Apabila ada yang berkata isu kalimah Allah adalah isu yang sensitif- ramai yang ketawa dan mengutuk orang-orang begini. "Sikit-sikit nak sensitif, pergi matilah"- ini adalah antara pemikiran yang lahir di dalam minda mereka. Sejujurnya pada awalnya saya juga berpemikiran begini. Namun saya silap.
Saya silap tentang beberapa perkara berkaitan dengan sensitiviti.
Pertama- perkara sensitif tidak memerlukan sebab yang kukuh. Lebih teruk, logik akal tidak diambil kira (logic doesn't count).
Orang di Thailand sangat sensitif tentang raja mereka. Pijak gambar pun boleh dipenjara. Kutuk raja kena pukul. Tak hormat raja kena tendang dari jawatan. Bagi kita mungkin ia adalah perkara bangang. Pasal raja pun nak emo tak tentu pasal. Mulia sangat ke raja tu. Padahal raja tu tak effect apa pun kalau gambar kena pijak. Tapi cuba kita cakap camtu kat mereka, konfem kena tomoi.
Di sini menunjukkan setiap negara ada sensitivitnya tersendiri. Di negara paling liberal pun (baca: Amerika) ada juga perkara yang sensitif. (Masih lagi hairan kenapa warga Indonesia bengang pasal isu tarian pandet?)
Kedua- sensitiviti dan hak tidak semestinya berjalan seiring. Adakalanya hak itulah yang menyebabkan perkara yang menyentuh sensitiviti masyarakat.
Kalau di India, perkara yang sensitif ialah lembu- iaitu haiwan suci agama hindu. Cuba bayangkan 100 juta orang muslim di India menyembelih haiwan tersebut ketika hari raya korban. Kalau ikut logik, apa masalahnya. Sembelih haiwan je pun. Lagipun itu hak orang muslim. Tapi realitinya- mau mengamuk penganut agama hindu di sana kalau hak sembelih itu dilaksanakan.
Jadi di sini menunjukkan dalam menjaga sensitiviti masyarakat, adakalanya kita perlu ketepikan hak kita.
Berbalik dalam isu kalimah Allah- saya kira kita semua perlu bersetuju (sama ada suka ataupun tidak) bahawa isu ini adalah perkara yang sensitif di Malaysia. Jadi cakap-cakap bahawa "benda camni pun nak sensitif" adalah silap dan tidak sensitif kepada mereka yang sensitif.
notakaki: akan bersambung. Maaf tidak selalu update. Celaka, sibuk macam budak baru masuk sekolah.
17 comments:
Salam, Encik Basuh Baju.
Saya nantikan sambungan catatan ini. :)
lama betul tunggu update baru
ehehe
btw betul juga
tp kalau smpai kutuk2 agama lain dlm group kt fb n attack church tu pun xsensitif juga ....
erk888.blogspot.com
sekarang manusia sensitif sudah pupus mungkin.
sensetif biar bertempat bukan membabi buta sensetif....
kenapa tak sensetif pasal hukum hudud atau kenapa tak sensetif pasal hukum syariah yang dipingirkan....
kenapa mesti kalimah allah sedang kita sendiri menghina agama kita...
yang penting kita tahu menilai yang mana betul dan salah
Aku bersetuju 100%. Aku mula rasa jengkel dengan statement2 sarkastik sebilangan rakan2 aku yang atheist di Facebook, Myspace dan halaman2 sosial yang lain.
Paling aku hairan bilamana mereka melenting apabila gereja orang Kristian terbakar tapi sensitiviti orang Muslim langsung tidak diambil pusing. Patutkah dalam keadaan2 genting yang memuncak ketika ini mereka (dengan sengaja)meletakkan link satu video band metal (Nile) yang terang2 menggunakan sample audio azan dan bunyi muazin tersebut disembelih?
Ini yang kita takutkan. Pada mulanya saya masih lagi boleh bersetuju apabila mereka mengutuk tindakan sebilangan protesters yang claim Islam kepunyaan Melayu (walhal Islam itu agama yang universal), tetapi tindakan mereka tanpa memikirkan emosi dan keadilan dalam menegakkan hak itu sangat2 aku tidak boleh tolerate.
aku ada buat entry pasal nih
then,tiba2 subject CTU aku dapat assignment pasal nih..
dan bila aku buat rujukan...
perkara yang paling sesuai untuk situasi di Malaysia ialah memang patut dilarang..
sebab memang kalimah Allah tu bukan hak orang Islam sahaja tapi apa salah jika kita melarang sebab lebih banyak kebaikan daripada keburukan jika kalimah itu dilarang penggunaannya oleh orang bukan Islam kan?
haha. celaka sibuk. konsentrate.
