Monday, April 26, 2010

Hulu Selangor

Keputusannya sudah diketahui. Barisan menang. Pakatan kalah.

Saya pernah menulis di twitter yang saya mahukan Zaid menang walaupun saya bukanlah geng pakatan. Adalah beberapa orang yang berasa hairan lalu bertanya mengapa saya berkata begitu. Biar saya cerita mengapa.

Tiga hari lepas pada hari khamis saya telah ke Parlimen. Saya ke sana atas urusan kerja (time cuti ni bosan kalau duduk sahaja di depan komputer. Jadi saya pun bekerja). Kebetulan nasib saya baik. Ketika itu sedang dibahaskan usul menghadapkan Anwar Ibrahim ke jawatankuasa kerana isu APCO dan 1Malaysia.

Apa yang terjadi sepanjang perbahasan itu kita semua sudah tahu. Namun apa yang ingin saya timbulkan ialah kualiti ahli parlimen kita- baik dari Barisan mahupun dari Pakatan. Saya perhatikan mereka ini tidak mampu berbahas dengan baik.

Saya akui kebolehan untuk berucap dengan baik seperti Anwar Ibrahim adalah seperti menunggu tarikh lompat 29hb februari tiba. Ia jarang-jarang ada. Tetapi untuk membuat kajian dengan baik adalah kebolehan semua orang. Tidak kira orang itu Anwar Ibrahim atau tidak.

Namun apa yang berlaku ialah, sudahlah tidak ramai ahli parlimen yang mampu berucap dengan baik, ditambah lagi dengan tahap kajiannya yang teruk. Saya boleh terima kalau mereka-mereka yang bergelar wakil rakyat ini cakap bosan tetapi bernas. Malah Tun Dr Mahthir pun berucap tidak sehebat Anwar Ibrahim. Namun kualiti isi ucapannya menjadi bahan kajian orang ramai.

Tetapi kalau dah sampai tahap cakap main sedap mulut tak ada fakta seperti Ibrahim Ali, bagi saya mereka ini tidak layak berada di parlimen. Tempat mereka di kedai kopi. Mereka menggunakan undi yang diberikan untuk meningkatkan duit di akaun bank bukannya meningkatkan daya intelektualisme. Bagi saya mereka hanya mengsia-siakan undi yang telah diberikan dari rakyat.

Di sinilah asas mengapa saya mahukan Zaid Ibrahim masuk ke Parlimen. Insan ini bukanlah jenis bercakap berdegar-degar seperti Anwar Ibrahim tetapi isinya kosong. Sebaliknya insan ini mempunyai daya fikrah yang tinggi walaupun mungkin skil oratornya membosankan. Malah bagi saya tidak ramai yang mampu menandingi tahap kajiannya. Kita boleh lihat melalui tulisannya di dalam buku 'Saya Pun Melayu' dan 'In Good Faith'. Sudah tentu Parlimen memerlukan lebih ramai orang seperti beliau.

Sekiranya Zaid menang, bayangkan apa akan terjadi di parlimen. Dengan adanya ahli-ahli parlimen yang berkualiti sebegini rupa, barulah parlimen kita ada kelas. Bukannya menjadi seperti sarkas.

Apapun pengundi di Hulu Selangor telah memilih Kamalanathan. Mahu tidak mahu, kita terpaksa akur dengan kehendak mereka walaupun sedikit terkilan. Inilah demokrasi, kadang-kadang kita terpaksa menerima calon yang kurang hebat kerana majoriti telah memilihnya.

Kepada Zaid Ibrahim, tempat anda di kawasan bandar. Cuba lagi di masa akan datang. Jika sudah serik, tulislah buku lagi. Ramai yang pasti beli.

*

Kepada Pakatan Rakyat, bak kata Pak Lah "dah kalah tu, kalahlah." Anda kata ini 'buy-election' kerana Barisan menggunakan segala jentera kerajaan. Janji-janji pembangunan ditabur, projek dilulus, dana diberi. Ya, memang benar. Namun anda juga menggunakan jentera kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor pun umumkan projek, tabur janji dan guna kenderaan rasmi lagi untuk berkempen.

Jadi, mereka yang berada di dalam rumah kaca tidak sepatutnya membaling batu. Kan?

