Ceritanya begini....
Ayah saya seorang kapitalis. Dirinya seorang yang berniaga. Sentiasa tahu dan bijak dalam mencari duit. Saya tidak pasti sama ada dengan menjadi seorang kapitalis bermakna ayah saya seorang yang tidak baik. Tetapi apa yang saya pasti, beliau sentiasa memberikan layanan yang baik kepada pekerja-pekerjanya. Saban tahun, tanpa gagal beliau akan memberikan bonus dan kenaikan gaji. Malah waktu bekerja juga hanya 5 hari seminggu dari 9 pagi hingga 5 petang. Cuti-cuti tahunan serta cuti-cuti perayaan juga turut diperuntukkan.
Hubungan beliau dengan para pekerjanya ibarat sebuah keluarga. Jika ada untung lebih, beliau akan membawa mereka pergi bercuti bersama. Jika ada kesusahan yang dihadapi oleh mereka, ayah saya akan cuba menolong sedaya mungkin. Setiap bulan setiap seorang daripada pekerjanya akan mengadakan makan besar beramai-ramai- sebagai tanda meraikan ikatan ukhwah yang terjalin.
Dengan perkara-perkara yang saya sebutkan ini saya percaya ayah saya bukanlah seorang yang jahat walaupun hakikat beliau seorang kapitalis- yang membuat untung dan mencari duit.
Ibu saya pula boleh saya gambarkan sebagai seorang yang sosialis. Beliau amat suka menolong orang. Kadang-kadang tu sehingga menyebabkan ibu saya pokai. Perkara ini dapat saya lihat semenjak dari kecil lagi. Asal sahaja ada penjual-penjual barang yang mengetuk kereta, peminta derma dari masjid yang datang ke rumah sehinggalah kepada anak kecil yang menjual kaset agama- semuanya ibu saya beli dan beri tanpa banyak soal.
Itu belum dicampur lagi dengan tindakannya memberi derma kepada anak yatim dan rumah kebajikan. Mungkin kesusahan yang dialaminya ketika masih kecil mengajarnya agar sentiasa menolong mereka yang memerlukan. Dan inilah ajaran yang diterapkan kepada saya. Kata ibu hari ini kita mungkin senang, esok tidak mustahil kita pula yang susah.
Saya tertanya-tanya adakah ibu mempunyai sifat sebegini kerana ibu menyokong dan mendalami apa itu sosialis. Atau kerana ajaran agama. Atau mungkin kerana sifatnya yang memang begitu. Saya tiada jawapan.
Noktah sebentar.
Dari kedua nilai ini, saya dibesarkan. Dari ayah, saya diajar tentang bagaimana mahu mencari duit. Ini penting untuk masa depan saya. Dari ibu, saya dididik untuk menyumbang kepada masyarakat. Ini penting untuk masa depan saya di dunia lain.
Hari ini, selepas hampir dua dekad saya hidup di muka bumi ini, saya menilai kembali sepanjang pengalaman saya. Saya terfikir:
'Apa yang penting bukannya sistem mana yang kita pilih. Yang penting ialah orang yang menjalankan sistem tersebut. Kerana di akhirnya diri kita sendiri yang menentukan baik buruk sesuatu sistem. Kita boleh berbuat baik di dalam sistem kapitalis- kalau kita mahu. Kita juga tidak semestinya memerlukan sistem sosialis kalau hendak berbuat baik- asalkan kita mahu. Ingat, perangai bergantung kepada diri sendiri bukannya sistem.'
Mungkin benar mungkin tidak. Saya tidak tahu. Tetapi dari apa yang saya perhatikan, inilah pandangan saya.
Ayah saya seorang kapitalis. Dirinya seorang yang berniaga. Sentiasa tahu dan bijak dalam mencari duit. Saya tidak pasti sama ada dengan menjadi seorang kapitalis bermakna ayah saya seorang yang tidak baik. Tetapi apa yang saya pasti, beliau sentiasa memberikan layanan yang baik kepada pekerja-pekerjanya. Saban tahun, tanpa gagal beliau akan memberikan bonus dan kenaikan gaji. Malah waktu bekerja juga hanya 5 hari seminggu dari 9 pagi hingga 5 petang. Cuti-cuti tahunan serta cuti-cuti perayaan juga turut diperuntukkan.
Hubungan beliau dengan para pekerjanya ibarat sebuah keluarga. Jika ada untung lebih, beliau akan membawa mereka pergi bercuti bersama. Jika ada kesusahan yang dihadapi oleh mereka, ayah saya akan cuba menolong sedaya mungkin. Setiap bulan setiap seorang daripada pekerjanya akan mengadakan makan besar beramai-ramai- sebagai tanda meraikan ikatan ukhwah yang terjalin.
Dengan perkara-perkara yang saya sebutkan ini saya percaya ayah saya bukanlah seorang yang jahat walaupun hakikat beliau seorang kapitalis- yang membuat untung dan mencari duit.
Ibu saya pula boleh saya gambarkan sebagai seorang yang sosialis. Beliau amat suka menolong orang. Kadang-kadang tu sehingga menyebabkan ibu saya pokai. Perkara ini dapat saya lihat semenjak dari kecil lagi. Asal sahaja ada penjual-penjual barang yang mengetuk kereta, peminta derma dari masjid yang datang ke rumah sehinggalah kepada anak kecil yang menjual kaset agama- semuanya ibu saya beli dan beri tanpa banyak soal.
Itu belum dicampur lagi dengan tindakannya memberi derma kepada anak yatim dan rumah kebajikan. Mungkin kesusahan yang dialaminya ketika masih kecil mengajarnya agar sentiasa menolong mereka yang memerlukan. Dan inilah ajaran yang diterapkan kepada saya. Kata ibu hari ini kita mungkin senang, esok tidak mustahil kita pula yang susah.
