Wednesday, April 28, 2010

Isu Remaja Ditembak Polis

Semalam saya terbaca seorang remaja 15 tahun telah ditembak mati oleh polis di Shah Alam. Walaupun budak ini cuba melarikan diri dari kepungan polis atas kelakuan yang 'mencurigakan', tindakan polis melepaskan tembakan adalah tidak wajar.

Polis hanya boleh memberi tembakan amaran melainkan jika budak itu berbalas tembakan dengannya. Ini standard prosedur.

Kes ini telahpun menjadi kes polis dan akan disiasat. Pegawai yang bertugas pun telah digantung kerja.

Bagaimanapun imej polis lebih tercalar dengan kes ini. Selepas ini pasti ramai yang akan menghentam abang-abang polis. Ini semua bergantung kepada politikus kita. Kita boleh jangkakan pasti ada suara yang akan meniupkan api kebencian kepada polis.

Malah sudah ada yang cakap ini kerja APCO/ZIONIS/PDRM/UMNO. Bagi saya ini tidak tepat malah mengarut.

APCO adalah konsultan yang dilantik kerajaan untuk memulihkan imej di mata dunia. Kalau nak kata APCO adalah dalang kepada kejadian ini, adakah bermkana APCO menyuruh kerajaan menembak budak ini? Fikir macam mana pun ini adalah tidak logik. Dengan menembak budak inilah lagi memburukkan imej negara di mata dunia. Tidak mungkin ini kerja atau nasihat APCO.

APCO lain yang dirujuk ialah standard piawaian yang diguna pakai oleh PDRM dalam membangunkan sistem komunikasi bagi keselamatan negara. Ini berbeza dengan konsultan APCO. Jadi macam mana satu standard piawaian boleh memberi arahan untuk menembak seorang pelajar? Bayangkan SIRIM atau ISO 9002 memberi arahan kepada pihak polls. Kalau boleh bayangkanlah.

Kalau benarlah ini kerja perisik Israel dalam PDRM, apa kaitannya dengan pelajar dengan kepentingan regim zionis? Kita boleh faham kalau yang ditembak itu seperti pemimpin hizbullah yang dibunuh di Dubai oleh Mossad. Tetapi seorang pelajar 15 tahun di Shah Alam? Adakah remaja ini ada maklumat risikan zionis? Atau pelajar ini menjadi pemimpin Hizbullah?

Seterusnya ada yang kata ini bukti kekejaman UMNO. Saya bukanlah ahli UMNO tetapi seperti kata seseorang- kita perlu membela mereka yang ditindas. Bukannya membodek untuk meminta kontrak buat longkang. Jadi saya timbulkan beberapa pertanyaan. Sejak bila melepaskan tembakan adalah kerja UMNO? Adakah UMNO yang bagi arahan sebab UMNO adalah kerajaan? Bagaimana pula dengan PKR yang memegang kerajaan negeri? Dalam hal ini parti politik tidak salah. Baik dari UMNO, MIC, PAS mahupun DAP. Ini soal beberapa anggota polis yang melanggar prosedur dan etika.

Dan jangan terkejut kalau ada yang kata isu tembak remaja ini kerana konsep ketuanan melayu. (Walaupun yang ditembak itu adalah orang melayu.) Silap-silap kita akan mendengar polis sekarang suka tembak orang melayu. Maklumlah, dulu kita dengar isu Kugan- terus polis dituduh suka darah india. Kemudian kes Teoh Beng Hock, pegawai penyiasat suka menyiasat orang cina sampai mati.

Sila jangan salah faham tentang posting ini. Ini bukan posting ingin membela polis yang telah menembak remaja ini. Ini posting untuk menjelaskan kepada orang ramai bahawa terdapat banyak karut marut yang cuba ditimbulkan. Bagi saya kita semua boleh berfikir sendiri dalam mengolah pandangan. Jangan mudah mengikut dan percaya bulat-bulat sesuatu tulisan tanpa berfikir dahulu.

Saya turut bersimpati kepada adik AminulRasyid. Malah saya harap anggota polis yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. Al-Fatihah.

13 comments:

dila john said...

macam kelakar entri kau.

tapi mengarut sangat pasal yang ada pihak-pihak lain terlibat.

mungkin semua ni datang dari polis tu sendiri, kenapa dia tembak. macam mana dia boleh ambil keputusan tembak budak tu. nasib baik kau post, kalau tak, aku asek missed cerita ni.

joegrimjow said...

mungkin ada sebab yg lebih besar Dia nak tunjukkan?

entah

Anonymous said...

sebab tu IPCMC perlu ditubuhkan

untuk memantau kelakuan polis

ya, memang bukan semua polis jahat

tapi kalau dah kepalanya busuk, habis busuk semua badan, semua perkara berantai.

macam hukum karma jugak la ni....

Polis bantai rakyat...tuhan balas balik dengan rakyat bantai polis dengan isu2 tertentu

bak kata pepatah, sekali kutty kutuk orang, sepuluh kali dia kena balas...kah kah kah

jibam

yusuf mujahidin ™ said...

isunya, polis tk ikut prosedur sebenar dlm menjalankn tugas..

isu2 lain yg timbul ni nk memanaskn keadaan lg..

meniupkn api benci pd polis dll

yg pentg, siasat dgn adil sblm kesimpulan dpt dibuat mn2 pihak.

alfatihah buat arwah

Pet Shop Boys said...

Ya semua salah UMNO..budak kena tembak salah uMNO.

