Thursday, April 9, 2009

Kambing hitam dikorbankan

AZILAH DAN SIRUL DIHUKUM MATI- Mkini

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu.

Manakala ketua pihak pendakwaraya, Tun Majid Tun Hamzah berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Akhirnya kambing hitam akan dikorbankan.

Ini bukan korban percintaan. Ini korban politik.

Kambing putih pula sudah angkat sumpah menjadi PM.

11 comments:

Hanggokan said...

aku kecewa.
pastinya najib tidak jemput aku utk pesta barbeque nnt. 2 ekor kambing kena korban. daging kambing itam pulak tu.

Rmz said...

Nampak sgt tidak adil,,,
kambing itam jer yg kena,
bapak segala kambing itam x kena...
unfair3x

Prof. Era Pasca said...

kambing itam jd korban? but until now who know kambing? who have seen their face? i think that kambing actually not exist at all... just to close the case immidiately... if not we will know who is the mastermind in this case.... just to say my opinion..

al-Balingi said...

Perbicaraan tanpa motif pembunuhan..pelik2

Basuh Baju said...

betul..perbicaraan pembunuhan tanpa motif.. giler apa?

Tugas pendakwa raya untuk pastikan tiada pihak lain terlibat.. hmmmm..

Danial Izzat Zulbahari said...

ko ni bleh didakwa atas akta hasutan tau x? huhu. xde bukti PM terlibat. dia pn dah bsumpah mubahalah kt masjid atas nama Allah. kdg2 bnde ni akibat fitnah org. tu sbb dlm Islam, dosa fitnah tu lebih besar dpd membununh sbb kesannya kpd org yg difitnah sgt maha dahsyat.

Basuh Baju said...

sapo kata PM terbabit? ada aku tulis kat blog? hahaha

Danial Izzat Zulbahari said...

bkn kau kata kambing putih diangkat mnjadi PM? huhu. siapa lagi?? huhuhu

Cob Nobbler said...

Aku baru makan kari kambing tadi.

Cuba kita tanya balik,kenapa kambing kena sembelih?

Sebab nak bagi kita makan.

Kenapa dua ekor kambing hitam tu kena sembelih?Siapa yang nak makan?

Cob Nobbler said...

Oh Danial Izzatku,

Siapa cakap PM yang bunuh?Aku rasa topik ni pasal kambing,kan?

terasa ke geng berbaris?

Basuh Baju said...

hahaha siapa nak makan? siapa? bini kambing putih? atau sebenarnya kambing tu mahu diimport ke luar negara?haha

Nami: rilek ar, kawan aku danial tu penyokong UMNO seumur hidup. (bukan aku cakap, dia sendiri tulis)

so, nama pun blog ni blog satira.

btw, kambing putih ialah kambing yang baik. jadi aku tidak mengutuk PM. malah memuji.. jadi aku terlepas dari ISA mahupun akta hasutan..hahaha