Dah ramai dah orang cakap kat aku. Ekonomi sekarang dah teruk. Tapi aku tak nak percaya. Mana ada ekonomi teruk. Aku rasa surat khabar menipu. Saje nak buat gempak dan suspen. Kenapa aku cakap camni? Tak percaya sila pergi beli barang kat kedai. Harga barang masih mahal. Kalau betullah ekonomi sedang jatuh merudum, kenapa harga barang tak murah-murah?
Ikut teori ekonomi, zaman gawatlah zaman harga jatuh. Sebab permintaan berkurang kerana orang tiada duit. Bila permintaan berkurang, harga kena bagi turun. Kalau tak turun, siapa nak beli mahal-mahal. Betul tak?
Tapi hari ni aku dah percaya yang ekonomi negara memang sedang tenat. Harga sudah turun. Sudah jadi murah. Lagi-lagi hartanah di Shah Alam. Semalam aku baca banglo satu ekar lebih kat kawasan bukit-bukit HANYA bernilai RM3.5 juta. Pergh, dah murah ye hartanah sekarang. Best betullah kalau aku ada duit. Tak payah nak kena kumpul sampai RM24 juta untuk beli mahligai ala-ala bali kat seksyen 7.
Jadi sekarang aku rasa aku kena jadi Menteri Besar Selangor dululah. Baru aku dapat beli dengan murah. Lagi senang. Tak payah nak tunggu ekonomi merudum.
ps: Borang nak jadi menteri bedar ada jual dekat kaunter JPN tak?
Oh ye, Basuh Baju sakit gigi semalam. Dalam perjalanan nak jumpa doktor gigi, ternampak pulak banglo besar ni. Sebagai pelajar seni bina, Basuh Baju tertarik dengan keindahannya. Korang rasa bagaimana? Cantik kan? Kalau cantik, Basuh Baju nak apply PTPTN untuk beli sebuah. Murah je....
27 comments:
BB- Lu nie memang sarkastik hABis. wA Ingat lu nie anak didIK MahaHTIR. btol kan?
Nice ENTRY!!
Dear Mr Basuh Baju,
I've been following to your blog and found that this piece of entry was really awesome and hilarious.
can't agree more. lol
well, kita campur duit PTPTN kau dan duit scholar aku. kita share buat home stay ker???
buat spa ok kot??
bernas sungguh cadangan kau aku nak sambung belajar semula buat pinjaman
boleh beli rumah yang murah atas bukit
kau jgn buat leceh.
kau dah hina dr gigi.
dia kan dah bagitau harga tiga juta.
takkan dia nak menipu.
dia pemimpin melayu - islam
takkan sanggup menipu.
basoh baju - kau nak jadi budak jahat yer tak percaya ckp dr gigi?
kalu ada ko carik kan aku satu lot.. tapi bukan lot kubur..
ni mesti Deko Bersama Eric yang design ni kan?
hahahahaha!
hahahah doktor gigi nak menipu ko BB... ade ke 3juta... 3 juta tu nak beli atap genting je dapat... udah2le kincing khir! ataupun ntah2 same ngan mat taib... tak faham bahasa inggeris..
berpada-padalah kita semoga esok takle kita berpadah pula...
Salam.
Teringat pula kepada MB Selangor sebelum si doktor gigi ini. Kos MEMBAIKI rumah MB pada ketika itu dikatakan HANYA RM5 juta sahaja. Itu kos BAIKI, bukan kos BINA/BELI. (Waktu itu kalau tidak silap, ada yang menegur kenapa kos baiki rumah sampai RM7 juta).
Harapan saya cuma satu, semoga rumah itu tidak melibatkan wang rakyat. Semoga beliau seorang yang amanah dan rumah itu adalah hasil titik peluh beliau sendiri.
Kadang2 aku terfikir jugak,apa yang memberikan kepuasan pada pemiliknya sehingga sanggup berabih sakan hanya untuk sebuah rumah yang hanya sementara cuma.Kita hidup kat dunia ni lama mana lah sangat....berbaloi ke???
alahai dunia2...
kesian gak aku tgok org mcm ni...
apapn aku xde nak kate ape...
laporan sprm x siap lgi...
haha...
aku pn xde nk kate apa gak la...
no komen at all..
'aku senang hidup di dunia ini karena aku pasti tiada daya memiliki prasarana syurga'.
err ko dah tengok koleksi GIGI doktor gigi tuh???
Rumah Tok guru NIk Aziz agaknya berapa juta? Rumah papan , pagar letrik tiada, landskap entah ada ke tidak,tapi letrik ada, pengawal !!!kolam renang adake?
besarnya rumah...
dah rezeki dia..nak buat camne...
org sungai panjang gak yang pilih dia..
soalan aku masih tak terjawab:
dekat mana nak amek borang jadi menteri besar? haha
Setahu hamba mesti dapatkan dipejabat suruhanjaya pilihanraya dulu.Itu yg pertama sekali.
Perghh sampai dalam hang zoom in..tak terperanjat ke org dalam rumah tu....
duit mana lah dia cekau yee?
Another project by BN hahaha,
anwar ibrahim, Lim Guang Eng that is our future leader.
Hail ketuanan Rakyat.
at first, aku kurang faham apa yang kau cuba sampaikan..
tapi last2 baru paham
duit ptptn mana cukup bro!
duit jpa yang dah ada kenaikan pun tak cukup bro nak beli rumah..hahah
Anwar's house in Bukit Damansara worth millions too,Reek.Go to his house next time.
Politicians..a crook face try to smile sweet.
The best government is no government at all - John Lennon.
fish,
Where's the proof? Everybody can talk.
and fish,
Anwar's a malay muslim, I don't think he is lying to us.
RM3.5 juta je. Korang tak tahu macam mana aku berdikit2 lama2 jadi bukit. Tiap bulan aku simpan 20% gaji aku. Klinik aku dah ada nama....banyak politician yang tak de gigi tambah gigi kat aku. Gigi emas pun jngan crita la. ni bulanan dapat RM50k, makan sikit je beb...bini aku tak pernah tukar baju. Susahla kalau korang marah2 mcm ni. Bukan mahal pun. Sedih aku. Nanti raya aku jemput la kita makan sate aku bakar.
Post a Comment