Monday, June 7, 2010

Lagenda Budak Setan


Hari sabtu aku ke Mid Valley. Tujuan aku hanyalah satu iaitu untuk menonton filem Lagenda Budak Setan. Sebelum aku ke sana, aku sudah membeli tiket secara online. Takut-takut tiket habis. Setibanya di GSC, telahan aku tepat- manusia begitu ramai beratur demi mendapatkan tiket. Filem Lagenda Budak Setan sold out.

Aku masuk awal ke dalam pawagam. Sengaja masuk ketika lampu masih dibuka. Suasana cerah begini membenarkan aku untuk memerhati penonton yang datang menonton. Sekali lagi telahan aku tepat. Yang datang kebanyakannya adalah yang sudah bekeluarga- tapi tidaklah tua mana. Ada anak seorang dua yang masih kecik. Mereka ini aku yakin masa sekolahnya membesar dengan novel Ahadiat Akashah. So bila filem ni keluar, diorang dah berumah tangga. Konfem suami mereka diheret untuk ikut sekali atau mungkin isteri sebenarnya yang diheret untuk teman suami.

Golongan anak muda yang berkapel-kapel juga tak kurang ramainya. Ala, golongan ni cerita Sifu Tongga pun diorang akan layan. Aku tak yakin diorang baca novel Lagenda Budak Setan. Sebabnya ketika sebelum filem ini bermula, masing-masing dok tanya-tanya tentang jalan cerita. Sesekali aku perasan ada geng lelaki yang masuk. Ini konfem geng yang minat Lisa Surihani. Normal la tu.

Lisa Surihani memang layak memegang watak ayu. Sebelum filem ini, aku tak amek pot pun tentang Lisa. Tetapi di dalam Lagenda Budak Setan, Lisa sangat ayu menjadi Ayu yang digilai Kasyah. Aku rasa bukan Kasyah je yang tergilakan ayu/Lisa. Tetapi lelaki yang normal pasti cair juga. Balak-balak yang bawak awek konfem kena cubit dengan bila mata tak lekang kat muka Lisa. haha

Perkara paling mengecewakan ialah Kasyah tidak sesetan di dalam novel. Dan ini ada kaitan dengan perubahan jalan cerita. Dalam novel Kasyah nakal ketika di sekolah. Tetapi di dalam filem-cubaan Kasyah menjadi setan di universiti tidak menjadi. Yela, kenakalan di sekolah tidak sama di universiti. Bila kenakalan di sekolah macam taruk cicak, bagi surat cinta tu dilakonkan dalam konteks universiti- ia jadi lain. Malah remeh sangat. Bagi aku inilah kegagalan paling terbesar di dalam filem ini. Bagi mereka yang tak baca novel- pasti berasa hairan, apa setannya Kasyah ni?

Bagaimanapun, plot cerita seterusnya di mana Kasyah pergi sambung belajar, Ayu kahwin dengan Azmi, Ayu eksiden lalu menjadi Emilia, Katerina muncul menceriakan Kasyah dan Ayu meninggal ketika melahirkan anak digarap dengan baik. Pastinya kita tidak boleh nak expect semua benda yang ada dalam novel diselitkan pada setiap babak. Asalkan Twilight dan Harry Potter yang 500-600 ms pun ada kena potong-potong, inikan Lagenda Budak Setan yang tebal 900 muka surat.

Ketika filem ini tiba di penghujungnya, watak kasyah sebagai pencinta sejati mula terserlah. Dengan bermacam dugaan- dari dikecewakan Ayu, Ayu lupa ingatan hinggalah Ayu meninggal- Kasyah tetap berpegang pada cintanya. Inilah dia 'killer' di dalam novel Lagenda Budak Setan di mana seorang 'setan' menjadi pencinta setia. Aku rasa sentimen ini dirasai oleh kebanyakan penonton. Kalau ada pun aspek yang menyelamatkan filem ini tidak lain dan tidak bukan ianya penderitaan Kasyah.

Ada ramai yang mempertikai cerita Lagenda Budak Setan adalah jalan cerita cinta yang klise. Beritahu aku filem melayu mana yang watak perempuannya muka hancur, kena tukar muka dan kemudiannya hilang ingatan? Seingat aku juga tidak ada filem melayu yang heroinnya dipegang oleh 2 orang pelakon. Malah cerita mak ayah pegang syarikat besar juga tidak muncul. Dan aku sangat yakin mereka yang tidak baca novel pasti tidak menjangka kesudahan filem ini berakhir dengan Ayu mati. Bagi aku, pertikaian-pertikaian ini timbul pastilah kerana sekadar membaca sinopsis novel sahaja- let alone menonton filemnya.

*
Selepas selesai menonton Lagenda Budak Setan, aku tersenyum kegembiraan. Macam tidak percaya novel yang aku gilai ketika di zaman persekoahan sudah diangkat ke layar perak. Kasyah dan Ayu yang selama ini berdasarkan imaginasi aku telah dilakonkan oleh Farid Kamil dan Llisa Surihani. Kalau dulu tidak ada lagu tema, kini Lagenda Budak Setan sudah punyai lagu 'Bila Cinta'.

