Monday, June 28, 2010

Review Ivory Coast lwn Korea Utara


Aku masih ingat ketika di zaman sekolah dulu demam bola sepak sememangnya melanda kami. Di dalam kelas apabila cikgu tidak masuk lagi, kami akan ke belakang dan bermain bola. Yang bestnya ‘bola’ kami berubah dari setiap hari ke hari keesokan harinya. Ada masa kami sepak botol air mineral. Kadang-kadang guna tin 100 plus yang dikemekkan. Pernah juga kami sekadar konyok-konyokkan kertas untuk dijadikan bola. Yang pasti jarang kami gunakan bola sebenar kerana bimbang akan memecahkan tingkap (padahal kami risau bola akan dirampas oleh cikgu yang suka tunjuk kuasa).


Sila klik sini untuk baca penuh.

Terima Kasih.

Tuesday, June 22, 2010

Dari Australia- Kekayaan 'artificial'


Hari Kelima Part 2- 16 Mei 2010

(ini adalah coretan saya ketika berjalan-jalan di Kota Sydney dan Melbourne bulan lepas)

Sepanjang aku di Sydney dan Melbourne- aku perhatikan kedai-kedai di sana tutup seawal jam 5 petang. Mulanya aku menyangka ini adalah normal pada musim sejuk. (kerana siang lebih pendek berbanding malam). Tetapi rupanya sepanjang tahun juga begitu.

Hampir semua kedai tutup bila malam menjelang. Pasaraya juga begitu. Kedai makan apatah lagi. Hanya pub dan McD yang masih dibuka. Lalu aku terfikir- dengan working hour yang begitu singkat, tidak mungkin produktiviti mereka tinggi. Bagaimana orang nak shopping dan melantak?

Jadi yang menghairankan aku bagaimana negara ini pendapatan rakyatnya begitu tinggi di sebalik produktiviti kurang? Aku boleh faham di negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan- rakyat mereka memang kuat bekerja. Produktiviti di sana cukup tinggi. So memang logiklah rakyat mereka berpendapatan tinggi.

Tetapi di Australia?

Kemudian aku perhatikan kertas dolar yang berada di genggaman aku. Aku masih ingat untuk mendapatkan not 10 dolar ini aku perlu membayar sebanyak RM30. Mengapakah nilainya 3 kali ganda lebih mahal? Kerana negara ini lebih kaya? Tak logik. Macam mana boleh kaya kalau lebih 90% kedai tutup jam 5? Di Kuala Lumpur, kedai bukak sampai 10 malam, tetapi nilai ringgit tak adalah setinggi nilai dolar australia. Mengapa? There must be something wrong.

Rupanya baru aku faham tentang satu perkara. Negara-negara seperti Australia ini sebenarnya menjadi kaya kerana mereka sangat 'pandai' dalam mencipta kekayaan palsu. Memang benar negara ini menjadi pengeluar barangan, pembekal perkhidmatan, dan berdagang dalam dan luar negara. Tetapi kekayaan mereka daripada aktiviti-aktiviti ini tidaklah sebesar sepertimana yang mereka gembar-gemburkan. Jika pendapatan mereka berdasarkan hanya kepada perniagaan sebenar ini, mereka tidaklah sekaya mana.

Apa yang menyebabkan mereka menjadi kaya ialah kecerdikan mereka dalam berjudi dan memanipulasikan kewangan. Ini adalah perniagaan yang tidak menghasilkan barangan dan perkhidmatan tetapi membawa keuntungan yang amat besar.

Kita ambil contoh perdagangan mata wang. Apa yang dijual dalam perdagangan ini? Tak ada apa-apa. Hanya berjudi tentang nilai kertas tersebut. Begitulah juga dengan hedge fund (Dana lindung nilai) dan skim piramid ala Pak Man Telo atau Pak Madoff. Secara mudahnya- ini adalah skim-skim perniagaan yang buat duit atas duit. Tak perlu menghasilkan barangan dan tak perlu menyediakan perkhidmatan. Hanya otak yang cerdik dan licik sahaja diperlukan untuk menipu orang ramai. Yang bestnya, hasil keuntungan daripada skim-skim ini turut diambil kira di dalam pendapatan negara.
Dianggarkan hampir 40% pendapatan kebanyakan negara-negara ini datangnya daripada skim-skim ini.

Inilah yang berlaku di kebanyakan negara yang kita anggap begitu pandai menguruskan ekonomi. Australia adalah salah datu daripadanya. Disebabkan negara-negara seperti Australia terlibat di dalam urus niaga sebegini, kekayaan negara mereka bertambah. Apabila kekayaan bertambah, ini menyebabkan nilai mata wang mereka turut meningkat. Hakikatnya nilai wang mereka tidaklah sebegitu tinggi kalau tidak dicampurkan sekali dengan kekayaan yang 'palsu' ini.

Dan aku pun tidak perlu nak bayar sampai 3 kali ganda untuk dapatkan kertas australia dolar ini.


notakaki: Kekayaan yang sebenar adalah datang dari perniagaan yang menghasilkan barangan dan perkhidmatan.

notakaki: setakat yang aku tahu, kekayaan negara Malaysia lebih 'real' kerana kita tidak terlibat pinjaman sub-prima, dana lindung nilai dan lain-lain.

notakaki: seterusnya, aku akan tulis rumusan pengalaman berjalan di sana.

Monday, June 21, 2010

Penjara Pudu Roboh


AN ICONIC WALL WILLL FALL AT 10PM TONIGHT

KUALA LUMPUR: When the clock strikes 10 tonight, the 394-metre long wall of Pudu Prison fronting Jalan Pudu will be demolished after having served its purpose for the past 100 years.

