TAIPING: Pergerakan Wanita Umno telah mengesan kehilangan kira-kira 5,000 pemilih dari bahagian Parlimen Bukit Gantang.
Sehubungan itu, sayap tersebut mahu Ibu Pejabat Umno mengesan kedudukan ahli-ahli berkenaan bagi menambah sokongan untuk BN menjelang 7 April ini.
Menurut bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz, jentera pergerakan tersebut yang telah mula bergerak sejak awal bulan lalu, tidak dapat berhubung dengan pemilih-pemilih berkenaan sehingga kini.
"Kami telah melakukan segala yang perlu tetapi tidak dapat mengesan mereka.
"Kami berharap Ibu Pejabat berupaya mengesan mereka dengan menggunakan pendaftaran parti," katanya.
Wow! Ini misteri! Lagi hebat dari misteri nusantara..hahaha
Cepat cari..mana 5000 ni hilang.. Takkan pergi PWTC tak balik-balik lagi? Perhimpunan UMNO dah tutup kedai dah...hahaha
Entah-entah hilang ke dalam Pakatan Rakyat? hahaha
Satu persoalan lain: betul ke 5000 ini wujud? jangan-jangan silap mata nak bodohkan rakyat lagi..hahaha
Kepada si 5000- sila munculkan diri. Nanti tak dapat duit kopi..hahaha
1 comment:
Memang misteri.Time2 pilihanraya ni ada je orang yang hilang.
Orang-orang macam ni macam biskut.Kejap ada,kejap takde.haha!
Post a Comment