Saya tertanya-tanya adakah ibu mempunyai sifat sebegini kerana ibu menyokong dan mendalami apa itu sosialis. Atau kerana ajaran agama. Atau mungkin kerana sifatnya yang memang begitu. Saya tiada jawapan.
Noktah sebentar.
Dari kedua nilai ini, saya dibesarkan. Dari ayah, saya diajar tentang bagaimana mahu mencari duit. Ini penting untuk masa depan saya. Dari ibu, saya dididik untuk menyumbang kepada masyarakat. Ini penting untuk masa depan saya di dunia lain.
Hari ini, selepas hampir dua dekad saya hidup di muka bumi ini, saya menilai kembali sepanjang pengalaman saya. Saya terfikir:
'Apa yang penting bukannya sistem mana yang kita pilih. Yang penting ialah orang yang menjalankan sistem tersebut. Kerana di akhirnya diri kita sendiri yang menentukan baik buruk sesuatu sistem. Kita boleh berbuat baik di dalam sistem kapitalis- kalau kita mahu. Kita juga tidak semestinya memerlukan sistem sosialis kalau hendak berbuat baik- asalkan kita mahu. Ingat, perangai bergantung kepada diri sendiri bukannya sistem.'
Mungkin benar mungkin tidak. Saya tidak tahu. Tetapi dari apa yang saya perhatikan, inilah pandangan saya.
29 comments:
kate2 yg bijak..
aku enjoy bace...
gua kapitalis yg sosialis. camne tu?
makan dalam~
tu je.. time kasih..
Mungkin kalau ada masa,boleh sembang-sembang tentang apa pertanyaan nko ni.
Sebenarnya kalau nak aku terangkan,asalnya manusia itu hidup tidak memikirkan keuntungan.manusia itu hidupnya berburu dan mengambil buah hutan.kemudian selepas manusia tahu bertani dan berternak,maka pemilikan tanah pun bermula.bila ada pemilikan tanah,maka ada sistem feudalisme.pemilik tanah adalah raja dan rakyat adalah petani yang bekerja.sistem itu berterusan sehingga adanya merchant.apabila minyak zaitun dari arab ingin didagangkan ke melaka untuk ditukarkan dengan rempah ratus.maka ada la perniagaan.jadi untuk memajukan perniagaan,daripada raja mengawal bahan mentah,lebih baiklah para pemodal.
selepas itu,era kapitalisme bermula.sistem feudalisme di tanah melayu sebenarnya runtuh selepas portugis menakluk lagi,cuma foundationnya masih kuat di sesetengah tempat.era british yang menjadikan kapitalisme bertapak di tanah melayu.
sekarang ni basuh baju,cuba nko lihat keadaan yang skrang.manusia zaman primitif boleh hidup lingkungan 1juta dalam sistemnya,feudal bertahan 10,000 tahun,kapitalisme yang baru 500 tahun ni dah merosakkan alam sekitar,global warming sini sana.
you see,sekarang ni motif kapitalisme adalah keuntungan.wang itu dilihat sebagai raison d'etre dalam kehidupan seseorang.nilai kehidupan dan nilai kematian semua berlandaskan wang.
bukanlah pada sosialis itu nanti termansuh wang.manusia ini berjalan mengikut transisinya.perlu bergerak dengan perlahan-lahan.takdelah kalau esok tercetus revolusi semua hendak dipercumakan.semua perniagaan dibasmikan.
manusia ini mindanya bergerak mengikut zaman.apabila sampai satu tahap bila mana kita dipaksa berkongsi,masa tu nko fahamlah apa itu sosialisme.
nak cakap panjang,ruang komen ni tak mencukupi.jadi elok saja kalau aku jumpe je nko dan cakap.kita tukar2 pendapat.dan aku akan cuba jawab semua soalan nko.tapi tak bermakna aku adalah mesin komputer.aku akan jawab mengikut kefahaman aku.
Assalamualaikum...ini la yang aku maksudkan masa kita jumpa kat CM hari itu...moral itu dibentuk oleh kita sendiri yang menjadikan sistem itu berkesan dalam memberikan kebaikan untuk bersama. Cakap ko tak salah..apa2 sistem pun boleh sebenarnya selaras dengan keperluan zaman dan kehendak masyarakat untuk menjalankan aktiviti sehari-harian...jangan minda kita terlalu berpihak pada satu-satu ideologi sampai kita jadi sempit dan susah nak terima sesuatu yang lain...apa beza orang pakatan yang benci ngan bn dan orang bn yang benci ngan pakatan....sama juga ngan orang sosialis yg benci ngan kapitalis dan kapitalis yang benci ngan sosialis...kita kena progressif...dan sampai sekarang aku tak boleh terima lagi kata2 Ravi yang cakap korupsi terjadi sebab sistem kapitalis...berdasarkan pemerhatian dan kajian aku, negara yang amalkan sistem sosialis lah paling banyak korupsi...dakwaan aku ini bukan berdasarkan emosi tetapi fakta...kalau tak caya tengok wikipedia je dah cukup...xyah belek2 buku ekonomi atau politik yang berat2.....
salam..
setuju benar dengan kamu basuh baju..
yang menjalankan sistem itu yang menjadi nakhoda dalam menentukan perjalanan sistemnya..
seperti keluarga kamu,
emak saya pun kapitalis..;)
dan ayah pula sosialis..;)
alhamdulilah.. ok jer..
salam sahur..
wassalam..
assalammualaikum
dalam islam...semua sistem dah ada
sistem kapitalis:- rasulullah juga seorang peniaga...mencari untung juga
sistem sosialis:- dalam setiap harta orang kaya itu ada hak orang miskin, kerana itu kita wajib berzakat
sistem komunisme:-semua manusia itu sama statusnya... yang membeza hanya taqwa
sistem apalagi ya?
cuma kononnya sistem yang ada hasil dari ideologi baru itu ...