PENJARA PUDU BUKANLAH SESUATU UNTUK DIBANGGAKAN

Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh banggakan oleh Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin di Dewan Rakyat hari ini.


*

Pembinaan Negara Bangsa

Saya amat pasti Awang Adek tidak pernah ke Melbourne. Sekiranya politikus ini pernah ke sana, beliau pasti akan terjumpa satu kawasan yang dipanggil Old Melbourne. Old Melbourne adalah bangunan bekas penjara yang telah dibina seratus tahun lamanya.

Ketika saya ke Melbourne pada bulan lepas, saya telah melawat bangunan ini. Bangunan ini masih lagi tersergam indah. Masih cool. Masih gah berdiri.
Sudah tentu ianya dijadikan kawasan perlancongan- bukannya tempat menyimpan penjenayah.

Saya amat pasti di kota-kota lain seperti di London, Paris, Rome, Tehran, Istanbul, Seoul, Tokyo juga bangunan lamanya akan dipelihara.

Bukankah ini menunjukkan bangsa lain berbangga dengan tinggalan sejarahnya?

Kembali ke Malaysia- mengapa sebuah penjara yang sezaman dengan Old Melbourne tidak dijadikan kawasan perlancongan sebaliknya ingin dirobohkan?

Hakikatnya penjara pudu adalah tinggalan sejarah. Ianya tidak boleh dirobohkan. Ingatlah negara bangsa yang dibina tanpa sejarah akan menghasilkan sebuah bangsa yang tidak ada jati diri. Mereka akan mengagungkang sejarah bangsa luar dan tidak akan percaya dan lupa pada sejarah bangsa sendiri.

Review Belanda lawan Jepun


Sememangnya Malaysia adalah antara negara yang paling lama dijajah iaitu lebih kurang 450 tahun. Bayangkan lebih daripada 20 generasi bangsa kita hidup di bawah telunjuk orang luar. Antara orang luar yang pernah menjajah kita adalah Belanda dan Jepun. Sudah pastilah penjajah-penjajah ini telah mengubah terus perwatakan dan perangai bangsa kita. Daripada satu bangsa kapitalis yang berjaya di zaman kesultanan Melaka, kita menjadi bangsa yang kurang keyakinan diri dan serba kekurangan. Bukan sahaja bangsa kita dijajah mindanya, malah sumber kekayaan ekonomi negara juga telah dirompak.

Untuk baca penuh, sila klik sini.

Saya harap lebih ramai yang boleh memberikan komen dan pandangan.



ps: basuhbaju semakin sibuk dengan kerja-kerja opis. Ditambah lagi dengan artikel-artikel yang nak kena submit. Maaf kerana mungkin jarang update sehingga habis World Cup.

Tuesday, June 15, 2010

Review Belanda lawan Denmark


Apabila bercakap mengenai pasukan Belanda, kita akan teringat 2 perkara. Pertama, jersi kaler oren. Kedua, total football. Seperti yang yang kita tahu, corak permainan Total Football membenarkan setiap pemain bermain di mana-mana posisi kecuali menjadi penjaga gol. Ini memberikan kebebasan mutlak kepada setiap pemain. Dalam bahasa politik, ini corak permainan yang menjunjung semangat demokrasi dan sangat demokratik.


Ini adalah review saya untuk perlawanan semalam. Kepada peminat-peminat geng baju oren, jangan marah kalau saya tersalah fakta. Saya merujuk kepada sumber yang tidak boleh dipercayai iaitu wikipedia.

Untuk baca penuh, klik sini.

Segala pandangan amatlah dihargai!

Noktah Sebentar- Isu-isu di Parlimen

GOVERNMENT HAS NO FUNDS FOR BRIGHT STUDENTS

Kuala Lumpur- Nazri, who is the minister in charge of the Public Service Department (PSD) scholarships, was explaining the Cabinet’s decision to eventually scrap the 1,500 scholarships offered to students for undergraduate studies overseas.


ANWAR SAYS 10MP WILL FAIL

KUALA LUMPUR, June 14 — Datuk Seri Anwar Ibrahim today slammed the Najib administration for charting “ambitious” goals in the Tenth Malaysia Plan (10MP), pointing out similar approaches in the plan had failed in the previous two development plans.


IBRAHIM ALI WANTS IDRIS JALA OUT OF CABINET

KUALA LUMPUR, June 14 — Pasir Mas MP Datuk Ibrahim Ali today flexed his political muscles and urged Datuk Seri Idris Jala to step down from the Cabinet over his remarks on subsidy cuts.


BN's MP WARNS SUBSIDY CUTS COULD BE BN DOWNFALL

KUALA LUMPUR, June 14 — Senior Barisan Nasional (BN) lawmaker Datuk Mohamad Aziz warned the Najib administration today that the ruling coalition could lose power if it continues with the plan to cut subsidies.




notakaki: kita tidak perlu berasa malu membaca berita-berita ini. Sebenarnya di negara-negara demokrasi yang lain, amalan dan praktisnya juga sama. Akan ada politikus yang bercakap untuk menjadi popular dan meraih sokongan rakyat. Bezanya hanya skrip dan jalan cerita.

kita juga jangan mengutuk mereka kerana mereka jugalah yang dipilih oleh kita. Apa yang penting bukannya siapa parti paling rasis, parti paling islam atau struktur parti mana paling bagus. Tetapi siapa yang mewakili parti tersebut.

kita mungkin mahukan third force. Tetapi jangan sekadar pandai cakap, walhal daftar mengundi pun tidak. How do you know the system is corrupt when you don't even try the system?

