Monday, March 30, 2009

Calon bebas nak amal politik beriman- Utusan Meloya

TAIPING 29 Mac - Hasrat mahu menanam konsep 'politik beriman' menjadi faktor pendorong calon Bebas dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Atas prinsip itulah Kamarul Ramizu Idris, 42, bertanding sebagai parti Bebas pada pilihan raya kecil itu.

"Konsep politik beriman ini akan menyatu-padukan rakyat. Selain itu setiap agama percaya kepada Tuhan dan jika percaya kepada Tuhan maka perlu tolak sifat taksub kepada parti. Tolak taksub kepada parti kalau mahu membangunkan negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Selepas selesai penamaan calon, Kamarul Ramizu disambut kira-kira 50 penyokongnya yang kesemuanya berpakaian dan berpayung hitam beserta laungan slogan 'Allah, Muhammad' beberapa kali.

Hahaha mamat ni cakap apa? Politik beriman? hahaha Ini macam nak gunakan agama pancing undi je..hahaha

Politik beriman tu ada dalam rukun iman ke? Guna hadis mana? Macam mana nak amalkan politik iman? hahaha

tolonglah jangan nak bodohkan rakyat Bukit Gantang. Mereka dah bijak.hahaha

No comments: