Basuh Baju mempunyai satu pandangan tentang akhbar. Apabila kita membaca berita, kita wajib memahami berita yang ingin disampaikan mempunyai makna tersembunyi. Dalam bahasa mudah, surat khabar dan segala macam media perdana cuba menipu kita dan menutup perkara sebenar.
Hari ini Basuh Baju akan menunjukkan apa yang tersembunyi itu.
Penemuan ini bukanlah kerana Basuh Baju seorang yang pakar. Tetapi kerana benda yang hendak disembunyikan itu terlalu besar- macam Big Mama.
Sila baca dua berita ini. Tanya pada diri- mana satu berita, mana satu wayang.
AZILAH, SIRUL DIHUKUM GANTUNG- Utusan Meloya
KUALA LUMPUR 9 April - Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh wanita Mangolia, Altantuya Shaariibu pada Oktober 2006 lalu.
NAJIB UMUM KABINET BARU- Mkini
Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan barisan kabinet barunya dengan menampilkan tujuh muka baru dan menggugurkan lapan anggota jemaah menteri yang lepas.Kabinet baru ini menyaksikan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran.
Cuba fahami mana satu berita, mana satu berita yang cuba menutup berita. Jika masih tidak percaya, sila baca surat khabar esok. Berita tentang Altantuya akan ditulis sekecik yang mungkin.
4 comments:
Kalau lepas ni beli kabinet baru pun keluar paper,berita-berita bunuh dah tak best dah,kan?
Cover je kerja.Best ke jadi pembohong yang orang dah tau kau pembohong?
hahaha beli set dapur baru, sofa, masuk utusan.. hmmm best2..hehe
Nampaknya banyak sungguh Najib menyembelih kambing hitam bayar nazar untuk jadi PM.
nak wat camne..kambing hitam tu pun rela di korabn kan..
ada org kate altantuya tu sebenarnye perisik us... tol ke??
ada sape2 taw??
Post a Comment