Dari Australia- Budaya Dokumentasi


Hari Kelima part satu- 16 Mei 2010

Ini hari terakhir aku di sini- di Melbourne.

Semalam aku hanya menapak- kadang-kadang menaiki trem percuma, mengelilingi bandar ini. Aku ke Muzium Melbourne. Ada pameran Titanic- namun hampa- tiket habis. Seterusnya aku ke Victoria Market- pasar yang popular di sini. Sekali lagi hampa- sudah tutup. Kemudian aku bercadang ingin menghabiskan masa di Royal Botanic Garden- konon nak melayan perasaan. Entah apa celaka sangat nasib aku- aku sesat dalam perjalanan.


Akhirnya aku melepak di kedai buku. Inilah satu-satunya tempat yang bahaya untuk aku singgahi. Bahaya kerana aku akan lemas di dalam buku-buku yang menyebabkan aku tidak menggunakan masa yang terhad ini untuk menjelajahi bandar Melbourne. Sudahlah nak datang ke sini mungkin sekali seumur hidup.


Sememangnya bangsa yang maju adalah bangsa yang membaca- ini kita selalu dengar. Tetapi bangsa yang maju juga adalah bangsa yang mengambil berat soal dokumentasi. Segala macam peristiwa, krisis, dan pengalaman direkodkan. Dan buku adalah satu cara untuk merekod dan mendokumentasi.

Ketika aku melalui di deretan kedai di Flinders Street- ada sebuah kedai buku. Yang mengejutkan aku- kedai buku ini hanya menjual buku-buku sukan sahaja! Bayangkan kedai buku sebesar Minerva Bookstore atau Pustaka Mukmin dipenuhi dengan buku-buku sukan sahaja. Ada buku mengenai sukan kriket- tulisan mengenai corak permainan hinggalah kepada biografi pemain. Semestinya ada juga buku-buku pasal ragbi, bola sepak, tenis dan hoki.

Disebabkan buku pasal sukan sahaja dah sebanyak/sebesar kedai buku Pustaka Mukmin, aku mengambil keputusan untuk ke Borders. Aku ingin melihat bagaimana budaya dokumentasi di negara ini. Dan kali ini nasib aku tidak gagal- kedai masih buka dan aku tidak tersesat.

Aku perhatikan budaya yang sama- budaya yang mementingkan dokumentasi. Kalau tadi aku diperlihatkan mengenai buku-buku sukan, kali ini namakan sahaja topik apa- kau pasti akan lihat begitu banyak buku yang ditulis mengenainya. Sesetengah buku itu berkali lebih tebal dari ensiklopedia. Kadang-kadang aku juga musykil celah mana lah ada orang boleh tulis setebal ini. Dan paling memeningkan- ada ke orang nak beli dan baca?

Lalu aku faham, mereka di sini tidak mementingkan sama ada buku itu akan dibeli atau dibaca. Yang penting the book is there. Dalam bahasa lain- the knowledge is there. You'll just have to find it.

Semasa aku melintasi ruangan buku-buku mengenai perang, ada satu buku 'perbualan di radio ketika perang dunia kedua'. (sudah tentu lah bukan dalam bahasa melayu). Nah- kau tengok, sehinggakan ke se'detail' ini tahap dokumentasi mereka. Aku memang kagum. Kemudian aku perasan rakyat mereka memang suka menulis. DJ radio, Chef, Cikgu tadika, Penyiasat persendirian- yang dah jadi ex- memang suka menulis pengalaman hidup/kerja mereka. Kalau yang selebriti atau politikus tu tak payah cakaplah kan.

Dari sini kita dapat lihat budaya dokumentasi yang tinggi lahir apabila kita sendiri yang mula menulis. Ya- kita sendiri. Bukannya mengharap orang lain yang tulis. Misalnya menanti memoir Tun Mahathir yang dah bertahun-tahun. Atau memoir Ungku Aziz. Berapa banyak memoir yang ditulis dari bekas DJ radio? Berapa kerat golongan cikgu yang tulis buku selepas bersara? Golonagn tentera bagaimana pula? Ini semua juga termasuk dalam budaya dokumentasi.

Selain daripada menulis mengenai memoir sendiri, kita juga boleh rajin menulis mengenai sesuatu peristiwa. Krisis ekonomi misalnya. Amalan di negara maju, bila sahaja krisis ekonomi berlaku, berpuluh buku akan ditulis mengenainya. Di Malaysia sudah pasti kita ada krisis atau skandal kita sendiri. Kita boleh menulis mengenai krisis mata wang 97-98, bagaimana Sime Darby menjadi milik negara dalam operasi 'dawn raid' ataupun skandal Sime Darby sekarang. Oh ye, dokumentasi juga tidak terhad kepada perkara-perkara yang serius macam krisis ekonomi. Kita juga boleh menulis pengalaman menonton Piala Dunia dan analisa kita. Ataupun pemerhatian berjalan di negara orang. (eh, sounds familiar je? hahaha)

Apapun, seperti yang aku cakapkan tadi- bangsa yang maju bukan sahaja bangsa yang membaca. Bangsa yang maju adalah bangsa yang mementingkan dokumentasi. Dalam erti kata lain, bangsa yang mencipta sendiri ilmu pengetahuan- bukannya sekadar menjadi penerima dengan membaca karya orang lain semata-mata.

Rakyat Malaysia perlu menekankan aspek dokumentasi bukan asyik tahu berdemonstrasi.

Pengalaman hari kelima mengajar aku mengenai hakikat ini.




ps: seterusnya kolum dari Australia akan menceritakan mengenai 'kekayaan artificial'.