Allah sumber segala ilmu
manusia hanya gunakan sahaja
aku stuju dgn a kl citizen.
sbenarnya apa-apa sistem dlm dunia ini dicedok dari sistem islam itu tp di transformasikan oleh manusia untuk kepentingan mereka. jadi seharusnya kita fahami itu kerana jika tidak kita akan terperangkap dgn segala sistem yang ada sekarang.
Salam.
Catatan ini mengingatkan saya kepada pesanan seseorang. Katanya, "kita hendaklah menjadi seorang yang ikhlas memberi dengan sebanyak-banyaknya tanpa perlu meminta-minta".
adik BB,
Pada pandangan akak la kan, sistem yang ditulis secara teori, di atas kertas memang secadar amnya untuk kebaikan.Walau tidak dinafikan ada cacat cela di sana sini. Kecuali sistem, yang Allah peruntukan di AlQur'an dan as Sunnah.
Sesempurna mana pun, sistem jika perlaksaannya tidak telus, akan membinasakan masyarakat dan negara.
PS: Beruntung kamu dibesarkan dengan cara begitu. Dan kakak ini, dibesarkan dalam luka-luka kemiskinan. Pun aku, bertuah juga sebab ia mengajar kita banyak menghargai.
Semuanya baik,terpulang kita :)
kenapa salahkan sistem tapi orang yang mencemarkan sistem itu...
kalau dekat opis aku bila ada sesuatu masalah maka aku akan check system dulu adakah ianya satu kepincangan atau ornag yang buat salah itu pincang
salam..
two thumb up buat a kl citizen..!
wassalam..
zahirlunatik: tq..
Luca De Ketiak: cmne? cmtulah..hehe itulah yg aku cuba timbulkan..
Anarm: makan dalam? sebab?
Nami: daripada zaman batu hingga ke zaman IT, ko terangkan bgmna revolusi kehidupan manusia.. tp ko kena fhm, keuntungan adalah penting dlm kehidupan kita skrg.. paling asas pun, kalau takde keuntungan, bgmana nak bayar zakat atau membantu mereka yg susah?
tp keuntungan maksima yg membabi buta itu yg jadi masalah. Keuntungan yg diperoleh dgn menghalalkan matlamat dan cara itu juga adalah perkara yg bermasalah..
pun begitu- ia masih tidak bermakna keuntungan adalah perkara yg buruk.
tak boleh ke kita berkongsi ttp pada masa yg sama masih mendapat untung? kenapa perlu pisah2kan?
tq
Faridz: bagi aku- kita jgn terikat sgt dgn sistem ni..mana yg elok, kita gunakan. sbbnya tak semua apa yg ada pd sistem kapitalis itu bgs. dan tak semua dlm sosialis itu buruk.. kenapa tak pilih2 ambil mana yg bagus shj?
bg aku, sbbkan kita terlalu nak ikut konsep sistem 100% lah yg menyebabkan kita menjadi buta dan terlalu terpengaruh dgn sesuatu ideologi.. :)
cahaya malam: selamat berbuka..
a kl citizen: komen yg bagus dan membuka dari cikgu :)
itulah mslhnya..tp sedar atau tidak- golongan islamis juga tidak nampak perkara ini..sekadar menuduh yg sosialis dan komunis tidak islamik tanpa mengkaji betul2 ttg ideologi ini.. :)
did: haha betul tu..
marniyati: siapa org itu? kui3
water lilly: terima kasih..jgn jadikan kesusahan yg ada utk tidak berusaha di masa hadapan :)
mamai: pendekatan yg bagus sbgai org yg dah kerja..
It's good that you grow up in both environment. I think u're indeed a very good person now.
Money is important nowadays but as we become rich never forget to give back to the community.
That's the rule of life.
Anyway, another good writing. Keep it up! :)
Pertama sekali saya ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada saudara Basuh Baju. Dan terima kasih juga kerana sudi berkongsi pengalaman ibubapa saudara di dalam artikel kali ini. Tetapi saya rasa BB dalam artikel kali ini telah menyimpang dari makna atau konteks sebenar Sistem Kapitalisma mahupun Sistem Sosialisma. Berdasarkan sifat keluarga yang diterangkan oleh BB (pada hakikatnya kebanyakan keluarga mempunyai sifat sebegini) , bapa BB bukanlah seorang Kapitalis atau ibunya adalah seorang sosialis dalam konteks sebenar sistem tersebut.
Sistem Kapitalis adalah satu sistem ekonomi dan politik yang memihak kepada monoriti iaitu pemodal-pemodal ( atau Kapitalis) yang hanya mempunyai matlamat untuk bersaing di antara satu sama lain untuk mengaut keuntungan maksima. Di antara Kapitalis-Kapitalis di Malaysia adalah seperti Ananda Krishnan, Robert Kuok and Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang mempunyai kekayaan berninail berbillion-billion ringgit. Saya rasa bapa BB tidak tergolong dalam kumpulan ini dan mempunyai sifat rakus keuntungan seperti kapitalis-kapitalis tersebut. Ramai dalam golongan pertengahan termasuk peniaga, jurutera , doktor dan sebagainya ingin mencari duit untuk hidup selesa dan mewah atas desakan budaya kapitalisma, dan mereka hanya selesa dengan sistem kapitalisma selagi sistem ini tidak terjurumus dalam konflik sistem itu sendiri. Kegawatan ekonomi adalam salah satu simptom sistem kapitalisma. Simptom-simptom lain adalah seperti kemiskinan, pengangguran, kebuluran, peperangan dan sebagainya.
