Sunday, November 7, 2010

PKR dan Anwar Ibrahim yang demokratik

Sekarang ini sedang berlangsung pemilihan PKR. Pada masa yang sama sedang hangat diperkatakan mengenai saranan Dr Asri kepada Anwar Ibrahim agar bersara daripada arena politik. Untuk itu saya ingin bercakap tentang PKR dan Anwar.

Parti Keadilan Rakyat adalah parti yang paling demokratik di Malaysia. Lebih-lebih lagi parti ini dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Begitu demokratik parti ini sehinggakan ahlinya membenarkan Anwar memegang jawatan yang tidak wujud di dalam perlembagaan parti. Begitu demokratik perlembagaan parti PKR sehinggakan jawatan yang tidak wujud ini lebih tinggi daripada jawatan Presiden Parti. Sudah tentu jawatan ini tidak dipertandingkan dan undi orang ramai tidak diperlukan.

Oleh sebab ini Anwar Ibrahim tidak perlu bertanding jawatan presiden. Mengapa perlu dipilih kalau boleh dilantik? Mengapa perlu accountability sebagai seorang presiden kalau boleh menjadi de-facto leader yang tidak perlu tertakluk pada perlembagaan parti?

Ada yang berkata keengganan Anwar ini kerana kes liwatnya dengan Saiful. Takut-takut dimasukkan ke dalam penjara, nanti PKR tidak ada presiden. Jika begini logiknya, apa gunaya jawatan timbalan presiden diwujudkan? Mungkin jawatan ini tidak ada kuasa dan sekadar wujud di atas kertas sebagaimana jawatan presiden.

Bagaimana seorang yang kononnya berani melawan seluruh jentera kerajaan begitu kecut bertanding jawatan presiden parti hanya kerana kes main belakangnya yang mungkin sampai bila-bila tidak akan diputuskan?

Bagaimana seorang yang ingin melakukan reformasi di setiap inci institusi pentadbiran negara begitu enggan mereformasikan dirinya sendiri dengan menjadi pemimpin yang sah di sisi perlembagaan parti? Reformasi bermula dari diri sendiri.

Bagaimana seorang yang begitu lantang bercakap soal salah guna kuasa kini memegang kuasa yang tidak sah malah melangkaui seorang presiden yang sah?

Bagaimanapun tidak mengapa, Anwar boleh terus melakukan apa sahaja yang tidak demokratik selagi mana ahli PKR membenarkannya. Lagipun ramai juga anak muda yang mengidolakan beliau. Maklumlah Anwar adalah suara demokrasi Malaysia. Tidak mungkin suara demokrasi Malaysia akan melakukan sesuatu yang tidak demokratik. Dengan kehebatannya berucap- adalah mustahil untuk sesiapa tidak percaya dengannya. After all, he can only talk, talk and talk.


ps: saya harap para pembaca boleh memberikan pendapat sama ada wajar atau tidak Anwar Ibrahim bersara daripada politik?


16 comments:

Anonymous said...

suara DSAI dah semakin malap. kalau betul kes mahkamah ke atas beliau tu merupakan satu konspirasi, tahniah saya ucapkan kpd para konspirator, anda memang telah berjaya

una210 said...

kalu comen boleh like
aku dah like dah note kali nih
siyes penulisan berjaya.^_^

Cob Nobbler said...

Bila Dr MAZA kutuk UMNO,peh - pujian melambung beb.Tapi bila kutuk Anwar sekali je,terus kena cop "ulamak yang kena beli".

One sided politics.Kebenaran kat pihak dorang je la.Macamlah orang lain tak benar - dia aje yang benar.

AMAN said...

Setuju betul apa anda tulis. Anwar memang patut bersara. Keperibadian dia dah teruk tercemar. Tiada alasan lain kesukaan dia kepada lelaki2 jambu melainkan dia memang gay. Saya pun syak lama dulu dia gay bila dia tak berani bersumpah kata dia tak buat benda tu walau kerap dicabar.