Sunday, June 13, 2010

Review Korea Selatan vs Greece


Greece bermain begitu rapuh- ibarat sistem perbankan mereka yang rapuh dengan serangan. Pertahanan mereka tidak mampu mengawal kelincahan pemain Korea. Ini samalah seperti sistem ‘regulation’ kewangan mereka yang tidak ketat dalam mengawal kelincahan ‘financiers’ yang tamak. Bahagian tengah mereka hanya membuat hantaran mudah ke depan- tak tumpah seperti betapa mudahnya kerajaan Greece mendapatkan pinjaman ‘easy money’.

Dan bagaimana kerajaan Greece tidak sedar kadar deficit fiscal yang tinggi- begitulah pemain Greece yang tidak sedar akan kelebihan ketinggian yang mereka punyai. Selepas ketinggalan 2 gol, barulah tersedar dari tidur nak main bagus. Sekali lagi- macam kerajaan Greece. Dah buat projek-projek yang membazir seperti Sukan Olimpik, baru sedar nak berjimat cermat dengan pakej ‘austerity’.

Ini merupakan transkrip dari tulisan saya yang disiarkan di laman web GOL!. Untuk membaca sepenuhnya klik sini.


Pandangan anda amatlah dihargai!



ps: penyokong England panas ke? haha

Friday, June 11, 2010

Tidak Cekap Menguruskan Ekonomi

Hari ini kebanyakan negara di eropah memperkenalkan pakej 'austerity' sebagai respon kepada krisis kewangan. Denmark, Greece, Sepanyol, Belgium, Portugal, Hungary dan Jerman mula memotong perbelanjaan kerajaan. Pengambilan pekerja baru dibeku serta-merta, ribuan rakyat dibuang kerja, gaji penjawat awam dipotong, projek pembangunan ditangguhkan dan dana persaraan dikurangkan.

Ini yang berlaku di negara-negara yang sering dirujuk sebagai model 'good governance' dan effisien. Sudah tentu mereka lebih cekap menguruskan ekonomi berbanding Malaysia.

Ketika krisis mata wang Asia 97-98, IMF telah mencadangkan pakej 'austerity' kepada Malaysia. Kita disarankan untuk tidak menolong syarikat tempatan yang bankrup, tidak menyuntik modal ke kantung bank yang kering, membiarkan aset strategik negara dibeli seperti 'pre-fire sale', menghentikan projek mega yang menyokong ribuan kontraktor, menaikkan kadar faedah pinjaman ratusan ribu peminjam, dan memotong perbelanjaan kerajaan. IMF mahukan 'creative destruction' kepada ekonomi kita.

Tetapi Malaysia menolak pakej ini. Kita tidak mahu menghancurkan ekonomi.

How do we tell the unemployed millions, the bankrupted banks and busted companies that their misfortunes are good for them and their nations? How do you tell a man being devoured by a tiger that he is really helping to preserve a treasured species?

Kita boleh lihat bagaimana pakej 'austerity' di eropah sekarang telah menyebabkan rakyat turun ke jalanraya, mogok hampir setiap hari,dan rusuhan di sana sini. Sudah pasti ini tidak membantu untuk memulihkan eropah dari krisis.

Disebabkan Malaysia tidak mengambil pakej 'austerity', kita dituduh tidak cekap menguruskan ekonomi dan digelar sebagai 'pariah country'. Malaysia tetap meneruskan projek mega, menggabungkan bank-bank, 'bail-out' syarikat tempatan dan meminjam wang dari negara luar bagi meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Tambatan ringgit dan 'capital control' turut diperkenalkan. And the rest, as the say, is history.

Malaysia berjaya pulih dari krisis mata wang Asia tanpa mengambil jalan yang pahit dan berliku seperti yang dicadangkan oleh IMF. Penjawat awam kita tidak dibuang kerja, dana persaraan kita dikekalkan, aset strategik negara masih menjadi milik negara, bank kita bertambah kukuh dan syarikat tempatan tidak gulung tikar. Pembangunan juga menjadi rancak dengan projek mega. Kesimpulannya, rakyat Malaysia tidak perlu melalui keadaan dikenakan pakej 'austerity'.

Sememangnya pakej 'austerity' IMF berjaya memulihkan ekonomi Korea Selatan dan Indonesia. Tetapi sila tanya pada rakyat di sana- adakah mereka gembira dengan 'creative destruction' yang dikenakan oleh IMF? Sudah pasti tidak. Mereka lebih gemar dengan cara yang Malaysia ambil.

The thing is why swallow the bitter pill when you have the sweet one?

Dan siapa yang lebih cekap menguruskan ekonomi sekarang?



notakaki: terjemahan untuk austerity ialah 'berhemah'. Tetapi kalau guna berhemah tak begitu 'kick' la pulak.

Thursday, June 10, 2010

GOL- cerita Piala Dunia dari Malaysia


Sembilan penulis, semua anak Malaysia, dan 64 perlawanan. Mereka menulis tentang pengalaman menonton Piala Dunia 2010. Kebanyakan penulis akan melakukannya dari Malaysia. Dua yang lain akan menghabiskan sebahagian masa di tempat-tempat yang berbeza, Indonesia dan England, untuk melihat bagaimana reaksi orang sana berbeza dari kami. Seorang akan menonton suku akhir di Afrika Selatan. Seorang lain akan di sana pada peringkat awal, menulis tiga esei semasa mengikuti Portugal.

Sekalipun saya tahu serba sedikit tentang bola sepak, namun saya tidak pernah menulis secara serius tentangnya.

Namun apabila Amir Muhammad dan Danny Lim meng'tweet' saya bertanyakan sama ada berminat untuk join projek ini, saya terus terima tanpa banyak fikir.