Adalah tidak dapat dinafikan, semenjak kemunculan Sistem Kapitalisma 500 ratus tahun dahulu, banyak penemuan baru telah diterokai dan ini telah meningkatkan taraf hidup manusia. Tetapi disebabkan sifat pemodal-pemodal yang rakus dengan keuntungan, keperluan-keperluan asas kemanusian seperti makanan, perlindungan, perubatan dan sebagainya diperjudikan semata-mata untuk memenuhi nafsu keuntungan segelintir kapitalis (500 multinasional terbesar di dunia mengkongkong sebahagian besar kekayaan dunia).
Manakala Ibu BB adalah di antara ramai manusia di muka bumi ini yang simpati dengan golongan tertindas disebabkan kekejaman sistem kapitalisma. Kebanyakan daripada mereka mempersoalkan ketidakadilan dalam sistem kapitalisma : Mengapakah ada segolongan kecil hidup dengan kemewahaan berbillion-billion ringgit manakala segolongan besar pula hidup melarat dengan memburuh ? Mengapa walaupun di dunia ini makanan dan keperluan asas lebih daripada yang diperlukan, tetapi masih berjuta-juta saudara/I kita di negara-negara Afrika/ Asia setiap hari mati kerana kebuluran ? Mengapa bayi dan anak-anak kecil di bunuh dengan kejam di Iraq, Palestin, Afghanistan, Sri Lanka kerana segolongan kecil mahukan kekayaan melalui tanah, minyak dan sebagainya ? Mengapa Multinasional- Multinasional di dunia ini yang rakus keuntungan terus menerus mencemarkan udara, air dan alam yang pada asasnya memainkan peranan untuk kita dan generasi akan datang terus hidup ? Inilah kesan-kesan daripada sistem kapitalisma yang sedang menjajah dunia ini pada masa kini. Jika Ibu BB adalah seorang yang anti-kekejaman-kekejaman tersebut dan mahukan sistem kapitalisma diubah untuk kesejahteraan manusia, maka beliau akan memperjuangan untuk membentuk sebuah sistem sosialis. Dengan perkataan lain beliau adalah seorang sosialis.
Manakala Sistem sosialis bukanlah sistem Stalinist atau Maoist yang cuba dikaitkan oleh saudara Faridz. Memang sistem Stalinist atau Maoist yang berlandaskan birokrasi sistem satu parti ( tiada demokrasi) telah mengakibatkan korupsi dan akhirnya tidak dapat meningkatkan keperluan umat manusia disebabkan oleh sifatnya. Implikasinya dapat kita lihat di negara Rusia dan China.
Sosialisma pula adalah satu sistem ekonomi dan politik yang sifatnya untuk memaksimakan keperluan umat manusia melalui demokrasi sepenuhnya. Ia adalah satu sistem di mana segala teknologi, sumber-sumber alam dipergunakan untuk merancang keperluan-keperluan umat manusia (majoriti). Dalam perancangan tersebut demokrasi (penglibatan rakyat biasa ) akan dimaksimakan supaya birokrasi dikurangkan. Ini bermakna dalam sistem sosialis segala sumber dan teknologi yang sedia ada akan dikekalkan dan dikawal oleh majoriti secara demokratik untuk memenuhi keperluan-keperluan asas umat manusia di negara kita dan sejagat.
Sistem sosialisma dan kapitalisma ini macam bumi dan langit. Kedua-dua sistem ini tidak dapat dicantumkan kerana percanggahan yang amat ketara di antara kedua-duanya. Hanya ada dua pilihan : BARBARISM (dengan sistem kapitalis) atau SOSIALISM.
Harap kita jumpa lagi untuk terus berbincang tentang sosialisma dan kapitalisma.
Salam.
Ravi CWI:
1) Maknanya istilah kapitalis ialah mereka yg ada modal beratus2 juta ringgit? Kalau begitu peniaga2 kecil spt SME ni bukan pemodal dan bukan kapitalis? Kalau bukan- mereka dipanggil apa?
2) Untuk mengatakan yg berlaku di China dan Russia itu bukan sosialis sebenarnya telah membuktikan point saya. Nampak, di akhirnya sistem sosialis yg cuba diterapkan di kedua negara tersebut telah dihancurkan oleh pemimpin seperti Stalin dan Mao. Maknanya apa? Yang salah ialah orang yg memimpin sistem itu. Sistem bagus mana pun kalau org yg memimpinnya tidak bagus, hasilnya teruk juga, Dan itu pun yg berlaku di kedua negara tersebut.
3) Menentang penindasan, kekejaman dan ketidakadilan bukan bermakna seseorang itu sosialis. Hakikatnya ibu saya tidak faham pun konsep sosialis. Jadi apa yg saya cuba tunjukkan ialah tindakan ibu saya yg melakukan kebajikan itu didorong oleh dirinya sendiri hasil daripada pengalaman dan pengamatannya sendiri. Buakn kerana beliau dididik atau diajar dengan konsep sosialis untuk menjadi baik.
Sekali lagi sy telah membuktikan bahawa perangai bergantung pada diri sendiri. Bukannya sistem. Dalam sistem kapitalis pun ada juga orang baik. Malah ada juga kapitalis yang baik, kapitalis yang sosialis dan kapitalis yang beragama. Begitu juga dalam sistem sosialis. Tidak semua baik. Ada sosialis yang korup, ada sosialis yang menindas, sosialis yang membunuh. Jadi bagaimana?
4) Kapitalis dan sosialis bukan dua perkara yang berbeza. Malah boleh diseiringkan. Anda sendiri bercanggah di dalam hujah anda.
"Ini bermakna dalam sistem sosialis segala sumber dan teknologi yang sedia ada akan dikekalkan..."
nampak, di sini bukankah ada elemen kapitalis yg ciba diterapkan? Bermakna anda cuba mencampurkan hasil kejayaan kapitalis di dalam sosialis. Kalau benar kedua-dua konsep ini bagai langit dan bumi, kenapa tidak tinggalkan sahaja 100% perkara yg wujud dalam sistem kapitalis? Satu pertanyaan.
