Thursday, August 19, 2010

Kebebasan beragama, demokrasi dan perasaan sensitif

Presiden Barack Obama telah menyokong pembinaan masjid di tapak Ground Zero (ex-WTC). Bagaimanapun rakyat Amerika Syarikat- rakyat negara paling demokratik di dunia telah membantah sokongan ini. Nampaknya pembinaan masjid dilihat sebagai tidak sensitif terhadap 3000 mangsa korban insiden 9/11.

Perasaan sensitif mangsa dikatakan lebih penting daripada kebebasan mengamalkan agama.

Di Malaysia, tidak lama dahulu terdapat kejadian demonstrasi kepala lembu ekoran kerajaan negeri yang tidak sensitif terhadap penduduk majoriti muslim dalam memindahkan rumah ibadat penganut agama hindu. Malaysia telah dikritik sebagai tidak demokratik, tidak menyokong hak asasi manusia dan tidak menghormati kebebasan beragama.

Tetapi apabila Switzerland mengharamkan pembinaan minaret di masjid dan Perancis mengharamkan tudung- mereka dianggap demokratik kerana mendengar suara majoriti. Always double standard.

Oleh itu orang muslim tidak perlu berasa hairan mengapa pembinaan masjid di Ground Zero dikatakn tidak sensitif walaupun mangsa korban 9/11 juga terdiri daripada orang muslim. Di fikiran rakyat Amerika, orang muslimlah penyebab tragedi 9/11. Tidak perlu ditubuhkan tribunal khas bagi mencari siapakah dalang sebenar kerana mereka adalah negara maju yang arif mengenai the rule of law.

Sebaliknya, kita perlu bersyukur kerana sempena bulan Ramadhan yang mulia ini rakyat Amerika telah belajar untuk memahami perasaan sensitif. Malah mereka sanggup mengenepikan prinsip demokrasi (kebebasan beragama) yang mereka sering paksakan di negara lain.

Semoga perasaan sensitif mereka tidak terhenti setakat 3000 mangsa WTC sahaja tetapi turut dilanjutkan kepada ratusan ribu rakyat Afghanistan , Palestin dan Iraq yang mati akibat peperangan yang dimulakan oleh Amerika.

8 comments:

joegrimjow said...

gagal cari kenapa demokrasi = kebebasan beragama

Ez Puella Sapiens said...

It's their rights to build the mosque.They pay the land for it,it's their own land.Simple as that.Apa yang nak controversial sangat?

In Argentina where I living ni,kat barrio I ni,ada satu musollah and sebelah dia synogue kecil.and sebelah tu ada kedai beer which is most yang lepak situ were German ancestor.What's a deal?

I may be agnostic,but talk about rights to believe,it's up to them - but most Muslims pun selalu breach my believe as well.Susahlah.

Unknown said...

tiada paksaan dalam beragama. bukankah fitrah manusia itu berkehendakkan kepada agama? dan selagi setiap insan itu percaya bahawa adanya sesuatu yg bersifat ketuhanan, selagi itu segala perlakuan, kehendak, norma kehidupan dan sebagainya akan terikat dengan sesuatu yang dipanggil dosa dan pahala, syurga dan neraka, hari kiamat dan sebagainya. setidak-tidaknya tidaklah tindakan manusia itu menyerupai haiwan mahupun orang gila...

p/s: jom jenguk ke tempat saya... ThaTimeLines...

hans said...

yups...
memang double standard...
biasalah...
Islam dipandang sebagai musuh oleh mereka2 yang tidak betul2 mengenali apa itu Islam

P/S : Prank Bulan Puasa Yang Menjadi! Tahniah Casey! LUKENABEB!

Kap said...

ramai pandai cakap tentang kebebasan, perkongsian, persaudaraan.

end up bila kena batang hidung sendiri, tup tup self-oriented pula.

begitulah kita manusia.

bercakap tak selari dengan niat di hati.

majoritinya pretenders!!

Anonymous said...

scommunity centre, not a mosque.

HBM Consultant said...

Apa yang hendak dihairankan? Adatlah.

Apa yang kita dan kawan-kawan kita lakukan adalah baik (biarpun ia salah) dan apa yang musuh kita dan musuh kawan-kawan kita lakukan adalah tidak baik (biarpun ia benar).

Demokrasi, hak asasi dan apa-apa juga 'si' hanyalah ALASAN.

kelisa_samudera said...

dunia akhir zaman mmg umat islam macam buih di lautan.