Monday, August 23, 2010

Kelemahan Dinar Emas sebagai mata wang

Baru-baru ini kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan dinar emas. Ramai yang menyangka inilah idea dinar emas yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir.

Sebenarnya mereka tersilap. Konsep dinar emas yang dicadangkan hanya untuk bayaran dagangan antarabangsa. Itupun hanya dibayar bagi lebihan import-eksport antara dua buah negara. Bayaran ini masih dibuat dengan mata wang kertas tetapi nilainya disandarkan pada nilai emas.

Dinar emas tidak pernah dicadang untuk dijadikan mata wang bagi kegunaan jual beli seharian seperti yang diumumkan oleh kerajaan Kelantan. Mengapa?

Pertama kerana dunia tidak punyai cukup emas untuk dijadikan kegunaan harian 6 billion umat manusia. Malah tidak semua negara yang ada emas.

Kedua kerana dinar emas akan membantutkan pertumbuhan ekonomi. Emas adalah komoditi yang berharga. Harganya sentiasa tinggi dan stabil. Lebih penting, emas mempunyai nilai di mana-mana sahaja. Nilainya tidak tertakluk kepada undang-undang dan kadar faedah yang ditetapkan oleh sesebuah negara.

Oleh itu dengan menjadikan komoditi berharga seperti emas sebagai mata wang, ianya akan menyebabkan orang ramai enggan untuk berjual beli. Mereka akan lebih gemar menyimpan daripada berbelanja kerana tahu di masa akan datang harganya akan naik. Bayangkan jika semua orang menyimpan. Siapa yang akan membeli? Aktiviti jual beli akan merudum jatuh. Adakah ini suatu perkara yang sihat bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara?

Lebih menyedihkan kerajaan tidak akan mampu untuk menggalakkan orang ramai berbelanja melalui kawalan kaedah faedah seperti mana yang dilakukan kepada mata wang kertas.

Ketiga kerana kos sara hidup akan menjadi lebih tinggi. Disebabkan emas adalah sumber yang terhad, harganya akan terus meningkat. Ini disebabkan permintaan yang melebihi pengeluaran. Kalau untuk mendapatkan mata wang pun sudah menjadi mahal, inikan pula untuk membeli barang-barang lain?

Tetapi tidak mengapa. Peniaga dan pembeli sudah bersetuju untuk melakukan transaksi jual beli dengan menggunakan dinar emas. Bank Negara Malaysia tidak akan mampu menghalang perkara ini.

Kita sebagai muslim juga tidak sepatutnya mehalang perjuangan suci kerajaan PAS Kelantan yang ingin mengembalikan kegemilangan umat Islam.

Aadalah lebih bagus jika jihad ekonomi ini diperkenalkan di kesemua negeri di Malaysia- baik kerajaan negeri hinggalah kepada orang perseorangan. Mereka seharusnya diberikan kebebasan untuk melebur emas rantai, gelang, cincin etc,etc untuk dijadikan dinar emas.

Bukankah ini perkara yang islamik untuk dilakukan walaupun sebenarnya nama 'dinar' itu berasal daripada mata wang empayar Rome yang bernama 'denarius'?

Ah, tidak mengapa, kita adalah muslim yang baik.

*

nota kaki: untuk melihat petanda-petanda dinar emas ini akan membawa kesan buruk kepada aktiviti ekonomi, sila baca berita di bawah.

Rush for dinar in Kelantan

Thursday, August 19th, 2010 00:09:00

KOTA BARU: Kelantanese from all walks of life crowded the Ar-Rahn Islamic Mortgage Centre here on Wednesday, the first day the dinar and dirham are sold to the public, to purchase the coins which are introduced as an alternative currency for the people in Kelantan by the state government.

A survey by Bernama found that most of them wanted to buy the dinar and dirham coins to be used as accessories, like lockets, and others simply wanted to keep them as personal collections.

One of them, Zainun Che Aziz, 60, said the dinar was the latest trend for gold items in the market. "Gold comes in various forms and sizes in the market. The latest is in the form of dinar. I have to buy it is unique and I want to use them as lockets for my grand-daughter."

"It will be a loss if I don't get it now. Who knows, suddenly they stop selling the dinar and I'll make money." she said.

11 comments:

joegrimjow said...

ada dengar cadangan nak buat kad kredit berasaskan dinar emas ni. baca hari tu pasal dinar emas sangat complicated, ingatkan token yg diperbuat dari emas yg nak beli nasi kat kedai je, tapi sebanrnya jauh dari itu

sejak sejarah bagaimana sekarg emas tidak dijadikan sandaran pada duit, hanya bergantung pada kertas yg tiada nilai, sehinggalah kepada pembaharuan yg dibuat oleh PAS ni, memang sangt jauh untuk diberi konklusi awal

Noel St Augustine Meldan said...

we're just complicating things too much these days. from abandonment of babies (i hate the word dumping, doesnt describe the depth of the issue) to this and student politics.

i say, if the kelantan government wants it soo much, let them have a referandum among kelantanese and see how it goes. there should be some SOUND arguements coming from PAS chief economist in regards to this issue and why they are doing this in the first place.

on the offset chance that it fails, which i doubt seeing that how PAS has always been right in dealing with controversial issues. we could use all that gold to build something grand and useless.

p/s: i feel sarky on mondays.