Saya tidak mahu menyesal kerana menolak peluang ini malah lebih rela menyesal menerima pelawaannya.

Kepada pembaca BasuhBaju- sempena demam bola sebulan ini, saya akan kurangkan menulis mengenai hal-hal serius. Kita layan bola sepak la wei! haha

Apapun saya akan menulis dengan nama sebenar- Radzi Tajuddin.

Kepada Amir Muhammad dan Danny Lim- terima kasih kerana membariskan saya sekali dengan mereka yang lebih berpengalaman. TQ!

Dan ini laman webnya- GOL.

Dari Australia- had-had demokrasi

Hari Keempat- 15 May 2010

Lalu aku terbang kembali ke Melbourne. Aku menginap di Flinders Street. Di Melbourne, suasananya tidak begitu padat seperti di Sydney. Ia ibarat Putrajaya yang meriah dengan pusat komersial. Bangunannya moden-moden. Susunan bandarnya teratur- sistem grid. Sistem pengangkutannya menyeluruh. Jalannya lebar-lebar- tidak sempit seperti di Sydney.

Aku dapat membayangkan, beginilah rupa Putrajaya sekiranya maju. Apa yang diperlukan hanyalah pusat komersial di bandar pentadbiran itu. Suasana di Melbourne meyakinkan aku penglibatan sektor swasta amat penting bagi memajukan bandar. Kerajaan tidak mungkin single handedly mampu membina bandar yang hidup.

Apapun yang ingin aku cerita bukannya soal bagaimana nak transform Putrajaya kepada Melbourne. Sebab kalau aku tulis, orang tak akan komen tentang idea sebaliknya akan cerita pasal Mahathir itu Mahathir ini. Daripada menjadi burung kakak tua yang mengulangi benda yang sama, lebih baik aku bercerita sesuatu yang pasti popular di mata mereka.

Ceritanya begini:

Di Australia sehingga sekarang sedang hangat isu 'mining tax' di mana kerajaan Kevin Rudd ingin menaikkan cukai kepada towkay-towkay. Ianya dipanggil super profit tax di mana 40% hasil keuntungan towkay-towkay akan dicukai. Tujuannya adalah satu- sebelum bahan mineral ini habis dibelasah syarikat-syarikat galian, lebih baik kerajaan mengaut keuntungan sebanyak mungkin.

Sudah tentu towkay-towkay ini melawan. Ini akan menjejaskan saham mereka sekaligus nilai syarikat mereka akan jatuh. Kos pengeluaran juga meningkat dan pekerja mungkin dibuang. Di Australia industri ini adalah tulang belakang kepada ekonomi negara. Bayangkan berapa ratus ribu pekerja yang akan terkena kesannya sekirang super mining tax ini diperkenalkan.

Secara ringkasnya, ini yang berlaku. Ada beberapa perkara yang aku perhatikan.

1. Ruang demokrasi begitu luas sehinggakan kerajaan dan syarikat-syarikat boleh membeli iklan di akhbar dan berbalas hujah. Bayangkan syarikat mining di sana beli iklan full page colour tunjukkan apa bakal terjadi terhadap pelaburan asing ke Australia apabila tax ini diimposekan. Peh.

2. Hujah mereka purely pasal ekonomi dan sosial. Tidak ada sentimen bangsa dan agama. Dan paling best kedua-dua pihak tidak saling mengutuk. Mereka bersetuju untuk tidak bersetuju.

3. Disebabkan ruang demokrasi yang luas in a sense that they can dissent and voice up their point, mereka tidak perlu menggunakan jalan raya. Malah bagi mereka jalan raya adalah langkah yang tidak intelektual. Sekadar hype up sahaja.

4. Sekalipun mereka turun ke jalanraya, mereka tidak menuntut suruhanjaya diraja, snap election mahupun perletakan jawatan. Mereka tahu ada saluran lain yang lebih legitimate untuk bring down the government. Ini bukan di zaman dahulu yang tidak ada pilihanraya untuk lakukan revolusi.

5. Namun begitu, di sebalik ruang demokrasi yang begitu luas ini ada juga the price you've to pay. Bila terlalu banyak demokrasi, ia akan memecah belahkan negara. Dalam isu mining tax ni, it almost divide the country. Sama macam isu PPSMI di Malaysia. Ia merentasi parti politik, bangsa, agama dan kelas rakyat. Masing-masing sama kuat.

6. Di sini kita dapat lihat kadangkala strong leadership diperlukan. Tidak boleh ada dissent atau consultation diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan negara di masa hadapan. Mining tax ni basically bagus untuk long term tetapi painful in short term. So kalau kerajaan yang sama kuat dengan pembangkang, keputusan yang tidak popular sebegini akan susah untuk dilaksanakan. (sama lah macam isu subsidi sekarang.)

7. Bila tidak ada strong leadership, banyak benda kena kompromi. Nak kena ambik peduli dari sudut politik basically. Last-last hasilnya tidak seperti yang diinginkan.

So the choice is ours. Bagi aku bila terlalu banyak sekatan, ia akan menjadi dictatorhip. Tetapi bila terlalu banyak kebebasan yang diberi, anarki will follow. There must be a balance. Dan sama ada demokrasi di Australia atau strong leadership di Singapura- masing-masing ada pro and cont. The question is- are we willing to pay the price?

Pengalaman hari keempat di Melbourne membuka mata aku tentang demokrasi dan had-hadnya.


ps: tinggal lagi hari kelima dan rumusan secara keseluruhan.

pss: basuhbaju rancang nak ke Bangkok minggu depan. Mungkin pengalaman di sana dapat membuka mata tentang demokrasi dan hadnya?

