Monday, September 7, 2009

Salam Perantauan

Antara perkara yang paling saya suka ketika di bulan Ramadhan ialah membaca Salam Perantauan di akhbar. Selalunya ruangan salam ini muncul di akhbar melayu. Walaupun amat jarang saya membeli akhbar melayu, tetapi ada kalanya saya terbeli. Maklumlah bila tertekan dengan projek, minda ini perlukan lawak jenaka juga. Dan akhbar melayu tidak pernah menghampakan saya dengan berita-berita kelakar seram.

(Oh ye, untuk rekod saya tak beli pun Utusan. Gila apa. Membeli Utusan seolah-olah saya telah melakukan satu dosa kepada daya fikrah sendiri. Saya lagi rela membayar RM1.50 untuk sekeping otak-otak daripada meyumbang kepada gaji Awang Selamat yang menulis macam orang tak ada otak.)

*
Berbalik kepada ruangan Salam Perantauan, saya cukup seronok bila melihat begitu ramai warga Malaysia- baik pelajar mahupun pekerja- yang berada di setiap pelusuk dunia. Dari Amerika hinggalah ke Jepun- rakyat Malaysia sudah menjejakkan kaki.

Ada yang diterbangkan kerana memiliki otak yang bijak. Ada yang ke sana kerana kepakaran yang dimiliki. Ada juga yang bernasib baik kerana ditaja oleh kerajaan. Tidak kiralah apapun sebabnya- bagi saya ia satu bukti Malaysia sudah ke hadapan.

Sejujurnya saya berasa bangga.

*
Dalam berseronok membaca Salam Perantauan, timbul satu pertanyaan- adakah mereka yang berada di luar sana akan pulang ke Malaysia? Adakah mereka akan berbakti kepada negara? Adakah mereka akan menyumbang kembali kepada masyarakat? Atau mungkin mereka akan memilih untuk terus menetap di sana?

Saya tidak tahu. Tetapi saya ada membaca mengenai fenomena Brain-Drain (penghijrahan orang bijak pandai ke negara lain). Malaysia juga tidak terkecuali.

Begitu ramai pelajar-pelajar kita yang sanggup melanggar kontrak perjanjian kerana mengejarkan gaji yang tinggi. Itu belum dicampur lagi dengan pakar-pakar tempatan yang lebih suka menyumbang kepada negara luar berbanding negara sendiri.

Adakah kerajaan sedar akan fenomena ini? Jika sedar, apakah tindakannya? Jika ada tindakan, adakah ia mencukupi? Sekali lagi, saya tidak tahu.


Kepada warga Malaysia yang berada di luar sana, satu pesanan untuk anda- " Mengirimkan salam perantauan sahaja tidak cukup. Jangan lupa untuk pulang ke Malaysia.'

27 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

Aslmualaikum.

hujan emas di negeri org
hujan batu di negeri sendiri

...

Hanggokan said...

kahkahkah...
aku dulu termasuk dalam golongan berfikiran sperti saudara maksudkan. malangnya hajat aku tak kesampaian kerana otak aku tak sebijak itu utk tercampak ke luar negara. oleh itu aku rela dikuli di negara sendiri. tq!

myQza said...

jiran aku anak dia sibuk cari duit dari sebuah negara ke sebuah negara. mak ayah yg semakin uzur terbiar bertahun2 tanpa di jenguk.

duit boleh memberi kesenangan tetapi tidak kebahagiaan.

kesian mak ayah yg dok tunggu anak balik sejak habis belajar dari thn ke thn. tteapi x nampak batang hidung!!

Cob Nobbler said...

Secara jujurnya,semasa saya berada dua minggu di London dan Belgium dua bulan lepas - jika saya ada kemampuan untuk membayar permit kerja di UK dan mempunyai sedikit wang untuk bertahan - saya mahu terus kekal di sana.Ini hakikat.Bukan kerana hujan emas atau hujan batu - kerana bagi saya mana-mana muka bumi pun hujan air jugak.

Tetapi bagi saya ia adalah kerana corak pemikiran rakyat di sana - mereka berfikiran mahu mengeksplorasi pengetahuan yang ada.Tidak dinafikan ada golongan fasis dan fundementalis seperti evangelical Kristian ataupun parti ala Nazi - British National Party(BNP),tetapi majoriti rakyat mereka tidak akan membawa kepala lembu sekiranya masjid dibina di kawasan populasi majoriti Kristian sekalipun.

It's because mentality.Itu two cents saya lah.

Basuh Baju said...

so kenapa kita tak jadikan hujan emas di negara kita? memanglah mentaliti msyrkt kita tak sebagus berbanding di luar sana, tapi tak ke kita mcm nak larikan diri?

bukannya keadaan di negara kita teruk sgt sampai tak boleh nak diubah pun..hehe

hatim a.r said...

baiklah saya akan pulang!!!!!!

Shahrul Tanaka said...

lu dok gombak je..takyah nak salam2 perantauan!

ikan emas said...

depa kata kepakaran n kehebatan mreka tak blh guna kat negara ni..

Unknown said...

tepuk dada tanya selera...
jalan kita yang tentukan...

HBM Consultant said...

Salam.
Ada juga ibu bapa yang berbangga apabila anak-anak tidak pulang ke tanah air tercinta. Dengan bangganya pula ibu bapa itu mengumumkan anak sulungnya bekerja di US, anak kedua bekerja di UK, anak ketiganya seorang doktor di Ireland dan anak bongsunya seorang jurutera di Jepun. Cinta pada tanah air? Itu cerita lama.

mamai said...

ya kerajaan sedar tapi nak wat camner mereka sibuk satu malaysia...

lagi pun mereka susah nak berubah

haizad said...

