Monday, August 23, 2010

Kelemahan Dinar Emas sebagai mata wang

Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan dinar emas. Ramai yang menyangka inilah idea dinar emas yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir.

Sebenarnya mereka tersilap. Konsep dinar emas yang dicadangkan hanya untuk bayaran dagangan antarabangsa. Itupun hanya dibayar bagi lebihan import-eksport antara dua buah negara. Bayaran ini masih dibuat dengan mata wang kertas tetapi nilainya disandarkan pada nilai emas.

Dinar emas tidak pernah dicadang untuk dijadikan mata wang bagi kegunaan jual beli seharian seperti yang diumumkan oleh kerajaan Kelantan. Mengapa?

Pertama kerana dunia tidak punyai cukup emas untuk dijadikan kegunaan harian 6 billion umat manusia. Malah tidak semua negara yang ada emas.

Kedua kerana dinar emas akan membantutkan pertumbuhan ekonomi. Emas adalah komoditi yang berharga. Harganya sentiasa tinggi dan stabil. Lebih penting, emas mempunyai nilai di mana-mana sahaja. Nilainya tidak tertakluk kepada undang-undang dan kadar faedah yang ditetapkan oleh sesebuah negara.

Oleh itu dengan menjadikan komoditi berharga seperti emas sebagai mata wang, ianya akan menyebabkan orang ramai enggan untuk berjual beli. Mereka akan lebih gemar menyimpan daripada berbelanja kerana tahu di masa akan datang harganya akan naik. Bayangkan jika semua orang menyimpan. Siapa yang akan membeli? Aktiviti jual beli akan merudum jatuh. Adakah ini suatu perkara yang sihat bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara?

Lebih menyedihkan kerajaan tidak akan mampu untuk menggalakkan orang ramai berbelanja melalui kawalan kaedah faedah seperti mana yang dilakukan kepada mata wang kertas.

Ketiga kerana kos sara hidup akan menjadi lebih tinggi. Disebabkan emas adalah sumber yang terhad, harganya akan terus meningkat. Ini disebabkan permintaan yang melebihi pengeluaran. Kalau untuk mendapatkan mata wang pun sudah menjadi mahal, inikan pula untuk membeli barang-barang lain?

Tetapi tidak mengapa. Peniaga dan pembeli sudah bersetuju untuk melakukan transaksi jual beli dengan menggunakan dinar emas. Bank Negara Malaysia tidak akan mampu menghalang perkara ini.

Kita sebagai muslim juga tidak sepatutnya mehalang perjuangan suci kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengembalikan kegemilangan umat Islam.

Aadalah lebih bagus jika jihad ekonomi ini diperkenalkan di kesemua negeri di Malaysia- baik kerajaan negeri hinggalah kepada orang perseorangan. Mereka seharusnya diberikan kebebasan untuk melebur emas rantai, gelang, cincin etc,etc untuk dijadikan dinar emas.

Bukankah ini perkara yang islamik untuk dilakukan walaupun sebenarnya nama 'dinar' itu berasal daripada mata wang empayar Rome yang bernama 'denarius'?

Ah, tidak mengapa, kita adalah muslim yang baik.

*

nota kaki: untuk melihat petanda-petanda dinar emas ini akan membawa kesan buruk kepada aktiviti ekonomi, sila baca berita di bawah.

Rush for dinar in Kelantan

Thursday, August 19th, 2010 00:09:00

KOTA BARU: Kelantanese from all walks of life crowded the Ar-Rahn Islamic Mortgage Centre here on Wednesday, the first day the dinar and dirham are sold to the public, to purchase the coins which are introduced as an alternative currency for the people in Kelantan by the state government.

A survey by Bernama found that most of them wanted to buy the dinar and dirham coins to be used as accessories, like lockets, and others simply wanted to keep them as personal collections.

One of them, Zainun Che Aziz, 60, said the dinar was the latest trend for gold items in the market. "Gold comes in various forms and sizes in the market. The latest is in the form of dinar. I have to buy it is unique and I want to use them as lockets for my grand-daughter."

"It will be a loss if I don't get it now. Who knows, suddenly they stop selling the dinar and I'll make money." she said.