Terima Kasih
Ini berdasarkan soalan Basuh Baju terhadap Ravi CWI - tapi ini berdasarkan intrepretasi saya - tapi lebih molek kalau saudara Basuh Baju menerima jawapan kepada Ravi.Tapi ini jawapan saya.
1)Mereka ini dipanggil "petty bourgoeis" - atau borjois kecil-kecilan.Mereka ini seperti ayah saya yang berniaga di restoran mahupun kawan saya yang berniaga air soya di pasar malam.Mereka ini secara hirarkinya - berada dalam kelas pertengahan atau "middle class".Mereka ini sangat bergantung dengan sistem kapitalisme.
Tetapi,pihak multinasional yang mempunyai modal perniagaan yang lebih besar sebenarnya meranapkan lagi perniagaan SME dan kecil-kecilan seperti ayah saya dan kawan saya.Restoran ayah saya tak mungkin dapat bersaing modal dengan KFC atau McDonalds.Kedai Runcit Pak Ali tak mungkin dapat bersaing modal dengan Tesco.
Jadi,rain or shine,jatuh atau bangunnya kapitalis ni,yang terhimpit tetap golongan ini.Tetapi golongan ini masih bergantung kepada sistem kapitalisme untuk terus kekal survive dalam kedudukan ekonomi.
2)Keadaan di Russia dan China sebenarnya adalah kegagalan pihak penguasa(Stalin dan Mao) memahami erti sebenar sosialisme.Boleh saya katakan bagi pendapat saya,kewujudan manusia seperti Stalin dan Mao adalah kerana manusia masih lagi di dalam "framework mindset" kapitalisme.Mereka gagal mengintrepretasi pendapat Marx dengan baik kerana masih lagi keadaan di Russia dan China semasa mereka mengambil alih - baru saja lepas daripada feudalisme seperti Tzar Nicholas di Russia dan Maharaja Qing di China.Seperti yang saya terangkan komen sebelumnya,manusia ini hidup secara berperingkat-peringkat.Kegagalan memahami kedudukan kelas pekerja dengan bernas menyebabkan wujudnya geng Stalin dan Mao.
3)Penindasan dan kekejaman ini berlaku hasil dari eksploitasi.Sebelum itu saya ingin bertanya,"kenapa perlu syarikat dan kaum pemodal mengeksploitasi pekerja dan rakyat?"
Sebab motif mereka adalah mahu memaksimakan keuntungan.Cuba saudara Basuh Baju lihat - di Malaysia ada tak undang-undang gaji minima misalnya?Undang-undang itu tidak diwujudkan dalam perbahasan Parlimen bertujuan mahu menguntungkan pihak kapitalis.
Jadi untuk menjadi manusia yang baik,kita mesti tidak mengeksploitasi orang lain demi keuntungan kita sendiri.Jadi bila kita menjadi orang yang tidak mengeksploitasi - kita sudah meminimakan keuntungan.Cuba kalau kita benarkan undang-undang gaji minima serta undang-undang yang menyebelahi pekerja - konfirm multinasional takkan melabur di Malaysia.
Jadi fungsi kerajaan yang ada bertujuan mahu bekerjasama dengan kapitalis untuk keuntungan - bukan kebajikan rakyat.Mana-mana pun - yang berbaris mahupun yang berpakat.
4)Berkenaan dengan soalan ini,adalah lebih baik saudara Basuh Baju melihat dari sejarah transaksi sistem ekonomi manusia.
Kita boleh lihat elemen feudalisme dalam sistem kapitalisme.Sedangkan semasa pertukaran sistem antara feudal dan kapitalisme - seperti Revolusi Perancis - puak pemodal terang-terang membantah golongan feudal.Mereka bahkan memancung kepala Raja Louis XVI dengan gilotin.Tetapi kenapa pihak feudal kini boleh bekerjasama dengan kapitalis?Ini kerana elemen feudalisme itu makin lama makin terhakis dengan sendiri.
Begitu juga dengan keadaan sekarang.Sekiranya satu revolusi sosialis berlaku hari ini - elemen kapitalisme itu masih dikekalkan - tetapi secara perlahan-lahan elemen itu akan tertanggal sendiri.Jadi transaksi revolusi ini bukan sehari dua boleh berlaku - ia memakan masa bertahun-tahun untuk anjakan perubahan minda masyarakat.
Jadi saya sudah memberi pandangan saya terhadap soalan anda.Tetapi adalah lebih baik anda menunggu sendiri jawapan dari Ravi.Sekian.
Nami: 1) penjelasan yg boleh diterima. So dalam sistem sosialis golongan SME ni boleh wujud atau tidak. Sebab golongan ini juga nak cari untung. Tapi kau kata sosialis tak fikir untung.
2) nampak, kau pun bersetuju kegagalan sistem sosialis di sana kerana pemimpinnya. so bukankah dah membuktikan bahawa yang penting ialah manusia tu sendiri. sistem mana pun, kalau orang yg kendalikan sistem tu haprak, tak ke mana jugak. Bila aku berkata begini tak bermakna aku sokong kapitalis. Aku pun akui kapitalis byk masalahnya. tp pada masa yg sama sosialis bukan penyelesaiannya..
3) ha, betul apa ko ckp. Aku setuju nak cari untung bukannya dgn mengeksploitasi org lain. So cmne pulak kalau untung banyak dgn cara yg betul? adakah ko masih menentangnya?
ko ckp cth masalah di Malaysia ialah kita takde undang2 gaji minima. So betul tak aku ckp- yg kita perlukan ialah government intervention. Bukan change the whole system.
ada je negara kapitalis yg ada gaji minima. so bagaimana?