Ocen said...

yeah setuju dengan pandangan kau ttg de-facto leader dan juga "demokratik"nya parti PKR itu...tapi untuk kata baginya terus bersara adalah sangat x masuk akal...kalo nak dibandingkan umur dia dengan (Tun) Mahathir jauh lagi perjalanan nya...dia masih boleh berpolitik...cuma partinya sangat tidak tepat asas perjuangannya dan kelampauan kuasa muktamadnya cik nuar berahim itu

Sir Faiez Ali said...

Angkut angkut terbang ke langit,
sampai di langit dimakan merbah,
biar bertangkup bumi dan langit,
setia hamba tidak berubah.

berbatop said...

nice writing! tak sangka ada orang sama pikir benda ni!

deus X machina said...

Gua semakin fed-up dengan PKR
kah kah kah

muzikri said...

for the first time,ak bru rasa ape yg ko ckp make sense...haha
seriously,bkn dinosaur parti je kena kick,telur dia pun sama,jangan sempat kasi meneetas,
nak sangat pemikiran partisan,padan muka klu percaya lagi,politics of partisan is long gone,it shud b dead instead,politic of consensus shud be prevailed...haha...

Anonymous said...

dol

aku tengok anwar cool je....tak melenting pun bila asri cakap macam2 kat dia

yang jawap semua penyokong dia...yang asri nak melenting tak tentu pasal dengan kritikan orang pkr kenapa? tak paham wa...dia boleh kritik orang. tapi bila orang tanya apa alasan2 kukuh, dia cakap dinosor dalam umno pun ramai....ini sudah belit....apa kata cakap kat rosmah jangan campur urusan negara....ni lebih mudarat....

kalau anwar semakin malap kan bagus...boleh lah geng mahathir najib rosmah rompak lagi harta negara...kan lu suka.....tengok syed albukhari idola lu rasuah sultan johor, tu kawan rapat ayahanda tun tu.....dia dapat AP gula terus naik harga gula sampai rm1.90....alhamdulillah syukur...masa kapir pegang dulu rm 1.20 je....orang islam kroni tun pegang terus naik gula 1.90....ahhh...melalut pulak aku

macam hampeh betul jawapan aku ni

tiu nama

Oh Me said...

oh no no no...no Anwar no PKR...there only reason PKR exist is because of Anwar...

walaupun orang kata PKR ni parti keluarga, biarlah diaorang berkata begitu...

so Anwar harus terus berjuang sampai ketitisan darah terakhir. Hanya Anwar sahaja yang boleh cabar UMNO.

Zaid? come on....dia orang luar yang tiba-tiba datang dan mengucar kacirkan PKR. dimana Zaid pada tahun 1998 dahulu?

Nafastari said...

Tak kisah pun jika Anwar di situ atau pun tidak. Tetapi elok juga cadangan Asri itu, kalau PKR ingin terus berdiri kukuh. Saya lebih suka Zaid daripada Anwar, dan lebih suka DAP & PAS berbanding dengan PKR. Tapi kalau saya harus memilih antara BN dan PKR sudah tentulah saya tidak akan pilih BN.

Anonymous said...

alamak bro...apa lu ckp ada betul. tp yg sinuar buat tu puak-puak bn dah lama buat. yg bab de-facto tu...klu geng-geng bwh dia tak suka dia..terpeleot gak dia nak terus kekal sbg de-facto tu. bukanle sokong sgt dgn dia...tp bab lwn si bn tu yg aku sokong..mcm budak nafastari tu ckp. lagipun mcm kisah gula yg anon tu ckp...dah lebih stgh abad merintah...inilah hasilnya utk rakyat - sengsara beb! bagi can la org lain plak sepenggal-dua...barulah benar-benar demokratik!!

koolmokcikZ said...

AP gula bukan ke dipegang Cina apa ke nama nya tu?

afterc said...

sy cuba nak ambil contoh negara jiran, Sinagpura. Di singapura siapa yg berkuasa? Perdana Menteri ke presiden? Di Malaysia pula, siapa yg berkuasa? PM ke Agong? Kesimpulannya,ada apa pada nama presiden..

Anonymous said...

salam,

main politik je arr yg ko tau. agama islam sendiri ko hentam puas2 (ak bace note kt fb psl pendidikan kite x seiring syariat islam), ko ni... pathetic.

basuhbaju.blogspot.com? come out wif a better name will ya? that silly moniker basuh bju just so...