyidun terdapat puak Khawarij yang terdiri dari orang yang kononnya kuat
berpegang kepada agama. Bagi mereka ini, hanya mereka sahaja yang Islam dan
orang Islam lain terutama pemerintah semuanya tidak Islam. Mereka menolak
persaudaraan dalam Islam.
Tabiat Khawarij terdapat di sepanjang zaman.