4) so elemen kapitalis seperti menggalakkan manusia mencipta sesuatu bagi kemudahan org ramai akan tertanggal jg bila ada revolusi sosialis?
bg aku, apa yg naik, kita ambil. ada elemen dlm sistem sosialis yg bagus- kita amek juga. jgn terlalu stick dan taksub dgn satu sistem. kenapa tak pilih mana yg bagus dan perbaiki mana yg kurang. sama jugak macam BN dan pakatan. tak semua org dalam BN tu buruk dan tak semua org dlm Pakatan tu bagus. so kenapa kita tak pilih mana yg bagus dari kedua2 belah pihak..
tq
Assalamualaikum,
Sebenarnya sistem-sistem yang dicipta oleh manusia seperti kapitalis, sosialis, etc. hanya berbeza dari segi nama. Tujuan asal penciptaannya adalah ke arah kebaikan dengan sistem yang terancang.
Contoh yang diberikan oleh Basuh Baju menunjukkan 2 karektor yang mengamalkan 2 sistem berlainan, tetapi pada dasar untuk kebaikan. Tidak salah mendapat untung dari perniagaan, selagi tidak diabaikan tanggungjawab terhadap yang memerlukan.
Kepincangan dalam sistem berlaku apabila wujud ketamakan dalam diri pengamal. Jika agama pun boleh dipincangkan demi memuaskan ketamakan sesetengah pihak, inikan pula sistem-sistem yang diberi nama oleh manusia.
Setuju dgn BB pokok pangkalnya sikap manusia yang menentukan sistem itu berkesan atau tidak.
panjang debat ravi+nami vs. BB.
apa2 pun aku agak seronok kerana berdasarkan perdebatan tersebut apa yang aku cuba tekankan ialah moral itu dibentuk oleh diri sendiri...bukannya oleh sistem..telah dihujahkan dengan jelas oleh BB..jika masyarakat yang menjalankan sistem itu rosak moralnya..maka rosaklah sistem itu..begitu juga jika baik moral masyarakat dalam sistem itu maka baiklah sistem itu...waima sistem itu feudal atau barbarian sekalipun.....
I pun seronok pasal debat ini. Tetapi lebih seronok kalau dapat berbincang macam hari itu di CM drp tulis panjang-panjang ini. Just nak menjawap beberapa persoalan BB dan Farid.
1)SIAPA YANG BUAT UNTUNG? : Memahami bagaimana keuntungan dijanakan membolehkan kita memahami apa itu kapitalisma. Walaupun kapitalis ada capital (modal) tetapi , dia memerlukan untung untuk membesarkan modal dia. Tetapi untung ini dijanakan oleh tenaga buruh (labour power) dan bukannya kapitalis. Maksudnya sesuatu barang/produk tersebut ada nilai (value) disebabkan oleh tenaga buruh. Jadi mengikut moral yang baik sepatutnya untung ini seharusnya dibahagikan secara adil supaya buruh-buruh ( pekerja) juga dapat menikmati kehidupan yang baik. Tetapi ini tidak berlaku, tetapi pekerja dibayar gaji yang rendah, terpaksa berkerja dalam persekitaran yang teruk dan sebagainya untuk membolehkan kapitalis mendapat keuntungan maksima. Dengat perkataan lain, kapitalis mengawal bagaimana keuntungan itu digunakan dan pekerja tidak diberikan sebarang hak untuk membuat keputusan dalam hal ini. Justeru itu, untung yang dijanakan oleh pekerja tidak dapat meningkatkan taraf hidup mereka sendiri, disebabkan kerakusan kapitalis untuk mengaut keuntungan maksima. Di sini ada ‘rompakan besar’ oleh pihak kapitalis dengan nama keuntungan daripada golongan majoriti rakyat biasa dan pekerja. Adakah ini moral yang baik ? Apakah moralnya (baik atau tidak) Bill Gates mempunyai berbillion-billion dollars tetapi pada masa yang sama, setiap tahun berjuta-juta orang mati kerana kemiskinan dan kebuluran ? Siapakah yang membentuk moral Bil Gates ?
2)BOLEHKAH KITA HIDUP TANPA UNTUNG? : Oleh kerana keuntungan ini ditangan segelintir kapitalis, maka ianya tidak dibahagikan sama rata kepada majoriti rakyat biasa supaya gejala sosial seperti kemiskinan, pengangguran, kebuluran dan sebagainya dapat diatasi. Maksudnya keuntungan itu boleh digunakan untuk memaksimakan keperluan rakyat biasa daripada dikongkong oleh segelintir manusia yang niatnya hanya untuk memperkayakan diri dan kuncu-kuncunya. Ini boleh dilakukan jika masyarakat tersebut diorganisasi secara demokratik dan budaya ini dikembangkan. Iaitu, golongan majoriti rakyat biasa akan terlibat dalam membuat keputusan secara demokratik. Untuk mewujudkan masyarakat sebegini, budaya kapitalisma harus dihapuskan ( atau diminimumkan pada peringkat awal) supaya masyarakat hidup saling bantu membantu tanpa sebarang prejudis. Masyarakat sebeginilah dikatakan masyarakat sosialis. Di sini keuntungan yang dijanakan akan dikawal oleh majoriti secara demokratik dan digunakan secara adil untuk meningkatkan taraf hidup rakyat sejagat.
