Sunday, January 17, 2010

Isu Kalimah Allah- 2


MEMAHAMI ISU dan TUJUAN SEBENAR

Secara tidak tiba-tiba, pihak Roman Katolik telah membuat keputusan untuk menerbitkan majalah mingguannya Herald ke dalam bahasa melayu. Sekali pandang langkah ini cukup molek lagi tepat memandangkan sains dan matematik pun sudah kembali diajar ke dalam bahasa melayu.

Malah difahamkan langkah ini terpaksa dibuat kerana kebanyakan penganut agama kristian semakin selesa dengan bahasa melayu. Ini semua gara-gara sistem pendidikan di Malaysia yang sudah 35 tahun lamanya menggunakan bahasa melayu sebagai medium pengajian. Nampaknya bahasa melayu semakin mendapat tempat di kalangan rakyat berbilang bangsa dan agama. Alhamdulillah.

Namun sayang sekali niat murni pihak editor Herald telah ditentang oleh Kementerian Dalam Negeri. KDN berasa terjemahan God kepada Allah adalah salah dan telah menghina kedaulatan bahasa melayu. Cis, mana mungkin perkataan bahasa melayu bagi God ialah Allah. Bukankah perkataan Tuhan lebih sesuai? Apa yang cikgu-cikgu bahasa melayu di Malaysia telah ajar?

Nampaknya sia-sia sahaja usaha 35 tahun kerajaan menukar medium pengajian. Oleh itu, KDN tak boleh membenarkan terjemahan ini dibiarkan. Silap haribulan kerajaan akan digelak dan dikahkahkah kan rakyat kerana telah menipu orang melayu.

Sudahlah menghina bahasa melayu, KDN tambah berbulu dengan Herald kerana enggan mencetak perkataan 'TERHAD' di muka depan majalah. Adakah majalah Herald menyimpan niat untuk dijual kepada orang awam terutamya di 7-eleven? Mana boleh. Ini akan mengganggu jualan Utusan Meloya yang semakin hari semakin dibuat bungkus nasi lemak dan diberi percuma kepada budak sekolah.

Herald sepatutnya mencontohi Harakah yang mempunyai tagline dari KDN iaitu 'untuk ahli PAS sahaja.' Bukannya menjejak langkah Utusan yang pandai-pandai tulis tagline 'cetusan hati nurani rakyat'. (bikin malu je)

Dan akhirnya KDN telah mengenakan ISA ops maaf..silap... ISA tak boleh digunakan. Ini bukannya isu keselamatan negara. Tetapi KDN telah mengenakan larangan kepada Herald daripada diterbitkan. Herald yang bengang kerana usahanya untuk mendaulatkan bahasa melayu dihalang oleh KDN telah membawa perkara ini ke mahkamah. Dan mahkamah telah pun membuat keputusan pada 31 Disember yang lalu.

DARI SUDUT PERUNDANGAN

Menurut mahkamah, larangan KDN tidak sah dan terbatal kerana melanggar Artikel 11(3). Ceh, apa kebendanya artikel 11(3)? Sekali baca macam alamat rumah. Artikel 11(3) menyebut setiap agama bebas untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri. Oleh itu Herald berhak untuk melakukan apa sahaja termasuklah kalau tiba-tiba hendak mendaulatkan bahasa melayu.

Tetapi kebebasan ini terikat dengan artikel 11(4) di mana apa sahaja fahaman dan doktrin agama lain tidak dibenarkan disebar luas kepada penganut agama Islam. Dalam erti kata lain, majalah Herald sepatutnya hanya boleh dijual dan diedarkan kepada penganut agama kristian sahaja.

Oleh itu kita wajib bertanya kepada majalah Herald mengapa mereka enggan untuk mencetak perkataan 'TERHAD' di muka depan majalah itu? Apakah motif mereka? Adakah ingin menjadi the next Utusan yang boleh dijual di mana-mana dan diedar pada sesiapa sahaja?

Dari segi undang-undangnya, majalah Herald tidak salah menggunakan kalimah Allah. (mungkin ada enakmen di setiap negeri yang melarang tetapi Perlembagaan adalah supreme law di sesebuah negara.) Namun majalah Herald sesekali tidak boleh dijual dan diedarkan secara terbuka. Ia menyalahi Perlembagaan. Kalau majalah Herald boleh berkata kita perlu menghormati dan mengikut Perlembagaan, maka mereka perlu ikut secara sepenuhnya. Bukan memilih mana yang patut ikut mana yang patut tidak.