Ahmad Mimpi said...

let it be

mnfaj said...

selamat pagi,
baguslah orang muda macam kita ni ramai yang lihat secara positif tentang apa yang dibuat oleh kerajaan kelantan baru baru ini.

saya ada beberapa pendapat dek ilmu yang cetek di dada tentang pendapat saudara ini. tentang sebab pertama, iatu dunia tidak cukup emas. saya merasakan bahawa cukup atau tidak cukup itu suatu yang subjektif. tidak boleh kita katakan 5 peratus mineral di bumi adalah emas adalah sedikit dan 70 peratus mineral besi di bumi adalah banyak. seperti mana kita katakan 2 isteri terlalu ramai, ada yang berpendapat 2 isteri terlalu sedikit. so ianya bergantung kepada individu, dan paling utama, keperluan untuk menilainya. keduanya.. emas tidak dijadikan begitu ramai di dunia ini kerana mungkinlah ianya boleh bertindak sebagai fungsinya, iatu barangan berharga. rasanya konsep asas medium harga adalah ianya berharga, susah didapati dan jika senang didapati pun, sekurang2nya tidaklah boleh dijumpai sewenang2nya di tepi2 jalan (analogi wang kertas kita)

keduanya, saya ada terbaca beberapa surah dari Al Quran dan tafsirannya, yang ada menyebut perkataan emas dan perak sebagai barangan berharga, harta di dunia. oleh itu, sesiapa yang memiliki banyak emas dan perak, dialah yang berharta. tetapi konsep sekarang mungkin sedikit berbeza, sesiapa yang memiliki wang kertas rm malaysia yang terbanyak, dialah yang terkaya, atau mungkin sesiapa yang mempunyai wang dollar amerika yang terbanyak, dialah yang terkaya. apa kata kita wujudkan satu keadaan sekarang di mana kita punyai rm10000juta, dan pada satu hari kita hendak membeli emas di pasaran antarabangsa. tiba2 semua negara tidak ingin menjual emas, kerana mereka lebih menghargai emas daripada not kertas itu,ataupun mereka saje2 taknak jual. pada masa itu, apakah yang kita lihat lebih berharga?

mungkin secara nalurinya, naluri yang dicipta yang Maha Esa ini, menghargai lebih logam berkilau dari perut bumi itu daripada not not kertas yang sepatutnya disandarkan kepada emas itu.

terlintas di fikiran saya, mungkin fenomena kita lebih menghargai not kertas berbanding emas ini seperti transfer teknologi ke negara kita. kita membeli kapal selam, belajar mengendalikannya, ya kita ada kapal selam. tapi adalah kita ada ilmu membina kapal selam yaitu intipatinya? adakah emas dan perak intipati konsep wang?

mintak maaf kalau tuju banyak terlari dari sasaran. hehe

pautan untuk rujukan: http://hukum-emas.blogspot.com/search/label/Al-Quran%20dan%20emas

kamil johari said...

nik aziz kata bukan matawang tp sekadar nk buat barter-trade sj bang.

hans said...

kita tak tahu lagi macam mana
mungkin berjaya mungkin tak
sekarang terlalu awal untuk menilai kan
konsep dia pun mungkin kita tak faham lagi
bagi peluang dlu
mungkin berjaya
siapa tahu?

P/S : Lagi Sekali Entry Aku Berkisar Tentang Kenapa Aku Meminati Filem Tamil Dan Bollywood!

P/S : Kepada Sesiapa Yang Ingin Mengiklankan Product Anda Di Blog Saya Sila Click Entry Ini Berkenaan Ruang Iklan Di H.P.B Blog

Zaid said...

personally, sepatutnya nilai matawang negara disandarkan kepada nilai emas.

Cob Nobbler said...

Basuh Baju,

have you ever heard of deflation?

Instead kerajaan klate nak ikut sunnah nabi,the world economy will be in deflation.

tau apa itu deflation?

bila duit mahal - tapi semua orang tak mampu nak memiliki duit.yang tu lagi haru.

Anonymous said...

harga seekor kambing 1400 tahun dulu adalah 1 dinar. selepas 1400 tahun 1 dinar hari ini = RM637 masih mampu membeli seekor kambing.

harga seekor ayam 1400 tahun dulu adalah 1 dirham. selepas 1400 tahun 1 dirham hari ini = RM19 masih mampu membeli seekor ayam.

inflasi = 0

Anonymous said...

20 tahun dulu budak2 pegi sekolah bawak 20 sen 30 sen. tinggi2 pun 5 kupang. selepas 20 tahun budak2 bawak duit rm2 - rm3, ataupun rm5 paling tinggi untuk membeli barang yg sama. ini bererti wang kertas telah dimakan inflasi.

kesimpulannya, orang cerdik simpan emas, orang bodoh simpan kertas...

Anonymous said...

xpercaya kepada sistem islam... mungkin jahilnya paada agama atau kurang keyakinan kepada agama yang dianuti...mungkin....muhasabah diri.. bahaya membicarakan yang kita tidak tahu.. jika tidak tahu,rujuk lah kepada orang yang lebih mengetahui.......ok..ws