3)PERANAN NEGARA? : Dalam sistem Kapitalisma, negara/kerajaan (Sama ada kerajaan itu namanya : Kerajaan demokrasi Berparlimen atau Kerajaan Republic) ianya akan berperanan untuk memenuhi nafsu golongan kapitalis berlandaskan sistem pasaran bebas. Jika negara itu sosialis, maka ianya akan berlandaskan sistem ekonomi terancang yang demokratik untuk meningkatkan keperluan dan taraf hidup rakyat. Masalah di China dan Russia adalah tiadanya demokrasi untuk pekerja, petani dan rakyat biasa yang diperlukan untuk membangunkan sistem ekonomi terancang. Sebab itu negara-negara ini tidak berjaya membina sosialisma dan terpaksa kembali kepada sistem kapitalis. Hakikatnya kini rakyat di negara-negara tersebut terpaksa merana akibat implikasi sistem kapitalis.
4)KEHANCURAN DISEBABKAN OLEH PEMIMPIN? : Sejarah menunjukkan bahawa pemimpin boleh memainkan peranan atas suatu kehancuran atau perubahan. Ini tidak dapat dinafikan. Tetapi asasnya pemimpin ini dibentuk melalui sesuatu proses di dalam suatu kondisi/situasi dan juga pengalaman/pengetahuan yang dilaluinya. Maka pemimpin seperti Stalin dan Mao dengan idea Stalinisma/maoisma dengan persekitaran negara dan dunia yang wujud pada masa itu telah menghancurkan sistem ekonomi terancang dan demokrasi yang diperlukan untuk membina sosialisma. Ini tidak bermakna sosialisma telah gagal. Sosialisma adalah untuk meningkatkan keperluan dan taraf hidup rakyat biasa di negara kita dan sejagat, dan perjuangan ini akan berterusan selagi ada penindasan dan kekejaman sistem kapitalisma.
5)ADA KAPITALIS YANG BAIK? : Pada masa kini, kebanyakan keperluan, kemewahan dan sumber-sumber alam di dunia ini sedang dikawal oleh 500 multinasiolan/transnational, salah satunya PETRONAS. Kapitalis-kapitalis inilah yang menyebabkan kebanyakan kekejaman dan penindasan yang sedang berlaku di dunia ini. Bolehkah saudara cari satu kapitalis yang ‘baik’ di kalangan multinasiolan/transnational ini? SME boleh digolongkan sebagai ‘Petty bourgeois’ yang mana aktiviti mereka amat bergantung kepada kapitalis-kapitalis besar tersebut atau dibantu oleh kerajaan dengan agenda ‘state capitalism’.
6)SIAPA BENTUK MORAL? : Adakah moral terbentuk dengan sendiri atau jatuh daripada langit ? Katakan ada dua bayi. Bayi A dibesarkan di kawasan slum (squatters ) dan bayi B dibesarkan di rumah seorang doktor. Pembentukan bayi A akan berlandaskan persekitaran squatters dan sama ada dia akan jadi seorang mat rempet atau pekerja kilang akan ditentukan oleh persekitaran dan peluang yang diperolehi. Manakala bayi B pula mempunyai peluang yang lebih cerah sama ada untuk menjadi doktor atau kerjaya yang lebih lumayan. Maksudnya watak atau moral seseorang itu dibentuk oleh persekitaran di mana dia meningkatkan pengetahuan dan pengalaman. Ramai elits minat bercerita tentang seorang anak kampong berjaya masuk university tapi akan lupa menganalisa mengapa yang 100 lagi tidak berjaya ?
Setakat ini sahaja…jumpa dalam perbincangan seterusnya.
Salam.
Ravi CWI: hehe apapun terima kasih di atas wish anda..mari kita teruskan perbincangan ini..
1) di dalam point 1 dan 2 anda- telah diceritakan bagaimana masalah seperti pekerja tidak diberi layanan yg sepatutnya dan tidak ada undang2 yang melindungi mereka. Ini hakikat yg jelas. Saya setuju. Tetapi bukankah perkara ini boleh diatasi dgn government intervention? Di sinilah tugas kerajaan utk campur tangan. Dan perkara ini walaupun masih tidak berlaku di Malaysia tetapi sudah pun berlaku di beberpaa negara yg maju yg mempunyai undang2 gaji minimum dan juga hak pekerja yg dijaga. Cthnya Perancis yg mempunyai kesatuan pekerja.. Bukankah ini jelas bahawa jalan penyelesaiannya bukan dgn mengubah sistem?
2) Kapitalis yang baik: So maknanya PETRONAS masih belum cukup baik dgn menyumbang kepada hampir 40% dana kerajaan (beratus billion ringgit), beribu biasiswa utk orang susah ke luar negara, beribu peluang pekerjaan utk meningkatkan taraf kehidupan orang biasa, dan sebuah universiti??
Walaupun saya bersetuju dgn ada kapitalis besar yang bersifat penyangak seperti bank-bank gergasi, ttp masalahnya sekarang kita tidak ada undang2 utk mendakwa mereka. Malah tiada badan utk mengawal selia kegiatan bisnes mereka. Dan inilah yang patut ditentang. Bukannya sistem..
3) Nampak, di dalam point ke 2 anda, telah bersetuju kita perlukan keuntungan. Yang patut kita tentang bukannya keuntungan tetapi cara yg salah dalam mendapatkan keuntungan serta keuntungan yang melampau2..
4) Saya rasa perdebatan ini sudah mula menyimpang kepada kapitalis dan sosialis sedangkan point saya ialah bagaimana orang yang memimpin sistem itu sendiri yang menentukannya.
Di akhirnya saya kira kita tetap tidak perlu taksub terhadap satu sitem shj. Kerana ia akan menyebabkan kita menjadi buta terhadap kebaikan yg ada di dalam sistem yg lain. Kita perlu bersifat pragmatik- mana yang bagus, kita terima.
