Thursday, May 27, 2010

Noktah Sebentar- Isu Malaysia-Singapura

1. Mengikut Point of Agreement (PoA) tahun 1990, KTM mesti mengosongkan operasi di Tanjung Pagar.

2. Sekalipun KTM mempunyai tanah seluas 217 hektar dari Woodlands ke Tanjung Pagar, ia tidak boleh dimajukan melainkan hanya untuk operasi kereta api. Ini menyebabkan tanah yang bernilai RM9.5 billion (mengikut kadar 2008) terbiar begitu sahaja.

3. Malaysia tidak ada pilihan lain selain duduk berunding. Oleh itu apa yang perlu diteliti ialah apa yang Malaysia perolehi dengan melepaskan Tanjung Pagar.

4. Setakat apa yang disiarkan di akhbar, Malaysia mendapat 'a good deal'. KTM masih boleh beroperasi tetapi di Woodlands dan tanah-tanah KTM akan dimajukan bersama melalui MS Pte Ltd. Malaysia juga mempunyai opsyen untuk menukar tanah KTM dengan tanah yang sama nilai di Marina South dan Ophir Rocho. Ini yang dihighlightkan oleh media.

5. Tetapi ramai yang tidak melihat bahawa Singapura berjaya menjadi 'equal partner' untuk membangunkan Living City di Iskandar Malaysia. Lupakan hasrat untuk melihat koridor pembangunan Iskandar ini bersaing dengan Singapura. Kawasan ini berada di perairan yang menghadap Singapura.

6. Fast Transit Link akan dibina pada 2018. Lebih 120,000 rakyat Singapura akan lebih mudah memasuki Iskandar Malaysia apabila Malaysia Automated Clearance System (MACS) diperkenalkan. Hanya sticker diperlukan. Ia samalah seperti stciker kereta di universiti.

7. Mini Singapore di Iskandar Malaysia?

8. Kita mungkin mendapat tanah RM9 billion di Marina South tetapi mereka dapat tinggal di Iskandar Malaysia dengam mudah.

9. Still 'a good deal?'

Hutang dan Subsidi (Updated)


Hari ini kita semua tahu di eropah negara-negara PIGS (Portugal, Italy, Greece dan Spain) sedang dibelenggu krisis hutang. Negara-negara lain seperti UK, Germany dan France juga bakal kena tempiasnya.

Bagaimana keadaannya di Malaysia pula?

Hutang kita berjumlah RM362 Billion. Adakah jumlah ini begitu besar bagi saiz ekonomi kita?

Jawapannya ya kerana ia merupakan 54% daripada KDNK (Keluaran Kasar Dalam Negeri) Malaysia. Apa maknanya di sini? 54% duit yang dibelanjakan oleh kerajaan diperolehi dengan cara berhutang.

Kenapa berhutang? Kerajaan tidak cukup duit.

Timbul dua persoalan- ke manakah wang ini dibelanjakan? Bagaimana kita dapat mengurangkan hutang?

Pada tahun 2009 sahaja, RM74 billion telah digunakan untuk subsidi. Jumlah ini jika dipecahkan beerti setiap rakyat Malaysia telah disubsidi sebanyak RM12,900. Kita jangan berasa terkejut. Hari ini pendidikan, kesihatan, barang dapur, pengangkutan, bahan api, dan tenaga letrik semuanya disubsidi kerajaan.

Tidak hairanlah 11% daripada perbelanjaan tahunan kerajaan adalah kepada subsidi.

Memandangkan rakyat kita suka bandingkan Malaysia dengan negara-negara maju- mari kita lihat berapa banyakkah perbelanjaan subsidi mereka. Di UK hanya 0.7% perbelanjaan negara disalurkan untuk subsidi. Di France 1.4%, dan di Switzerland 3.5%. Malah di negara yang kurang maju seperti di Indonesia jumlah perbelanjaannya hanya 2.7%.

Secara puratanya kebanyakan negara berbelanja 1.5% untuk subsidi. Oleh itu Malaysia adalah negara yang paling banyak mengsubsidi ekonominya (baca rakyat) di dunia walaupun ada yang kata kita pernah ditadbir oleh diktator selama 22 tahun.