Wednesday, June 9, 2010

Antara Subsidi dan Bankrup

Ia sungguh menyedihkan melihat orang ramai sibuk berbincang sama ada negara kita bakal jatuh bankrup ataupun tidak. Nampaknya segala kajian dan cadangan PEMANDU dilupakan dengan hanya satu statement- 'negara bakal bankrup pada 2019'.

Ahli politik juga tidak banyak membantu sebaliknya memburukkan lagi keadaan. Seperti biasa- mereka lebih gemar menyalahkan Idris Jala.

Rakyat mungkin lega dan mereka pasti popular. Tetapi negara yang akan membayar harganya di masa akan datang.

Ramai yang tidak tahu, semenjak semenjak 1998, defisit fiskal kerajaan meningkat dari RM5 billion kepada RM47 billion pada 2009. Selama 10 tahun jumlah perbelanjaan negara melebihi pendapatan. Oleh itu, negara terpaksa meminjam. Hasilnya hutang negara dari RM90 billion bertambah kepada RM362 billion. Ini adalah peningkatan secara konsisten sebanyak 12% setahun. Jika trend ini tidak ditangani sehingga 2019, 100% pendapatan negara (KDNK) adalah untuk membayar hutang.

Di mana wang untuk pembangunan kalau begitu?

Kita boleh kata- kenapa tidak meningkatkan pendapatan negara. Tetapi kita perlu sedar sepanjang 10 tahun yang lalu KDNK negara hanya bertambah sebanyak 3%. Untuk mengekalkan jumlah subsidi sekarang, kita memerlukan pertumbuhan ekonomi sebanyak 12%. Persoalannya bolehkah kita di dalam keadaan krisis kewangan dunia masih belum pulih, Amerika masih gawat dan Eropah sudah mula bankrup?

Sekarang ini krisis hutang sedang melanda di Eropah. Mereka yang menentang kapitalisme berkata kapitalisme terjerat dengan krisis hutang. Ironinya, apabila kerajaan mahu mengurangkan hutang melalui subsidi, mereka membantah. Tidakkah ini bertentangan dengan perjuangan mereka?

Sekalipun negara tidak jatuh bankrup, subsidi mesti distrukturkan.

Hanya 3% daripada RM74 billion disalurkan kepada golongan susah (petani dan nelayan). Adakah kita mengsubsidi golongan kaya? Hampir separuh peruntukan subsidi digunakan untuk bahan bakar, tol dan tenaga. Bukankah ini menyebabkan over-consumption dan over-production?

Inilah sepatutnya yang kita bincangkan. Sistem subsidi sekarang ada yang tidak kena.

Yang saya hairannya- ahli politik kita tidak pula memberitahu dari aspek mana yang mereka tidak setuju tentang pemotongan subsidi? Adakah mereka ini sebenarnya mendapat manfaat dari subsidi? Atau kemarahan kita digunakan untuk kepentingan politik mereka?

Idris Jala bukan ahli politik. Beliau adalah teknokrat yang dilantik menjadi menteri. Sebab itu beliau berani mencadangkan sesuatu yang tidak populis.

Ramai yang kata cadangan beliau adalah 'political suicide'. Potong subsidi- kerajaan akan tumbang. Memang benar. Tetapi kerajaan perlu mengambil tindakan yang tidak populis demi kepentingan negara. Ubat yang pahit mesti ditelan untuk menyembuhkan penyakit. Dan krisis hutang adalah penyakit yang berbahaya kepada ekonomi negara.

Monday, June 7, 2010

Lagenda Budak Setan


Hari sabtu aku ke Mid Valley. Tujuan aku hanyalah satu iaitu untuk menonton filem Lagenda Budak Setan. Sebelum aku ke sana, aku sudah membeli tiket secara online. Takut-takut tiket habis. Setibanya di GSC, telahan aku tepat- manusia begitu ramai beratur demi mendapatkan tiket. Filem Lagenda Budak Setan sold out.

Aku masuk awal ke dalam pawagam. Sengaja masuk ketika lampu masih dibuka. Suasana cerah begini membenarkan aku untuk memerhati penonton yang datang menonton. Sekali lagi telahan aku tepat. Yang datang kebanyakannya adalah yang sudah bekeluarga- tapi tidaklah tua mana. Ada anak seorang dua yang masih kecik. Mereka ini aku yakin masa sekolahnya membesar dengan novel Ahadiat Akashah. So bila filem ni keluar, diorang dah berumah tangga. Konfem suami mereka diheret untuk ikut sekali atau mungkin isteri sebenarnya yang diheret untuk teman suami.

Golongan anak muda yang berkapel-kapel juga tak kurang ramainya. Ala, golongan ni cerita Sifu Tongga pun diorang akan layan. Aku tak yakin diorang baca novel Lagenda Budak Setan. Sebabnya ketika sebelum filem ini bermula, masing-masing dok tanya-tanya tentang jalan cerita. Sesekali aku perasan ada geng lelaki yang masuk. Ini konfem geng yang minat Lisa Surihani. Normal la tu.

Lisa Surihani memang layak memegang watak ayu. Sebelum filem ini, aku tak amek pot pun tentang Lisa. Tetapi di dalam Lagenda Budak Setan, Lisa sangat ayu menjadi Ayu yang digilai Kasyah. Aku rasa bukan Kasyah je yang tergilakan ayu/Lisa. Tetapi lelaki yang normal pasti cair juga. Balak-balak yang bawak awek konfem kena cubit dengan bila mata tak lekang kat muka Lisa. haha

Perkara paling mengecewakan ialah Kasyah tidak sesetan di dalam novel. Dan ini ada kaitan dengan perubahan jalan cerita. Dalam novel Kasyah nakal ketika di sekolah. Tetapi di dalam filem-cubaan Kasyah menjadi setan di universiti tidak menjadi. Yela, kenakalan di sekolah tidak sama di universiti. Bila kenakalan di sekolah macam taruk cicak, bagi surat cinta tu dilakonkan dalam konteks universiti- ia jadi lain. Malah remeh sangat. Bagi aku inilah kegagalan paling terbesar di dalam filem ini. Bagi mereka yang tak baca novel- pasti berasa hairan, apa setannya Kasyah ni?