Ada perkara yg baik tentang kapitalis seperti ia membawa kepada kemajuan. Begitu juga di dalam sosialis seperti ia menekankan kepada kepentingan bersama. Cth paling mudah ialah pengangkutan awam. Ambil cth di UK, ia merupakan antara sistem pengangkutan awam yg terbagus dan terbaik di dunia. Menggalakkan rakyat mereka berkongsi. Di sini ada elemen sosialis..ttp pada masa yg sama ia tetap menjana keuntungan. Di sini pula ada elemen kapitalis. Tidakkah ia membuktikan kedua2 masih boleh complement each other?
Mari kita teruskan perbincangan kita. Di sini saya ingin memberi pandangan tentang beberapa persoalan penting yang dibangkitkan oleh saudara .
1)Bolehkah Kezaliman dalam sistem kapitalisma diatasi melalui government intervention tanpa mengubah sistem tersebut? : Seperti yang saya bincangkan sebelum ini, dalam sistem kapitalisma, kerajaan atau pemimpin adalah alat kepada sistem kapitalis untuk menyelengarakan dan melindungi kehendak dan keperluan sistem kapitalis untuk memaksimumkan keuntungan. Jadi kerajaan atau pemimpin tidak akan bertindak secara bebas yang mana akan bercanggah dengan sifat kapitalisma itu sendiri. Demokrasi, parlimen, pilihanraya, kehakiman, undang-undang dan sebagainya dipergunakan untuk menjustifikasikan bahawa kerajaan itu adalah kerajaan pilihan majoriti. Tetapi pada hakikatnya semua ini dipergunakan untuk mengawal majority rakyat biasa. Ini kita boleh kita lihat di negara kita sendiri bagaimana BN mempergunakan jentera-jentera kerajaan untuk mengawal rakyat biasa dan golongan yang menentang. Tetapi bagi kapitalis, jika BN gagal untuk mengawal rakyat untuk memenuhi keperluan dan kehendak keuntungannya, maka organisasi politik yang baru akan dibentuk untuk mengantikannya. Mungkin perkara ini boleh berlaku di Malaysia di mana BN mungkin diganti dengan Pakatan apabila kapitalis melihat BN tidak releven dan tidak beupaya untuk mengawal rakyat biasa. Tetapi dengan syarat Pakatan perlu pro-kapitalisma. Maksudnya, Kapitalis ini lebih berkuasa daripada kerajaan. Jadi kerajaan terpaksa tunduk kepada kapitalis. Sebab itu, undang-undang yang pro-kapitalis hanya menyempurnakan kehendak kapitalis-kapitalis dan tidak berdaya mendakwa mereka ( di setengah-setengah kes walaupun didakwa kapitalis-kapitalis ini menggunakan lubang-lubang tertentu untuk lari daripada dakwaan !). Jadi selagi sistem kapitalis tidak ditukar, maka proses ini akan berulang di mana rakyat biasa akan terus menerus terhimpit. Ini amat jelas di negara jiran kita di Indonesia dan Filipina. Selepas kejatuhan dictator Marcos (1985) dan Suharto(1998), kerajaan-kerajaan baru yang dibentuk tidak dapat memenuhi kehendak dan keperluan rakyat biasa kerana semua kerajaan-kerajaan ini pun di bawah telunjuk kapitalisma.
Jadi tanpa menukar sistem ekonomi pasaran bebas dan politik atas ke bawah dengan ekonomi terancang dan demokrasi tulen (politik bawah ke atas), selagi itu keuntungan akan berada di bawah kawalan kapitalis yang bilanganya boleh di kira. Jadi tiada jalan lain selain menukar sistem kapitalis kepada sistem sosialis untuk membolehkan keuntungan yang diperolehi dipergunakan dan dikongsi untuk meningkatkan keperluan dan taraf hidup rakyat biasa yang bilangannya berbillion-billion ini.
2)Bagaimana dengan negara yg maju yg mempunyai undang2 gaji minimum dan juga hak pekerja yg dijaga ? : Hak-hak tertentu seperti minimum wage atau hak kesatuan, sistem pengangukutan yang baik, pendidikan/ perubatan percuma yang diperolehi di beberapa negara maju adalah melalui perjuangan sengit warga pekerja, kesatuan sekerja dan golongan tertindas. Ini bukannya diberikan dengan kesedaran sendiri oleh kerajaan-kerajaan pro-kapitalis negara-negara tersebut. Tetapi, selagi ada sistem kapitalis , hak-hak yang dimenangi suatu ketika tersebut, tidak terjamin. Ini masalahnya di negara-negara maju sekarang, di mana hak-hak tersebut, satu per satu sedang dicabuli. Sistem prubatan dan pendidikan yang pada suatu masa dahulu percuma di UK, sekarang ini dalam proses penswastaan. Ini menyebabkan warga pekerja dan anak muda di negara-negara tersebut terpaksa berjuang menentang tindakan-tindakan kerajaan kapitalis.
3)Mengapakah tiada undang-undang untuk mendakwa kapitalis ? : macam mana kerajaaan nak buat undang-undang untuk mendakwa kapitalis sedangkan ianya pro-kapitalis. Hari ini lebih ramai golongan miskin yang curi coklat atau gula-gula didakwa kalau dibandingkan dengan kapitalis-kapitalis yang mencuri berjuta-juta ringgit dengan nama keuntungan.
4)Kapitalis yang baik? : Dalam segala ‘kebaikan’ yang cuba ditonjolkan oleh kapitalis tersembunyi matlamat keuntungan mereka. Mereka menggunakan talam dua muka. Berikan sedikit untuk mendapatkan habuan yang besar. Petronas berjinak-jinak dengan kerajaan kejam seperti Junta Burma dan Sudan tanpa berperikemanusian semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan. Sime darby akan berkempen pasar environment tapi pada masa yang sama menebang dan membakar hutan di Indonesia dan Sumatera yang menyebabkan masalah jerubu.
Sekian perbincangan kali ini.
Salam.
Post a Comment