TAKE LOAD OFF STUDENTS' BACK- NST
KUALA LUMPUR: Scoliosis -- the spine taking a S-shape sideway -- is becoming very common among schoolchildren, especially girls, says the Malaysian Physiotherapy Association.
MPA president Dr Balwant Singh Bains said if one were to look at the size of textbooks being carried these days, they seemed to be getting bigger.
*
Seperti yang kita semua tahu, zaman di sekolah adalah zaman galas beg sekolah berat-berat. Padahal tahap sekolah je baru. Di peringkat universiti- tempat ilmu yang lagi tinggi pun tak bawak beg seberat camtu.Setiap subjek mesti ada buku teks, buku amali dan buku latihan dua bijik. (kalau dah habis satu buku, stapler dengan buku baru. Kalau subjek matematik lagi celaka, sampai 4 buku latihan kadang-kadang.)
Itu tak kira lagi buku-buku sekolah agama. Kalau yang malas nak salin beg atau begnya ada satu je, disumbatnya semua buku sekolah kebangsaan dan sekolalh agama. Peh.
Memang ada jadual harian. Tapi kalau ikut pun masih berat juga. Kalau tak ikut jadual, tak payah cakaplah Bila tengok beg tu tak ubah macam beg golf. Dia punya berat boleh buat baling kat anjing sampai maut. Siapa yang mampu tu bawaklah beg beroda. Tapi siapa yang tak mampu dan juga tak nak jadi tak cool- terpaksalah galas beg berat-berat tu.
Inilah nasib pelajar dari dulu sampai sekarang.
Mengapa saya timbulkan isu ini?
Dua hari lepas akhbar melaporkan pelajar kita semakin ramai yang mendapat scoliosis. Paling ramai di kalangan pelajar perempuan. Ini adalah perkara yang serius. Bayangkan tulang belakang kita berbentuk seperti S. Ia mengakibatkan postur badan kita lebih bongkok dari kebiasaan.
Pelajar adalah kanak-kanak yang sedang membesar. Segala corak pemakanan dan gaya kehidupan mempengaruhi proses tumbesarannya. Memikul beban yang begitu berat di belakang adalah gaya hidup yang kurang sihat. Ini memberi kesan kepada tulang belakang para pelajar.
Adakah kita mahu semakin ramai generasi muda mendapat scoliosis? Adakah kita sanggup melihat ramai pelajar menjadi bongkok?
Saya kira sudah tiba masanya pembekal buku teks mengambil langkah awal. Jadikan buku-buku teks ini berjilid. Ada jilid 1,2,3. Ini akan meringankan buku teks yang perlu dibawa.
Sistem persekolahan juga perlulah mengikut universiti di mana ada 2 semester dalam setahun. Ini memastikan pelajar tidak perlu membawa kesemua buku jilid 1,2,3 bila akhir tahun untuk ulangkaji. Apa yang sudah selesai di semester 1, selesailah.
Sekolah juga patut membenarkan pelajar tinggal buku di dalam meja. Jangan dilarang. Kalau takut kecurian, sediakan loker.
Kalau masih berat juga beg sekolah, gunalah beg laptop. Lebih selesa dan lebih ringan.
Apa kata anda?
12 comments:
Salam. Isu yang menarik!
Sebagai seorang ibu yang memiliki seorang anak dalam Darjah 1. Isu yang dibangkitkan sejak saya berada di bangku sekolah ini adalah isu nasional yang tidak pernah diperjuangkan dalam mana-mana pilihan raya (sebab budak sekolah tidak layak mengundi). Sesungguhnya, ia adalah satu isu yang sangat mengecewakan.
Saya pernah membeli beg beroda untuk anak saya, tetapi tidak efektif apabila bilik darjahnya berada di tingkat 2. Beg beroda lebih berat daripada beg biasa, jenuh juga dia hendak menariknya menaiki tangga (pelajar tidak dibenarkan menggunakan lif yang ada).
Loker memang ada dalam setiap kelas, tetapi tidak boleh digunakan. Dalam mesyuarat PIBG sudah dibincang dan guru berjanji mahu menyerahkan kunci loker tetapi janji yang dibuat pada bulan Februari masih belum ditunaikan sehingga ke hari ini (mungkin juga kerana ia tidak melibatkan mana-mana janji pilihan raya).