Bagaimanapun, plot cerita seterusnya di mana Kasyah pergi sambung belajar, Ayu kahwin dengan Azmi, Ayu eksiden lalu menjadi Emilia, Katerina muncul menceriakan Kasyah dan Ayu meninggal ketika melahirkan anak digarap dengan baik. Pastinya kita tidak boleh nak expect semua benda yang ada dalam novel diselitkan pada setiap babak. Asalkan Twilight dan Harry Potter yang 500-600 ms pun ada kena potong-potong, inikan Lagenda Budak Setan yang tebal 900 muka surat.

Ketika filem ini tiba di penghujungnya, watak kasyah sebagai pencinta sejati mula terserlah. Dengan bermacam dugaan- dari dikecewakan Ayu, Ayu lupa ingatan hinggalah Ayu meninggal- Kasyah tetap berpegang pada cintanya. Inilah dia 'killer' di dalam novel Lagenda Budak Setan di mana seorang 'setan' menjadi pencinta setia. Aku rasa sentimen ini dirasai oleh kebanyakan penonton. Kalau ada pun aspek yang menyelamatkan filem ini tidak lain dan tidak bukan ianya penderitaan Kasyah.

Ada ramai yang mempertikai cerita Lagenda Budak Setan adalah jalan cerita cinta yang klise. Beritahu aku filem melayu mana yang watak perempuannya muka hancur, kena tukar muka dan kemudiannya hilang ingatan? Seingat aku juga tidak ada filem melayu yang heroinnya dipegang oleh 2 orang pelakon. Malah cerita mak ayah pegang syarikat besar juga tidak muncul. Dan aku sangat yakin mereka yang tidak baca novel pasti tidak menjangka kesudahan filem ini berakhir dengan Ayu mati. Bagi aku, pertikaian-pertikaian ini timbul pastilah kerana sekadar membaca sinopsis novel sahaja- let alone menonton filemnya.

*
Selepas selesai menonton Lagenda Budak Setan, aku tersenyum kegembiraan. Macam tidak percaya novel yang aku gilai ketika di zaman persekoahan sudah diangkat ke layar perak. Kasyah dan Ayu yang selama ini berdasarkan imaginasi aku telah dilakonkan oleh Farid Kamil dan Llisa Surihani. Kalau dulu tidak ada lagu tema, kini Lagenda Budak Setan sudah punyai lagu 'Bila Cinta'.

Beginilah perjalanan Lagenda Budak Setan. Aku amat yakin Katerina bakal menyusul.

Sunday, June 6, 2010

Lagenda Budak Setan- prolog


Aku tak pasti sama ada gelaran mat jiwang sesuai atau tidak diberikan pada diriku. Tetapi semasa di tingkatan tiga lagi- aku sudah mula membaca novel cinta. Ya, novel cinta bukan novel komsas atau novel literature. Pada mulanya aku tak faham mengapa ramai orang yang suka baca novel cinta. Tetapi suatu hari- ketika cuti sekolah- aku berasa amat bosan. Lantas aku curi-curi baca novel Lagenda Budak Setan dari adik aku. Inilah novel pertama yang aku baca- karya Ahadiat Akashah.

Dalam masa 3 hari aku sudah berjaya mengkhatamkan novel 900 lebih muka surat ini.
Selesai membaca, aku menjadi bingung. Begitu banyak persoalan yang aku fikirkan. Benarkah watak Kasyah ini wujud? Watak yang begitu setia menanti cinta Ayu. Betulkah Ayu sebegitu ayu seperti yang digambarkan? Kenapa Ayu begitu mudah mempercayai Azmi? Logikkah Ayu menjadi Amelia dengan pembedahan plastik? Kenapa Kasyah diuji sebegitu rupa? Ah- banyak lagi yang aku fikirkan.

Dan sejak daripada itu- baru aku faham kenapa novel cinta menjadi kegilaan orang ramai. Ia melarikan diri kita sebentar dari realiti sebenar. Ia semacam candu yang mengkhayalkan kita.


Selepas itu- namakan sahaja novel Ahadiat Akashah- dari Lagenda Budak Setan hinggalah kepada Hikayat Cinderella, dari Kisah Satu Malam kepada Balak Blues, dari Malam Ini Kita Semua Menangis kepada Untuk Semua Gadis-Gadis Yang Pernah Ku Cintai, dari Pilot Cafe kepada Untuk Tiga Hari- semuanya aku baca.

Ahadiat Akashah bagi aku adalah genius di dalam dunia penulisan. Tulisannya sempoi- tidak skema. Bahasanya remaja- tidak terlalu DBP. Metaforanya realistik- tidak terlalu bunga-bunga. Ideanya unik- tidak tipikal. Watak novelnya wujud di kalangan kita- bukan dibuat-buat. Dan kesudahan novelnya tidak dijangka- ada sahaja kejutan.