Dengan mengetahui hutang boleh membawa kepada krisis seperti di eropah, bagaimana Malaysia boleh mengurangkan hutang?

Jawapannya melalui subsidi.

Subsidi memang diperlukan. Ini adalah tanggungjawab kerajaan. Adalah kerja gila untuk tidak memberi subsidi langsung. Kalau begitu lebih baik tak payah bayar cukai. Subsidi juga membantu pertumbuhan ekonomi malah melindungi golongan susah.

Tetapi subsidi ada hadnya. Ada perkara yang tidak memerlukan subsidi. Malah subsidi yang melampau boleh memandulkan ekonomi. Contohnya di negara arab. Semua perkara disubsidi sehinggakan nak kahwin pun disubsidi. Tetapi hasilnya- rakyat mereka malas bekerja dan kurang produktif.

Tetapi Malaysia tidak sekaya negara arab, maka tidak boleh nak subsidi hingga ke tahap itu.

Malah sistem subsidi sekarang terdapat begitu banyak ketirisan (leakage) dan tidak sampai ke golongan yang sepatutnya. Ada juga golongan yang sudah dapat subsidi tetapi menyalahgunakannya. Lebih teruk golongan yang tidak layak diberi subsidi juga mendapat subsidi seperti golongan kaya kapitalis. Perkara-perkara ini menyebabkan over-consumption dan over-production.

Kesemua perkara ini memerlukan Malaysia mengurangkan dan mengstruktur kembali subsidi.

Apa yang penting ialah subsidi yang sustainable. Subsidi yang diberikan perlulah membawa pulangan. Di Amerika, subsidi diberikan kepada petani dalam bentuk baja. Hasilnya produktiviti pertanian meningkat di samping membantu golongan itu. Dan ini menjelaskan mengapa negara-negara maju tidak berbelanja banyak untuk subsidi. Berapa jumlah yang dibelanjakan tidak penting tetapi bagaimana ia dibelanjakan yang perlu diambil kira.

Kita tidak mahu subsidi yang menyebabkan produktiviti berkurang. Subsidi begini hanya menyebabkan duit yang dibelanjakan hangus begitu sahaja.

Untuk mengsusbsidi semua benda- ini memerlukan duit yang banyak. Nak cari duit kena berhutang. Tapi bila berhutang ramai yang marah. Kalau bukan melalui hutang, kerajaan kena cari duit sendiri. Tapi bila GST, mengswastakan GLC, dan keluar lesen judi diperkenalkan- ramai yang marah siap turun berdemo.

Oleh itu kita wjib menerima hakikat kerajaan terpaksa kurangkan dan strukturkan kembali subsidi. (kurangkan bukan hapuskan)

Soalnya sekarang- berapa banyak yang perlu kita kurangkan subsidi? Golongan mana yang tidak patut dapat subsidi? Golongan yang perlu dibantu lebih banyak? Sektor apa yang memerlukan subsidi? Sektor manakah yang tidak perlu? Berapa lama masa yang diperlukan untuk kurangkan subsidi?

Ini bukan soal perlu atau tidak. Ini soal bila dan berapa.

Persoalan ini akan dijawab oleh Idris Jala dan pasukannya hari ini di KLCC sempena hari terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi.

Sebelum turun ke jalan raya membantah pengstrukturan subsidi- sila turun ke KLCC dahulu hari ini jika anda mempunyai pandangan. Jika malas hendak turun beri cadangan, sila fikirkan satu perkara sebelum turun ke jalan raya- "siapa yang paling banyak menerima manfaat mekanisme subsidi sekarang?"

Jika subsidi tidak distrukturkan, Malaysia akan menjadi the next Greece dalam masa 9 tahun. Ketika itu, jangan menyesal karana turun ke jalan raya mebantah perkara yang betul.



ps: basuhbaju sedang berada di KLCC. Lantaklah kalau ada yang nak kata poyo. Tetapi lebih baik menyumbang dari sekadar bersembang. Tak gitu?

pss:
.Jangan tersilap turun ke jalan raya menyokong kapitalis sudahlah ye.

psss: sila baca juga ruangan komen. Mari join sekali sesi diskusi. :)