Buku memang ada yang sudah dijilidkan. Contohnya, buku Pendidikan Agama Islam, ada 3 jilid semuanya. Namun, penjilidnya tidak bijak, topik dalam buku sudah bercampur-campur menyebabkan ustaz dan ustazah mengarahkan para pelajar membawa kesemua jilid yang ada ke sekolah.
Sebagai penawar kesedihan hati melihat situasi yang tiada penyelesaian ini, saya hanya mampu berdoa semoga beratnya beg itu akan dibalas dengan beratnya pahala para pelajar ini menuntut ilmu.
Tidak lupa juga tawa dalam tangisan melihat 'orang atas' sibuk memperkenalkan sistem itu-ini dan dasar itu-ini, kononnya sebagai transformasi pendidikan, sedangkan masalah remeh sebegini (kata mereka) gagal mereka selesaikan.
"Why complicated simple things?"
Aku hairan dengan dorang ni,kenapa nak menyusahkan anak-anak ni?sedangkan anak-anak ni baru mula belajar.
Budak universiti even tahap PhD pun tak bawak buku berat tu - maknanya yang budak sekolah rendah ni overloaded.
Satu je cara - reform education system kat Malaysia.Based on what that kids can afford not being forced to do.Selagi sistem kata,"kena buat ini kena buat itu",selagi tu la dorang bawak buku teks ni ke hulu ke hilir.Eh,budak darjah satu bukan semuanya tau management jadual,okay?
Salam BB
beg skolah berat ni mmg isu lama..
tp smpai skrg lum selesai. menteri bertukar tp anak2 masih bw beg berat..
pd sy, elokla kalo kerajaan beri sedikit peruntukan utk beli loker2 yg mcm kt skolah Barat tu. jd, pelajar leh simpan buku teks atau apa2 yg tk perlu.
mcm2 cara boleh..jgn bg alasan kos tggi, budak balik umah nk blaja dn sebagainya..
tk mampu, bli la berperingkat2.
lg1, anak2 skrg bukan sj bwk buku teks..ade lg buku rampaian, buku latihan, buku gerak kerja dll..
ape slhnya kerajaan belanjakn beberapa ratus juta utk bli loker..kerajaan bukan tkda duit.
anak2 ni kn aset negara
tp risau mslh yg timbul - kroni2 dpt tender loker...tggu peluang je tu...
cr terbaik, skolah bli sendiri dgn peruntukan kerajaan.
tk perlu seragamkn 1malaysia utk loker
sebagai seorang guru, saya memang mengambil kisah pasal beg berat ni. (tak tau la cikgu lain camne).
saya tidak mengarahkan pelajar bawa buku teks setiap hari. pada hari2 yang berkaitan sahaja perlu bawa buku teks.
bagi saya, cikgu2 kena prihatin juga pasal hal ni. dalam waktu yang singkat dalam kelas, tak perlu la guna banyak sangat buku. buku teks, buku tulis, buku nota, buku kerja lagi. kita boleh atur penggunaan buku2 ni.
Kita bercakap tentang satu sistem. Sistem pendidikan rendah/menengah. Pelajar2 semua makin mengah(bawak beg berat) dan tua(bongkok).
Loker memang bagus. Namun bila kontak kerajaan faham2 la. Masjid dan bangunan laian bleh runtuh/retak inikan plak kalu loker. Keberangkalian rosak sebelum guna amatlah tinggi.
Semua kita nak layan. Sejarah diwajibkan. Pasni kalu jadi pendidikan seks diwajibkan bertambah lg buku teks yg perlu diusung...
Antara perubahan sikit ialah nota. Dulu tulis papan batu. La ni guna buku. Papan hijau bila nak ganti papan putih?
Bila nak guna netbook plak? Kan semua nota boleh boh dalam tu.
Susahlah. Nanti kroni xleh carik makan supply buku teks...
Aku adalah salah seorang yang menjadi bongkok akibat membawa beg sekolah yang berat semasa aku bersekolah. Sampai sekarang ni aku masih seorang yang agak bongkok. orang panggil bongkok sabut.