Novel Lagenda Budak Setan adalah novel paling laris di Malaysia. Lebih 170 ribu salinan dan masih lagi dijual. Itu tidak dikira lagi dengan 85 novelnya yang lain. Kalau tidak beratus ribu- pasti berjuta yang pernah membacanya. Ahadiat Akashah seperti mana Search dan Wings di arena muzik, menjadi lagenda di dunia penulisan Malaysia. Dan seperti Search dan Wings juga, ada sahaja geng 'establishment' yang tak puas hati. Gelaran pelacur bahasa seringkali diberikan kepada beliau oleh sasterawan-sasterawan negara. Novelnya dihalang untuk dijadikan teks rujukan komsas. Tetapi again, penulisan juga seperti muzik- ia ditentukan oleh orang ramai, bukannya kerajaan. Ahadiat Akashah tetap popular- malah sehingga sekarang.


Berbalik kepada Lagenda Budak Setan, aku masih ingat ketika bersekolah di MRSM. Ketika itu novel ni tengah panas. Yang menariknya- novel ini keluar pada awal 90-an, tetapi pada tahun 2005- tahun aku bertingkatan empat, novel ini masih lagi dicari dan dibaca oleh cikgu dan pelajar.

Aku tak akan lupa budak-budak lelaki yang baca novel tu semuanya jenis kaki pukul, kaki rokok, kaki fly dan kaki perempuan. Yang baik-baik jenis duduk surau saf depan- tak berapa layan sangat. Aku amat pasti watak Kasyah sebagai budak setan tu sangat dekat dengan jiwa mereka. Kiranya time tu, semuanya nak jadi budak setan- budak nakal yang jiwang.
Zaman sekolah asrama, menjadi nakal adalah cool walaupun ianya kelihatan poyo di mata cikgu.

Aku tidak boleh lupa pengalaman menghantar surat cinta palsu kepada cikgu fizik. Cikgu ni memang gatal orangnya. Sekali tu kitorang kenakan dia dengan tulis surat cinta dari seorang pelajar perempuan (akak senior yang gedik). Memang dia tersengih-sengihla seminggu tu hepi macam orang lepas kahwin. Tapi tup tup kitorang terkantoi. Yang bestnya kitorang tak boleh didenda secara official sebab mana ada undang-undang kata tak boleh hantar surat cinta kat cikgu kan? So kitorang didenda tolong cikgu tu adjust dengan sorang cikgu praktikal. Sempatlah diorang bercinta walaupun tidak ke jinjang pelamin.


Ini pengalaman yang manis yang tercipta dari kenakalan kami. Setiap kali aku baca kembali novel Lagenda Budak Setan- aku tidak akan lupa kenangan ini kerana idea surat cinta itu datang dari novel itu sendiri. Ah- aku merindui kenakalan di asrama. Kenakalan macam budak setan!

Kalau lelaki dah cenggitu, perempuan jangan cakaplah. Masa aku balik naik bas- kakak senior sebelah aku boleh nangis lepas baca. Tapi bila dia tengok aku perasan, dia pun pura-puralah buat-buat mata masuk habuk. Di kelas, aku siap bagi pinjam lagi kat kengkawan yang nak baca. Lepas tu pass-pass kat kawan lain pulak. Ada yang bawa balik baca time cuti, ada yang sorok-sorok baca time prep. Kelakar betul bila dikenangkan kembali.

Bayangkan- kalau di tahun 2005- 20 tahun selepas Ahadiat Akashah menulis pun fenomena budak setan sudah begitu rupa- apatah lagi ketika di zaman kemuncaknya di zaman 90-an?
Bagi aku, kalau lagu Kuch Kuch Hota Hai ibarat 'al-fatihah' kepada lagu-lagu hindustan, kalau 'Isabella' adalah 'al-fatihah' kepada muzik rock kapak, novel Lagenda Budak Setan adalah 'al-fatihah' kepada novel-novel cinta di Malaysia.

*
Aku tersentak dari lamunan. Punyalah jauh aku terkenang zaman sekolah dahulu. Ini semua gara-gara membaca berita filem Lagenda Budak Setan yang sudah pecah rekod panggung. Ya- Lagenda Budak Setan yang dahulunya novel kini sudah diangkat menjadi filem.

Aku tidak pasti adakah filem ini akan selagenda novelnya. Namun aku tetap akan turun menonton. Bagi aku- diangkat menjadi filem pun sudah memadai. Aku akan menonton filem ini dengan bernostalgia. Pedulikan aspek 5 bintang atau 1 bintang. Yang aku ingin rasai adalah jiwa Kasyah- jiwa budak setan yang dekat di jiwa pelajar lelaki dahulu.

Ahadiat Akashah mungkin bukan sasterawan negara tetapi bagi aku beliau adalah sasterawan rakyat- kerana beliau telah berjaya mengusik emosi berjuta rakyat Malaysia. Dan aku yakin mereka-mereka ini akan turun ke wayang menonton Lagenda Budak Setan.


Tamat Prolog.

Thursday, June 3, 2010

Noktah Sebentar- Rombakan Kabinet

Orang cina selalu berkata yang mereka inginkan adalah meritokrasi. Hanya yang layak sahaja diberikan peluang. Mereka tidak gemar akan sistem kuota. Bagi mereka, kuota ini untuk golongan yang lemah.

Kita semua tahu MCA kalah teruk di dalam pilihanraya lepas. Calon-calon cina MCA telah ditolak oleh rakyat.

Tetapi semalam begitu ramai wakil MCA yang dilantik ke dalam kabinet. Ini semua kerana mengikut kuota- konsep perkongsian kuasa. Sayangnya mereka ini terpaksa dilantik sebagai senator kerana telah kalah pilihanraya. Bukankah ini dikira sebagai tidak layak?

Adakah ini meritokrasi atau kuota? Siapakah golongan yang lemah sekarang?