Assalamualaikum.

Mungkin ada yang hendak bekerja di negara sendiri selepas tamat pengajian. Tapi setelah bekerja di negara sendiri, mereka dapati kemahiran & ilmu yang mereka ada sukar untuk diaplikasikan, kerana kurangnya keyakinan pihak majikan terhadap kebolehan rakyat tempatan. Maka terpaksalah berhijrah ke tempat di mana mereka boleh menggunakan sepenuhnya kemahiran yang mereka miliki.

Nafastari said...

Saya akan pulang juga nanti! ;-) Jangan lupa periksa jika gambar saya masuk Utusan Meloya @ Berita Hairan. Hantar la jugak kan... Tp saya juga seperti anda, tidak sama sekali akan membeli surat khabar yg bermentaliti terencat seperti itu. haha...

Iskandar Tiger said...

menjadi kuli dinegeri sendiri tak jadi persoalan yang terlalu besar......merantau dinegara luar juga tidak menjadi satu percaturan ideologi yang kritis mahu pun sebaliknya.........bagi saya....jangan la kita terjadi seperti kacang yang melupakan Kulit.....atau seumpama denganya.....

Shemmi said...

saya dah lama x baca surat kabar...

Oh Me said...

kalau aku pun aku tak nak balik..best wooo dapat khawin orang putih...

Eh kau perasan tak semua awek yang kat UK tu banyak yg cun? memang fakta..orang yg cun ni biasanya bijak..:D

Basuh Baju said...

Lionel: sebab gua duduk gombak la gua nak diowang pulang utk majukan gombak..haha

oh me: hbs tu bgamana dgn pelajar cun di dalam negara? haha

cun ke tidak, hensem ke tidak- aku rasa itu luaran shj. tak menentukan tahap kepandaian..haha

ps: Diana Danielle bagi komen pon tak bijak jgk..haha

Guru said...

assalammualaikum

masing2 ada sebab kenapa dan mengapa
cuma kita harap
jati diri Malaysia dalam diri mereka kekal

GGMM said...

ko try tiru hishamudin rais tapi tak jadi la bro

Basuh Baju said...

GMMl sebab tak jadilah membuktikan yang aku tak cuba tiru dia... :)

A kl citizen: nak harapkan jati diri malaysia dalam diri diorang? sampai bila? sampai diorang dah tua baru nak balik ke cikgu? huhu

tp nak salahkan mereka 100% pun tak boleh juga. Ada yang tak nak balik kerana persekitaran di sini menekan mereka. Ambil cth professor shj. Beza sgt tradisi ilmu di IPT malaysia dan negara luar. Kdg2 tu mana nak tahan kan?

so cmne? Kita kena ubah poersekitaran dahulu atau mereka perlu balik utk ubah persekitaran dulu?

hehe

- said...

Salam. Belajar dan bekerja di mana-mana sama sahaja, cuma yang membezakannya adalah nawaitu kita. Lain orang, lain hatinya.

abdultalib said...

Salam Saudara BB.

Meloya sungguh anda dgn Utusan M'sia. Seolah2 akhbar ini telah melakukan kesalahan yang terlalu besar. Tapi anda masih membacanya kan? Benci tapi rindu.

Cuba anda beli naskhah UM esok dan analisis kandungannya, buat kajian menyeluruh, berapa peratus berita sampah? berapa peratus berita bermaruah?

Jika anda masih tetap loya. Anda betul atas dasar kajian menyeluruh...bukan serkap jarang!

Wassalam!

Anonymous said...

yaa. suka tgk. bercita2 ke UK 3 tahun lagi. doakan semoga saya berjaya. huhu.

lalink7 said...

betul2 cakap kamu..
belajar jauh2..last2 disebabkan gaji die sanggup tinggalkan tanah air..
isk...isk..isk..
mmg dasar lupa daratan..

p/s lama xmai sini..

Raja Syahrul Helmi said...

aku x sanggup nak tinggalkan mak aku... dan x sanggup juga dikuburkan di tempat lain... oh malaysia! oh malaysia! oh hanya cacing-cacingmu saja yang berhak ke atas tubuhku, hehehe

sang kegelapan said...

Oh ye, untuk rekod saya tak beli pun Utusan. Gila apa. Membeli Utusan seolah-olah saya telah melakukan satu dosa kepada daya fikrah sendiri. Saya lagi rela membayar RM1.50 untuk sekeping otak-otak daripada meyumbang kepada gaji Awang Selamat yang menulis macam orang tak ada otak.- basuh baju

gua suka ayat ni!terbaik dari ladang!

Basuh Baju said...

abdultalib: Salam

memang akhbar Utusan Meloya dah lakukan kesalahan besar. Sangat rasis. Malah to the extent mengahncurkan konsep 1Malaysia PMnya sendiri..so bagaimana?

Kalau ada pun berita bermaruah ialah berita sukan...itu sahaja.. so bagaimana?

Kita tidak mengharapkan berita yg adil kerana dasar akhbar pun payah nak siarkan berita tanpa berat sebelah dan bias..ttp yg kita harapkan berita yang bijak. Berita yg sebenar yg bila kita baca kita akan yakin bahawa itulah sebenarnya yg berlaku..

malah sy percaya mereka yg waras juga akan mengatakan Utusan MELOYA...

ps: tp pada masa yg sama cuba kita tanya, kenapa Berita Harian takde pon org kecoh2? Kenapa?

Terima Kasih..