Sensitif pd org Islam... ertinya, x boleh dibiar sesuka hati...
salam.
bab2 yang melibatkan Tuhan selalunya memang sensitif sebab ia melibatkan pegangan hidup individu. mana2 agama pun sama rasanya.
tapi saya sependapat dengan en.basuh baju pasal tarian pandet tu.apsal ek nak sensitif pasal tu??
deusX, attack2 tu berkenaan emosi. Mana ada org emosional yg fikir sensitiviti (ini dgn anggapan; yg buat tu mengaku beragama Islam la)
mamai, cuba bayangkan kamu terangkan pada adik kecil kamu maksud kalimah Syahadah kemudian dia tanya "Allah ni yg dalam bible tu ke? Kita sembah tuhan siapa sebenarnya? Kalau sama kita join jelah diorang..?"
Oh baru perasan pulak, kedua-dua Syahadah dan Allah kita guna perkataan 'kalimah'. Kenapa ye..?
-Naj (alamak..! Pengunjung lain semua dah berblog..)
anonymous:
disinilah kurang bijaknya kita dalam memberikan penerangan pada orang atau pada adik-adik atau pada anak-anak kita kerana faham sempit yang kita pegang selama ini.
allah itu tuhan seluruh alam yang menciptakan langit dan bumi....
pada orang kristian mereka percaya wujudnya allah atau tuhan yang satu cuma mereka menyembah pengantara tuhan atau jesus aka isa itu. mungkin kita sesekali baca perjannjian lama
sorry aku tidak sebijak mufti malaysia. jadi biarlah yang bijak pandai buat rumusan
apa yang aku kesalkan sensetif kita tak bertempat hanya pada kalimah bagaimana dengan hukum allah.
andai kita benar sayang akan tuhan kita aka allah kenapa kita tidak pernah rasa sensetif pada hukumnya.
ingat dalam peperangan membakar dan membunuh orang yang berlindung dalam rumah tuhan mereka adalah salah di sisi tuhan.
islam tak ajar kita bakar rumah tuhan penganut agama lain. apa yang islam ajar adalah hormat agama lain.
mungkin kita marah bila andai ada masjid dibakar tapi harus di ingat itu yang membezakan antara islam dan agama lain.
hina dan hancurnya sesuatu agama adalah dari umatnya.
Sensitif sebab bahasa Melayu tidak digunakan dengan betul
politik...
nk pecah belahkan sme y nk bersatu...
spe bakar spe rajam...
spe y wat...
spe gle nk wat sme nie...
tangakap mkn x habis...
xkre islam atau non-muslim...
dpat mompos spe wt kje bodoh nie...
so ader spe y ader gle nk wt mende nie...
klau upah dek politikus pon mau pkir pnjg...kntoi msak lemak geng...
nie sme kuasa nk kuasa...
pru dh dekat...
depa dispreate abes dah xder edie nk pecah belahkan umat mnusia ble nk bersa2 utk hak sesamae munusia seadilnyer...
knape nk berbalah...
isu kalimah diprovokkan sesuke ati depa...
dlu hak ketuanan xjlan orag sme dh matang...
bkk isu pembankang tali barut...
bagsa laen xberhak keatas tanah ujung nie...
hanya utk melayu...
pecah sana printah cni...
klau umat malaysia pecah belah smpai kiamat pn kte tros jd hamba kapitalis...
hidup skg bkn ssh nk bergantung ng duit..
klau dh terdesak tuk idup mnusia leh wt perpon utk duit...
x bersatu...
xder demokrasi...
xbersatu xder keadilan...
x berstu ketuanan bercmbah biak dr 1 jnis ketuanan...
xbersatu mnusia pentingkan dri...
xbersatu ade 2 parti sng nk kembgkan fahaman kapitalis...negeri ko ko pyer hal...negeri aq aq pyer hal...
1 jd 2...
berapa byk untung bleh buat...
1 hospital jd 2 brape byak ubat bleh supply
1 skol jd 2 sbb ader nk n xnk g btn...
brape byk supplier ader...
untung maksima 1 dpt 2...
untung2...
yang mampos kte...
diulang kte...
ker bgse kte nie mmg ssh nk berstu...
mmg ssh nk spakt...
retropyanza@yahoo.com
Hipotesis:smkin bnyk manusia mmbezakn diri dari orang lain, smkin jauh juarng perbezaan antaranya, smakin naik sikap ego, smakin marak api diskriminasi, smakin rapuh smngt hidup bersma, smakin dekat niat bermusuhan,smakin, pnjang crita prbalahan, smkin ssh mncapai perstujuan, dan smkin jauh mtlamt mencapai kmakmuran negara...
melampau lah mereka yang ambil mudah ttg perkara nih :(
org y berfikir scr ikhlas dn tanpa ader bersngkut sedikit pn denagn kebendaan dan sebarag kepentigan adalah org y berfikir secara kritikal y amat mendalam...hakikatnyer ssh nk btl2 ikhlas higga sesuatu y tergadai...amat ssh utk mlakukan smata2 krane ALLAH...
amat ssh...e2 lah kite insan y lemah...mgkin lemah dr seekor semut y kecil...atau seekor anjing y hina pada kita...
retropyanza@yahoo.com
Sudah jelas lagi terang,
God = Tuhan.
Huhuhu.
Mesti ada agenda tersendiri oleh Herald ni kan. *sigh*
Post a Comment