Gempa bumi salah UMNO

2Pac mati kena bunuh salah UMNO

JWW Birch kena tembak pun salah UMNO.

JFK kena tembak pun konspirasi UMNO

9/11 pun salah UMNO

Barca kalah pun salah UMNO

Man U tak menang liga pun salah UMNO.

hebat betul UMNO ni...konspirasi dunia ni semua UMNO yang buat.

Hahahaha....

Sop said...

pengajaran #1 - jangan keluar malam2 buta.

pengajaran #2 - jangan bagi adik/anak yg takde lesen bawak kereta.

pengajaran #3 - kalau kemalangan, jangan lari.

pengajaran #4 - kalau kene kejar polis, lagi la jangan lari.

bottomline: memang abang polis tu tak ikut protokol, tapi takleh salahkn dia 100% (takleh salahkan UMNO gak).

Anonymous said...

menyelinap keluar, pandu kereta tanpa lesen, tak berhenti walaupun diarah berhenti.. baikkah macam tu?

pemilik kereta iswara tu boleh didakwa atas kesalahan cuai menjaga barang hak milik sehingga menyebabkan kematian

polis dah bagi tembakan amaran.. dah kejar jauh2.. tapi kenapa takut berhenti? salah ke polis tembak?

pernah ke anda fikir kalau yang dalam iswara tu ade senapang.. xke mati polis tu nanti kene tembak..

ibu, kakak, ahli keluarga... tolong jangan tunjuk2 salah orang.. satu jari tunjuk orang, 4 lagi tunjuk diri anda.. anda malu orang cerita pasal arwah? terimalah hakikat dengan hati terbuka, akuilah QADA dan QADAR!!!

jangan cuba tutup salah sendiri dengan slahkan orang,,

anak2 anda meluangkan banyak masa di luar berbanding dengan famili.. boleh ka kata die baik di sekolah, di rumah padahal 70% mase dia bukan dengan anda?

fikir guna akal waras dan rasional bukan dipandu emosi dan amarah

Anonymous said...

Apapun polis memang tak ada hak untuk tembak selagi individu/suspek belum di kenalpasti...jika anda sokong tindakan polis cuba fikir adakan polis tiada cara lain untuk hentikan kenderaan mangsa...Al-fatihah

kuSut said...

sape salahkan umno bro???

umno manyak baek ape...
haha

Anti-ATM said...

Ko ni tak paham bahasa kias ke?

Riise said...

memang bukan UMNO ntah apa ngarut lain tu punya kerja.

siapa yang terapkan budaya, 'buatlah apa kau suka, aku backup kau' dalam kerajaan. bagi rasuah, kawan backup cakap takde, tembak anak orang, kawan backup cakap budak tu mengancam. semua takut nak 'kantoi'kan rakan sekerja. kalau kes ni dah habis siasat, lepas tu kata bukti menunjukkan polis tak bersalah, aku tak terkejut langsung.

btw, kau perasan tak sejak setahun dua lalu polis banyak bawa ntah apa jenis senjata untuk buat roadblock. 4-5 tahun dulu takda banyak camtu setahu aku.

Amermeftah said...

6 Diesember 2008, seorg budak 15 tahun mati ditembak polis di Athens. Lepas itu Athens hampir lumpuh. Huru-hara, anak muda merusuh. Sampai berminggu. Aku pun tak mau mcm itu. Sebab aku ada di celah-celah rusuhan masa tu.

One thing lead to another in a cascading manner. Umno ialah kerajaan. Polis ialah alat kerajaan. Kerajaan memberi kuasa kepada polis utk buat macam-macam demi kekal berkuasa. Bila dah lama/biasa berkuasa maka ...

Umno/Kerajaan juga kena jaga hati polis. Kena back-up polis. Sebab polis akan back-up kerajaan/Umno. Melalui undi pos.

Kalau nak kata ada kaitan APCO/Mossad/Zionis aku malas nak ckp apa-apa. Bosan dengan teori konspirasi.

Kerajaan negeri tak ada kuasa ke atas polis, kita bukan US.

Salah pulis bukan salah budak. Baru tingkatan tiga, umur 15, baru nak cukup umur, cuaklah dia.

HBM Consultant said...

Saya juga tidak bersetuju dengan tindakan polis sehingga budak itu terbunuh, tetapi sesekali terfikir juga, jam 1-2 pagi - dalam keadaan gelap macam tu, manalah polis nampak dengan jelas bahawa yang memandu itu budak berumur 15 tahun. Kalau polis pakai 'night vision' pun, belum tentu boleh mengukur umur orang yang dilihat dengan tepat. Biasanya, yang lari daripada polis pada tengah malam buta (atau sebenarnya awal pagi) bukan kanak-kanak, bukan remaja, tetapi penjenayah. Biasanya laaa.. Bukan saya hendak membela polis. Pada pendapat saya, semua pihak yang terlibat ada silap masing-masing. Bagaimana ibu bapa mendidik dan mengawal anak-anak. Bagaimana remaja mendidik diri sendiri dengan disiplin yang tinggi. Bagaimana pihak berkuasa menangani kes-kes sebegini. Kita tidak boleh mendengar dan menerima bulat-bulat pengakuan semua pihak yang terlibat. Semuanya bersalah dan semuanya wajar menerima hukuman (pastinya bukan hukuman maut untuk anak itu). Apapun, keluarga mangsa pasti sudah terhukum dengan kecuaian mereka. Tunggu sahaja hukuman untuk pihak polis terlibat.