Cuba lihat di cermin dan tanya 'apa kelemahan Pakatan Rakyat sehinggi kalah di dalam pilihanraya kali ini'. Adakah kerana strategi berkempen yang hanya tertumpu kepada 'gig ceramah' di bandar sehingga kurang masuk ke kawasan pedalaman? Atau kerana kurangnya kerjasama kempen daripada PAS? Atau kerana anda telah tersalah memilih isu untuk dimainkan?

Atau sebenarnya pemimpin anda tidak lagi dipercayai semenjak 16 september?

14 comments:

darijalankopi said...

darijalankopi - anwar ibrahim cakap berdegar tapi kosong.

kahkahkah
kahkahkah
kahkahkah

betul sebab itu dia berucap di london skool of economic
sebab ckp kosong

mahathir cakap penuh isi
setuju
isi sahaja
menulis pakai 1. 2. 3.

kahkahkah
kahkahkah
kahkahkah

bayangkan banduan yang merengkok
dalam penjara 6 tahun dan isinya kosong tp mampu keliling dunia
bagi ucapan dan dibayar lumayan

kahkahkah
kahkahkah
kahkahkah

menangislah ketawa.

HBM Consultant said...

Syabas Basuh Baju! Sesungguhnya jauhari juga yang mengenal manikam... ;)

Anonymous said...

well said BB

kpd darijalan kopi

saudara pnah ke dgr ucapan dsai di LSE?

tahu tk isinya apa?

org Barat tu bijak. biarpn 0, tersiratnya lebih pentg..

terlalu taksub dgn parti dn pemimpin.

butakan mata. butakan hati.

kalah sepi..
menang hepi


* aku tk suka pakatan atau BN menang..

Oh Me said...

Anwar memang ayat power...Biasanya orang yg ada taste sexual yang luar biasa ni mmg hebat dalam bercakap...tak payah bagi contoh.

tapi Zaid sebenarnya kalah sikit je...BN sampai terpaksa Mahantir turun semua turun nak support calon BN..

pastu bagi duit dan macam2 lagi. Tanpa tu BN tak akan menang.
Zaid tak buat apa pun. Dengan skandal arak dan kandang kuda dia masih boleh dapat undi 23 ribu. Itu dah kira hebat.

silap PKR cuma satu. dia letak tokey Kuda sebagai calonnya. Kalau dia letak anak tempatan sudah tentu PKR akan menang mudah.

yat said...

mahathoir cakap serata dunia da....bukan setakat LSE saja....banyk quote mahathir yg diambik, yg sinis, sarcastic ataupun tajam.....kecoh la lu darijalankopi....

Wanturd™ said...

keh3. pedas tu BB.

Cob Nobbler said...

sila baca post-mortem gua pulak.

Zulfadli Zainal said...

sebab yang terakhir mungkin.

Anonymous said...

kebanyakkan pemimpin melayu celup ni kuat menipu, penting diri sendiri.....

kononnya orang lain semua cakap kosong.....diri sendiri je yang hebat berisi

ahhh senangnya mengkritik orang lain....

kalau hari2 dapat kutuk orang kan syok....

oihh bahagianya......

jibam

Hambali ® said...

itulah politik .....

Anonymous said...

kita mahu wakil rakyat yang boleh buat kerja bukan yg padai bercakap sahaja,hanya pandai buat kajian dan tulis buku...kalau itulah criteria engkau bb,parlimen akan penuh dengan pensyarah universiti iaitu yg hanya pandai berbahas dengan rujukan2 yg sangat akademik tetapi tidak praktikal dan akhirnya keluar topic..

Bila Diary Bercerita said...

Saya suka entry ini. Mereka dan kena "Basuh".

Basuh Baju said...

tanpa nama:

1) Kerja utama ahli parlimen ialah gubal undang2. Sbb tu kita panggil mereka lawmaker. Jadi, penting atau tidak kebolehan untuk buat kajian dgn baik dan pandai berbahas?

Tapi tak taulah kerja apa yg anda maksudkan.

2) tak semua pensyarah universiti pandai buat kajian. ada je yg bukan pensyarah tetapi tahap kajiannya bagus. Zaid ibrahaim adalah peguam, ttp pemikirannya lagi bagus berbanding pensyarah universiti.

tq

kami said...

pengundi hantu~~