Akan ditulis lagi. Bersambung....

19 comments:

Anonymous said...

undang2 kerajaan 3L..banyak org luar dtg sini untok belajar secara rakyat berbilang kaum hidup secara harmony regardless their race or creets..itu dulu mungkin orang sokong dulu..prof tan cheeng bok kata skrg kita kena pergie luar negara belajar macam mana berbagai kaum hidup bersatu..mulut manusia berputar belit..tal kira tinggi mana pelajaran nye..

hans said...

hahaha...
mendaulatkan bahasa melayu tu
betul juga dari perspektif tu

a kl citizen said...

mmm...
tunggu yang seterusnya
jangan membasuh lama sangat ya

Marniyati said...

Apa yang berlaku, tidak dilakukan secara tiba-tiba. Ya, setuju dengan pernyataan ini. Sabar menanti sambungan catatan ini. Menarik!

Anonymous said...

biaR depa nk bg kt spa baca....biar nk bg pree wt pa nk kecoh...skurag2 nye...menggalakkan depa...anak mlayu kita bkn rajin sgt nk membAca...tp depa nie ske nk bertanya...klau dulu surat khabar nie zaman2 gua utk org tue jer...bdk2 klau bace srat kabar npk skema...ag 1 mende nie mahal bg gua la ...sbb gua leh kogsi bce zine y adeer ng mmbe mcm2 politik ekonomi..musik sosial..trend..fesyen..cool..up to date..cetusan minda y ikhlas xder diskriminasi..xder rasis...alih gua n membe gua kne bambu ng cikgu atas pehimpunan...public canny...hahaha igt ag zaman 2...kambing hitam dinobatkn ker tahta plig tiggi rating dalam arus perdana...padahal mende nie under ground...apsal bace..2 kan sumber ilmiah...bdk2 y bace sme nie otak depa xterkatup fikiran terbuka...bkn mat or minah skema y mnurut..meniru y huduh pn npk cntik..pkai tai tgh2 hari bute depa nok ctk..mende per nie...gealk ble wa pikirkan...berbalik pada zaman underground zaman 90-an kter dah hampir capai ketahap demokrasi dikalangan remaja dalam kelompok itu...dimana2 dapat dilihat remaja bebas berfesyen...mencetuskan 1 fenomena y mengasyikkan...x ketiggalan yang menggayakan fesyen n pemikiran lama yang positif n boleh diterima pkai...menolak arus perdana y ketika e2 memandang sinis n hina tahap kritikal pada bdak2 cm ktorng nie smpai ader titlekan mcm sampah masyarakat..menentang sebarang ketidak adilan depa berstu bersatu..melepak dikawasan y skg dilihat amat maskulin n feminin...dol ker hape lepak lam bangunan ...abes ruang y kat luar 2 utk aper pameran...membazir...kenyataan fikrah mnusia terutama y msih muda belia akan menentang dan mencari kelainan y lebih segar...membaca adlah galakan yang bagus biar lah aper midium n dri parti mne sumber e2 dtg hakikat remaja adalah remaja bkan tue mereka akan mencari kesuaian dijiwa trus meredah onak arus perdana y menjumud n membosankan jiwa...gah pada imeg kosonh pada hati n minda...zine gig ug..kaki 5..maple warung kopi..sluar rabak..wrisband..bgit bising..slekers x smestinye kotor..fnb..demo kaset..recycle setem..nek bus g gig..over night kl cc smpai kne sembur..hiruk pikik geng2 meraikan hidup...

retropyanza@yahoo.com

Redz da Tsar said...

Yeah...

Apa yang penting Herald tak boleh ke public... Kalau ke public jugak, maka kena tindakan la...

Tapi kan, ada ke Muslim nak baca the Herald tue? Kalau orang biasa takde maknenye baca... tengok tajuk dah tau Kristian punya...

Kalau budak-budak, aku rasa lebih suka majalah black metal atau zine gigs dari herald tue...

Sekadar pendapat aku~

Legally_Diva said...