Salah aku jugak dulu sebab ikut sangat jadual. patut aku pun kena ikut macam member-member aku budak kelas bawah yang selalu tak bawak buku teks. dah besar member-member aku jadi hensem sebab diorang tak bongkok macam aku.
anak saya murid pra di sek.rendah..dia hanya melenggang kangkung sebab suma buku2 dan peralatannya di simpan dikelas...ada bakul khas bagi setiap murid,setiap kelas pra hanya ada 25 org murid..dan kelas tu tidak berkongsi dgn murid lain...masalahnya bila masuk sek.ren nanti kelas akan digunakan untuk 2sessi..jadi agak sukar untuk meyediakan kemudahan begitu dikelas2...
bagi sek.1 sessi,mgkn boleh cuba cara begitu..
bagi saya yg pernah bersekolah 1 sessi masa sek.men dulu dah lama kami pratikkan sistem begitu....kami tinggalkan je suma buku2 kat dlm meja sek...dan hanya membawa balik kerja2 sekolah yang cikgu berikan...
Kak Marniyati: Kadang2 sesuatu penyelesaian tidaklah sesukar mana. Dalam isu beg berat ini- pilihan terletak di tangan yang memegang kuasa.
Sama ada dari pak menteri hinggalah kepada ibu bapa.
Rasanya sebab org di atas fikir ini masalah remehlah yg menyebabkan isu ini tak selesai2. yela, isu remeh kan..hehe
Holden: even PJK pun ada buku teks, apahal? haha
Yusof: itu yg dinamakan birokrasi. Nak beli loker pun nak meeting berkali2 dan bentang kertas kerja. maklumlah nak minta peruntukan.
Sepatutnya kalau beli loker secara pukal utk seluruh sekolah lebih murah. tapi biasalah bila namanya tender kerajaan- dia ajdi lagi mahal.
jadi gunalah sistem tinggal buku bawah meja. tak payah nak bukak tender.
Asilah: Ada cikgu yang lagi cool dia tak guna langsung buku teks. Saya pernah ada cikgu begini. Belajar lagi faham lah.hehe
Yup- cikgu pun kena bertimbang rasa.
Joe: nak guna netbook ni mmg bagus. Tapi soalan biasa yg akan ditanya ialah- adakah semua orang mampu?
Kalau diberi subsidi pun, nanti ada yang kata membazirlah. Tu tak kira bila tender dibuka- boleh jadi satu netbook melonjak harganya.
Bagi aku- kalau nak stick guna buku teks boleh je. Jilidkan bagi jadi lagi nipis. Lepas tu sekalikan buku teks dan latihan.
Kalau ada 6 subjek sehari sekalipun, kalau satu buku nipis je, tak jadi masalah kan?
apapun idea netbook ni adalah the way forward. :)
Syalrius: saya tumpang simpati sebab anda jadi statistik.
Jadi lepas ni kenala pastikan anak anda tak bawak beg sekolah yang berat. :)
Hai: di sinilah perlunya loker sebab ada sekolah yg dua sesi.
Apapun, saya amat gembira dengan komen2 yg diberikan. Komen pada isu bukan pasal benda lain. Terima kasih kepada semua. :)
Mungkin isu beg berat tak timbul di sekolah berasrama penuh. Sekolah agama tempat saya bertugas juga tidak menghadapi masalah demikian. Semua buku ditinggalkan di dalam kelas dan disusun di rak belakang kelas.
sampai jadi S?
dahsyat ni.
ok.akan tidak membawa beg berat lagi.tpi semua buku penting kot.
*terharu dengan cita sylarius
kalau tinggalkan buku kat sekolah, mcmana pelajar nak ulangkaji atau buat latihan? pada pendapat saya,penyelesaian yg praktikal ialah kena buat jadual di mana tidak banyak subjek yg perlu dipelajari dalam sehari. Maksudnya, kalau dalam seminggu subjek tu ada 3 kali, gabungkan supaya menjadi sekali atau dua kali. Oleh itu, kuranglah buku yg perlu dibawa ke sekolah dalam sehari.
sampai jadi S? dahsyat ni. ok.akan tidak membawa beg berat lagi.tpi semua buku penting kot. *terharu dengan cita sylarius
Post a Comment