Monday, June 21, 2010

Penjara Pudu Roboh


AN ICONIC WALL WILLL FALL AT 10PM TONIGHT

KUALA LUMPUR: When the clock strikes 10 tonight, the 394-metre long wall of Pudu Prison fronting Jalan Pudu will be demolished after having served its purpose for the past 100 years.

PENJARA PUDU BUKANLAH SESUATU UNTUK DIBANGGAKAN

Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang boleh banggakan oleh Malaysia, kata Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek Hussin di Dewan Rakyat hari ini.


*

Pembinaan Negara Bangsa

Saya amat pasti Awang Adek tidak pernah ke Melbourne. Sekiranya politikus ini pernah ke sana, beliau pasti akan terjumpa satu kawasan yang dipanggil Old Melbourne. Old Melbourne adalah bangunan bekas penjara yang telah dibina seratus tahun lamanya.

Ketika saya ke Melbourne pada bulan lepas, saya telah melawat bangunan ini. Bangunan ini masih lagi tersergam indah. Masih cool. Masih gah berdiri.
Sudah tentu ianya dijadikan kawasan perlancongan- bukannya tempat menyimpan penjenayah.

Saya amat pasti di kota-kota lain seperti di London, Paris, Rome, Tehran, Istanbul, Seoul, Tokyo juga bangunan lamanya akan dipelihara.

Bukankah ini menunjukkan bangsa lain berbangga dengan tinggalan sejarahnya?

Kembali ke Malaysia- mengapa sebuah penjara yang sezaman dengan Old Melbourne tidak dijadikan kawasan perlancongan sebaliknya ingin dirobohkan?

Hakikatnya penjara pudu adalah tinggalan sejarah. Ianya tidak boleh dirobohkan. Ingatlah negara bangsa yang dibina tanpa sejarah akan menghasilkan sebuah bangsa yang tidak ada jati diri. Mereka akan mengagungkang sejarah bangsa luar dan tidak akan percaya dan lupa pada sejarah bangsa sendiri.

14 comments:

Anonymous said...

sokong sama skali...
mula2 penjara..
lps tu...
skit2 kne hakis

reverie said...

bangsa yang tiada sejarah, tiada pegangan kukuh.

Cob Nobbler said...

tanpa sejarah,kita tidak akan mengenal masa depan.

fatah85 said...

tak lama lagi, apa lagi la kan roboh.

Annabuadiary said...

saya pernah berada di perth . dekat sana ada freemantle prison ..elok je diaorang pertahankan freemantle prison yang dah beratus ratus tahun tu .siap jadi tourist attraction and nak masuk pun kena bayar AUS 15 time tu la. Sume benda nak demolish, bila lagi bangunan keretapi dengan abdul samad nak kena dpt same fate.

DivaScarf #scarfwithstory said...

if im not mistaken, penjara pudu tu bukan tanah kerajaan, ia milik saudagar cina, so, kne bg balik la..

Besi Karat said...

ape ada hal.lepas ni,bangunan klcc,times square,pavilion,alamanda,mid valley,the curve,bangsar village,akan diumumkan sebagai bangunan & warisan sejarah.

jumapx said...

tak faham dengan Malaysia...negara lain berlumba2 nak dapat status WORLD HERITAGE oleh UNESCO...tp kita boleh bangga lagi nak robohkan bangunan2 bersejarah...hu3 apa nk jadilah...

Jay Harun said...

betul tu! sayang betul! ha pegi la robohkan Bgnn SAS tu pulak, bgnn keretapi, mahkamah mejistret..robohkan sume..nak moden sgt kan? kan??

takde jiwa sejarah lsg diorg nih!

Basuh Baju said...

Lagi 100 tahun, entah2 KLCC pun dirobohkan, ye dak? haha

dumbdeaf said...

seriously..baru je planning nak g shotphoto setiap mural yg ada tu..T.T" memang satu masa nanti di masa hadapan Malaysia akan berasa RUGI..sangat2 rugi..

Anonymous said...

cukong geng mamakthir meleleh tengok tanah kat tepi banggunan dia...lalu di rasuahnya pemimpin negara yang ko sayangi

Khairi Mohd said...

Byk hantu sgt kot. Kasi roboh la senang. Tapi kan, ntah la bg aku better wat shopping comple je kat situ. I mean kat penjara tu. hui best tuh penuh gerai2 dlm tu. horror siap.

joe said...

nanti kita compare sblum dan selepas, mane lagi jem, pastu utk menguji kebekesanannya, org MALAYSIA @ tak MALAYSIA, jangan naik public transport, jgn naik moto, pakat beli kereta sorang satu, dan tolong ye, jgn kongsi, beli sorang satu kereta, n then gerak la dlm pukul 8 pagi palaing awal, konfem tak jem lah, mane ade jem, korang ni, tu sume mainan perasaan je tu, mane ade jem...sambil berlari2 masuk ke opis 10 minit lagi hampir pukul 10