Sekadar berkongsi, isu ini bukan isu baru, ia sudah bertaspak sejak zaman companion of prophet. isu waktu dahulu lebih kepada pemakaian perkataan SUNNAH.

dulu SUNNAH digunakan untuk describe anything related to ape yang orang buat, tak de siapa yang mempunyai hak ekslusif. namun, Imam Al Syafie as the founder of Usul Fiqh Mula menyedari hakikat dan menulis karyanya Ar-Risalah dan karya ini adalah buku pertama dunia yang mengkelaskan penggunaan SUNNAh sebagai khas untuk apa yang RASULULLAH kata atau buat. maka, SUNNAH menjadi hak ekslusif untuk umat islam. Kepada rakyat malaysia, kita tiada kapasiti nak menuliskan buku dan menjadikan ia binding untuk rakyat. maka, mengikut case law, herald case adalah binding precedent untuk membenarkan penggunaan kalimah allah. persoalan, adakah telus justifikasi hakim yang dibuat oleh seorang berbangsa cina bagi menakrif perlembagaan dengan baik? itulah isu dalam kes ini~

Basuh Baju said...

Redz: Betul. Takde nyer org muslim yg saje2 nak gi beli dan baca. So kalau dah tau camtu, kenapa Herald tak nak cetak TERHAD kat muka depan?

Apapun, ini sudut pendapat dari aspek perundangan. Law is a law. (ceyt, benci giler statement ni)

Unless, Herald cari jalan hapuskan artikel 11(4) then barulah boleh nak jual secara public atau nak edar secara percuma.

Dan satu lagi kenapa diorang insist nak jual secara public sedangkan niat diorang just nak guna kalimah Allah untuk penganut roman katolik? There must be something. hmmm..

Anonymous said...

klau berbalik pada siapa menjadi hakim..kter lihat dalam mane2 liga bola sepak mne ader pengadil y dipilih untuk mengadili perlawanan tesebut mewakili @ mempunyai kaitan kuat dengan dengan kedua2 kelap yang diadilinya didalam perlawanan tersebut...bagi statement undang adlah undang harus diingat mendenie manusia yang cipta utk mnusia???...utk mnusia mengikut dan mematuhi peraturan berteraskan politik semasa yang sememangnya amat berkait rapat dengan sistem ekonomi yang dilaksanakan..sesuatu yang dinilai secara dinilai dengan spekulasi negatif amatla penting bagi mengelakkan sebarang tindakan dilakukan sesuka hati dan tidak adil..bg gua tiada didalam @dihalaman hadapan tertera peringatan AL-QURAN adalah utuk bacaan umat islam sahaja..islam utk semua...manusia,batu ,angin,pokok,binatang,serangga,muslim,non-muslim,diturunkan untuk menerengai seluruh alam,dunia n akhirat,seluruh kejadian sebelum dan selepas,utuk seluruh isi dan kulit bumi...utk kau n aq..jgan dilarang jika mnusia sdh mula utk bersatu atas nama agama..laranglah y cuba memecah belahkan manusia..tiada yang lebih penting didalam dunia nie selain berbaik sesama makhluk..tiada yang lebih baik didunia nie selain hidup berbuat kebaikan..siapa dajal????
teknologi macam dajal???zaman sekarang jika menolak teknologi semacam menolak utk hidup???
knapa ada tanda kiamat menerangkan bahawa suatu hari nanti tiada manusia sudah mula tidak mahu mnerima zakat zaman sekarang zakat semua dinilai dengan wang ringgit mungkin mnusia smuanya sudah kaya @ pada masa e2 mnusia sudah mula sedar kertas yang diberi nama duit ini adalah punca segala kemusnahan dibumi..wallalhualam..

retropyanza@yahoo.com

MulutBisu (MB) said...

Menarik ulasan yang awak buat.
Saya menanti post yang akan datang.

talkIZcheap! said...

there's always be something! but kita kena take matters with calm mind la aku rase...

dari duk bincang kesan buruk terhadap Islam atas isu ini, baik bincang bagaimana kita bleh pergunakan balik isu ini utk sebar ajaran Islam plak, supaya suatu hari nanti, Herald sdiri yg pergi ke mahkamah utk batalkan kes diorg tu...huhu "D

Anonymous said...

sorry to say, org sbrng dh sgt2 muak memanjang ngan crita org tanjung, xhbis2 ngan api rasis yg mmbara dlm segala hal.. nak sentuh ckit psl agama, sy yakin asl wujudny agma utk mmbntuk mnusia yg bersatu, mengajar hidup bersama, segala kebaikan ptt dlakukan atas bumi, jgn ada yg ptt dipecah belah, hrus dihindar sikap benci mencaci.. dan kita smua ptt sedar smua hasrat dengki, puak membuak wujud dr hati manusia yg mudah berolah smudah pantai berubh dihempas ombak dilautan.. SEDAR la spesis homo sapiens, anak adam n hawa xada gunanya jd kera sumbng kalo anda dlahirkan menjdi manusia, x diikut kepintaran katak dbwh tempurung, menjadi ikan masin tersadai dibwh terik matahri... itu smua pilhan yang bleh kita diabaikan.

