Ganjaran dan Hukuman
Kes buang bayi semakin meruncing. Hampir setiap hari, ada sahaja kes baru yang dilaporkan oleh akhbar.
Kerajaan bercadang untuk menjatuhkan hukuman mati kepada pesalah. Yang mengejutkan, Karpal Singh- penentang tegar 'capital punishment' juga bersetuju dengan langkah ini.
Namun MCA dan beberapa NGO tidak bersetuju dengan cara capital punishment ini. Bagi mereka masalah pembuangan bayi haruslah dibendung dari puncanya. Oleh itu kerajaan perlu memberi bantuan kepada remaja yang mengandung dan juga menyediakan kemudahan seperti 'Hatch Centre'.
Pada masa yang sama, OrphanCare- sebuah badan NGO telah melancarkan 'Hatch Centre' pertama di malaysia yang terletak di Petaling Jaya. Dan pusat ini telah menerima bayi pertama pada 27 Jun yang lepas.
Sementara itu di Jasin, sebuah sekolah khas bagi pelajar yang mengandung juga turut diperkenalkan oleh kerajaan negeri Melaka.
*
Apa yang saya cuba timbulkan di sini?
Kita sering mendengar ungakapan 'educate not legislate'. Ungkapan ini sering dimainkan oleh orang ramai apabila pihak berkuasa memperkenalkan hukuman baru bagi menangani sesuatu masalah.
Bagi mereka hukuman bukanlah segalanya.
Namun pada masa yang sama ada pula golongan yang sibuk menggesa pihak berkuasa untuk mengetatkan dan menggubal undang-undang baru bagi menghukum si pesalah.
Golongan ini berpendapat hukuman yang berat dapat mengurangkan masalah.
Oleh itu, apabila perbincangan cuba diadakan dalam mencari solusi terbaik terhadap sesuatu masalah, kedua golongan ini akan saling berlawanan.
Apa yang kurang difahami oleh kedua golongan ini ialah- dalam setiap masalah kita perlukan approach 'carrot and stick'. Kite perlu beri ganjaran kepada mereka yang tak terlibat dan menghukum kepada yang bersalah.
Seperti masalah buang bayi- untuk pasangan-pasangan muda yang tidak tergamak nak buang bayi mereka- kita sedaikan 'hatch centre'. Tetapi untuk mereka yang masih lagi membuang bayi di sebalik kewujudan Hatch Centre, kita jatuhkan hukuman yang lebih berat misalnya hukuman mati.
Ini adalah satu contoh dalam menangani sesuatu masalah.
Sebenarnya di dalam banyak perkara lagi kita boleh praktikkan solusi seperti ini. Misalnya bagaimana untuk meningkatkan kualiti perkhidmatam awam. Di samping kerajaan memberi ganjaran kepada top-performers, kerajaan perlu 'memudahkan' urusan untuk membuang/memecat kakitangan awam yang tidak efektif. Tidak perlu banyak surat amaran atau pun 'transfer'.
Di dalam memastikan pelajar Malaysia yang ditaja ke luar negara pulang berkhidmat di tanah air, kerajaan boleh membayar gaji mereka sama dengan sektor sawasta. Tetapi mereka yang tidak pulang pula haruslah dihukum dengan hukuman yang lebih berat seperti ditarik balik hak kerakyatan.
Ini hanyalah beberapa contoh. Selebihnya terpulang kepada para pembaca untuk mencadangkan.
Apa yang diperlukan ialah pendekatan carrot and stick.
1 comment:
assalamualaikum... tulisan anda sangat menarik... dan saya sedang mengikutinya... semoga mendapat keberkatan dalam perkenalan ini..
Post a Comment