Sememangnya Zaid Ibrahim merupakan calon yang terbaik di kalangan yang bertanding. Baca sahajalah buku In Good Faith dan Saya Pun Melayu, kita akan dapat lihat betapa kritisnya minda beliau.
Cuma beliau bertanding di bawah Pakatan Rakyat. Jadi peluangnya adalah sukar.
Tetapi UMNO memilih untuk menyerang peribadi Zaid sebagai seorang kaki minum. Kononnya untuk memastikan orang Melayu tidak mengundi Zaid.
Tanpa disangka, Zaid mengaku yang dirinya pernah menjadi kaki minum. Ini mengejutkan geng UMNO yang kini terpaksa bersifat 'devensive'. Berapa ramai pemimpin UMNO yang minum. Tunku Abdul Rahman- Presiden UMNO kedua sendiri pun minum.
Jelas, isu minum ini bukanlah taktik yang terbaik malah adalah taktik bangang. Pengarah kempen Barisan Nasional perlu dipecat dan ditukar.
Sekarang Zaid telah menunjukkan sifat yang jujur dan tidak hipokrit. Undi simpati orrang ramai pasti memihak kepadanya.
Jika UMNO/Barisan masih memilih menyerang peribadi Zaid, jangan mimpilah nak tawan Hulu Selangor.
Minum atau tidak- bukan isunya. Kalau nak kata calon yang tidak minum lebih bagus, soalan saya satu sahaja- Kamalnathan tak minum ke?
(malam ini BB akan ke Hulu Selangor. Kebetulan ada kerja. Di samping itu bolehlah jenguk-jenguk kawasan pesta ini.)

15 comments:
sapa yg bodoh sangat yg mengepalai kempen APCO UMNO di Hulu Langat ni?Betul kata tuan, abang kamal takkan tak minum!!!
Pengarah pilihanraya= Muhyidin Yassin...hurmmm, ada hati nak jadi PM...erk888
bukannya nak bezakan kredibiliti calon mengikut kuantiti tunggangan, tapi nak tunjuk kat pengundi tahap kepatuhan calon kat agama dia.. Kamal patuh tak kat agama dia?
papepun, serangan peribadi dah backfire..
Kalaulah saya seorang pengundi di Hulu Selangor, dalam kes sekarang, saya akan mengundi Zaid. Sekurang-kurangnya, dia adalah seorang Islam yang percaya kepada Allah dan Rasulnya. Minum atau tidak, itu adalah urusan dia dengan Penciptanya. Pesan Rasulullah s.a.w, lihatlah agamanya orang itu sebelum kamu mengangkatnya sebagai pemimpin.
Gambar yang terang-terang dengan photoshop pun orang boleh percaya. Siap jadi frontpage dalam paper lagi tu beb. Haha. Lawak betul la politik ni.
Salam BB
stiapkali PRK, isu sama timbul..
yg beza cuma calon..
tk sbr nk tggu kemunculan satu parti baru..
Saya semakin menyukai Zaid. Saya harap dia akan menang dengan bergaya!
kamal tu India memanglah dia minum...Zaid ni Islam....
baguslah tu Malaysia ni semakin liberal.
tapi Zaid akan menang, janga risau. Moral bukan lagi satu isu dalam dalam memilih pemimpin Negara.
Akhirnya Anwar berjaya juga mendapatkan negara Liberal yang diidam-idamkannya.. ...
Wallahualam.
"Kalaulah saya seorang pengundi di Hulu Selangor, dalam kes sekarang, saya akan mengundi Zaid. Sekurang-kurangnya, dia adalah seorang Islam yang percaya kepada Allah dan Rasulnya."
Marnity biased pada kaum India?
Aku pergi survey kat Ulu Selangor semalam.Kalau bendera area Serendah banyak bendera BN..naik dari Rasa,Batang Kali,KKB...lagi banyak PKR.
Persoalannya bukan bendera yang pergi mengundi.Orang.Kita tak tau macam mana nanti.hahaha!
hahaha
provokasi memakan diri la tu namanya
hahaha
lawak lak aku baca
haih
p/s : politik Malaysia kotor
ehh..orang islam kalau minum dan kalau dah ngaku dan taubat..ok tu..
jom ramai2 orang islam minum, lepas tu ngaku dan taubat..ok pe...
ngok betul kalau dah taksub.
yg issuenya..kalau dah namanya islam dan minum tu namanya tetap salah dan dosa..tak kira pkr ke umno ke atau pas..ada pahammmm!!!
sape yang menang agaknya?
kita tunggu.
minum tak minum itu bukan masalah kita. itu masalah dia. masalahnya skrg, apa yg dia boleh buat utk rakyat sebagai wakil rakyat. bolehkah suara rakyat kedengaran di parlimen? sebab itu sebahagian tugas seorg ahli parlimen...kalau dia boleh mewakili suara rakyat, apa salahnya kita berikan undi utk beliau... kalau kita berpendapat sebaliknya, jangan undi.
"minum tak minum itu bukan masalah kita. itu masalah dia. masalahnya skrg, apa yg dia boleh buat utk rakyat sebagai wakil rakyat. bolehkah suara rakyat kedengaran di parlimen? sebab itu sebahagian tugas seorg ahli parlimen...kalau dia boleh mewakili suara rakyat, apa salahnya kita berikan undi utk beliau... kalau kita berpendapat sebaliknya, jangan undi."
Eh tak boleh pikir mcam tu. Kita kena cari pemimpin yang ada akhlak.
islam pun cakap macam tu.
lagipun Zaid tu tokey Lumba Kuda.
gelanggang lumba kuda ni keja jaga 24 jam beb.Businessmanlah katakan.
mana ada masa nak bercakap ni Parlimen.
Post a Comment