Abang said...

Kalo ikut kata Dr. Haron Din, x boleh sokong, ini perkara asas akidah. Katanya lagi, dalam Bible dari kulit depan sampai belakang x ada satu pun perkataan Allah. Tapi dalam Al-Quran, surah pertama (Al-Baqarah) saja dah ada 279 kali nama Allah disebutkan. Ni link video Haron Din:

http://www.youtube.com/watch?v=N06ntSLtb_4

Dan dalam kaedah usul fiqh, kalo sesuatu perkara tu boleh membawa kepada mudarat yg besar di masa hadapan, kenalah ditegah dari awal.
Dan mungkin ada antara kita yg pelik kenapa isu ini sensitif sgt oleh org Islam? Ini sebab mgkin kita kurg sedar apa sebnrnya yg sedg terjadi di sekeliling kita kini. Pernah dgr Masonic, Illuminati etc? Berhatilah2 kawan.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu". (Al-Baqarah:120)

Dan ada org2 yg berhujah bahawa kalimah Allah pernah digunakan sejak zaman musyrikin Mekah lagi, jadi kenapa org Kristian nak guna skrg x boleh pula? Jawapan, benar kaum musyrikin Mekah dulu mmg percaya adanya tuhan Allah. Mereka mmg menisbahkan nama Allah tu kepada Tuhan sebenar iaitu Yg Maha Melihat, Maha Berkuasa etc. sama mcm yg dipercayai org Islam. Cuma malangnya mereka turut percaya adanya Tuhan lain dan menyembahnya pula (berhala, Uzza etc), iaitu mereka telah mensyirikkan Allah. Sebab tu mereka dipanggil musyrikin (yg syirik).

Dan bezanya musyrikin Mekah dulu tu dgn Kristian skrg ialah, Kristian skrg mahu menisbahkan nama Allah kepada Jesus dan Roh Kudus, buka kepada Zat Tuhan yg sebenar seperti yg dipercayai org Islam. Org Islam patut setuju? Tepuk dada tya iman.

Sir Pök Déng said...

Saya suka komen daripada "Abang", kerana berjaya menyelitkan hujah bertulis daripada Al-Quran dan Hadith serta disokong oleh lojik akal.

Kebanyakan orang zaman sekarang banyak berhujah pakai lojik akal. Apabila akal terlalu diambil kira, penyelesaian hanyalah sifar. Hanya menemui jalan buntu.

Ini disebabkan sikap manusia, "semua ingin tunjuk pandai, walau hujah yang diberi kelihatan sangat tidak relevan."

Anonymous said...

emm.. apa kta kita tnya org sebrng dlm hal ini, punca asl wujudny isu trhngt dpsaran.. tingglkn sketika tnah tnjung dgn minda yg terbuka.. tq

http://ai-pengayu.blogspot.com/2010/01/erti-dan-kesan-isu-allah-dalam-politik.html

cikTi said...

dtulis dlm bahasa mlayu,,
xtahu nak ckap ape,.

tp,
kalau djual secara trbuka,
wow,,yg x kuat aqidah,,mngkin mudah terpesong,.,.

ya Allah,,bantulah kami,.

Anonymous said...

Hello everyone!
I would like to burn a theme at here. There is such a nicey, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of ponzy-like structure, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.

For quite a long time, I make money with the help of these programs.
I'm with no money problems now, but there are heights that must be conquered . I make 2G daily, and I started with funny 500 bucks.
Right now, I managed to catch a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my web site to get additional info.

http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]

cahaya malam said...

salam..

basuh baju.
hantar sahaja baju tue ke Dobi berdekatan.
tak lah sibuk sangat.

*mana entri?
membasuh lagi le tue..
;)

wassalam..

Johan 23.01.84 said...

pesal buang entri pilihanraya kampus?atas arahan rocky bru ke?