Beginilah perjalanan Lagenda Budak Setan. Aku amat yakin Katerina bakal menyusul.

18 comments:

HBM Consultant said...

Salam, Encik BB.

Saya adalah seorang daripada ribuan pembaca Lagenda Budak Setan yang mula membacanya sejak berusia 17 tahun pada tahun 1992 dahulu. Ya, saya melalui usia remaja bersama LBS!

Seperti kata Ahadiat Akashah, 25 tahun usia LBS dan hanya orang yang pernah membaca LBS sahaja yang tahu mengapa tajuknya sedemikian dan mengapa Ayu menukar muka (saya timbulkan isu ini kerana ramai penulis blog yang mempertikaikan 2 aspek ini dalam filem tersebut sedangkan mereka tidak pernah membaca novel asal bagi filem tersebut).

Apa pun, filem yang di adaptasi daripada novel memang tidak akan pernah sama 'semangat dan perasaannya' dengan apa yang tertulis dalam novel asal. Jadi, saya suka menyarankan kepada mereka yang menonton, bacalah novel LBS dan anda akan mendapat segala jawapan yang anda mahu. ;)

Hambali ® said...

Ada makcik kat tempat saya ingat cerita ni cerita hantu ....

adoiyai ...

ummi azween said...

salam,
saya dan suami amat meminati Lagenda Budak Setan (saya sendiri membaca novel ini seperti kitab)namun saya sangat kecewa dgn filemnya. Saya amat setuju dgn pandangan saudara bahawa kenakalan kasyah amat remeh bila di angkat dalam filem. malah saya tidak dapat rasa kedalaman cinta mereka pada 20 minit pertama.

saya rasa teknik imbasan amat sesuai di wujudkan supaya penonton mampu menyelami betapa kejamnya azmi kerana dgn hanya bercerita, saya x dapat feel perangainya yang teruk. saya juga merasakan pada 30-40 minit pertama tayangan semasa kasyah dan ayu mula bercinta adalah moment yang paling boring pernah saya alami. hingga dgn kecewa, saya keluar dari panggung.

namun, saya tetap menonton berseorangan untuk kali kedua. kerana saya rasa tidak adil saya mudah kecewa. saya habiskan jua walau terseksa sedikit. dan saya setuju juga pengakhiran kekecewaan kasyah digarap dgn baik walau permulaannya sangat lemah....(ntah mengapa saya rasakan plot permulaannya di mana kasyah dan kawan2 universitinya menunjukkan kenakalan & kemunculan ayu + menunculan azmi dan ibu ayu.....terasa terlalu longgar)

saya kecewa...dan amat berharap agar di satu masa nanti lagenda budak setan di filemkan dgn lebih menarik.

apapun, usaha pihak berkenaan dalam memastikan filem ini ditayangkan amatlah di sanjungi

-aPi- said...

mayB aku tak bce novel ni,
tp aku dlm proses nk mncri...

best2 n best citer ni,
aku tak nafikan la kalo tak seperti novel,
sbb mmg ssh nak samekn sebijik mcm dlm novel,

aku da bace ayat2 cinta,
n compare ngan movie die mmg lain skit sbb ade scene2 dlm novel ade dlm movie,
same la jugak ngan movie ketika cinta bertasbih di adaptasi dri novel gak....

ape pon,
bg aku best la citer ni..

Anonymous said...

Filem Kecoh Netul pun full house juga...kelakar giller cerita..!!

hans said...

Basuh Baju...
apa2pun den sedih jugalah...
sebab apabila nama tajuk filem ini ialh LAGENDA BUDAK SETAN...jadi sepatutnya pengarah kena budak akashah tu betul2 nampak macam SETAN...
dekat situ dah ramai persoal apakah kesetanan AKASHAH hanya sekadar itu jer?
akhirnya nampaklah si AKASHAH tu bagai mamat romeo yg jiwang...
padahal dalm novel memang jahat nak mampus...hahaha...
lepas tu scene mereka belajr di oversea tu tak ada...mungkin budget xcukup..dimaafkan...
tapi watak2 macam Lady In Black n banyak lagi tu...
ku rasa mungkin kalau buat drama boleh kut bagi gempak cerita nih...
apa2pun menunggu sambungan kedua iaitu bahagian Katerina...
itu pun best...
cuma harap jgnlah filem bahagian kedua macam yang pertama nih..
semua kelam kabut...
aku ingat kita yang baca novel jer rasa macam tu
tapi member2 aku yng tak baca novel pun rasa benda yang sama
adoi
apa2pun Lisa cun
hahahaa

reverie said...

Aku ada baca set Buku Budak Setan 1 sampai Katerina, abang aku punya waktu sekolah rendah dulu. Gila Ahadiat Akashah do. Pilot cafe, Joy dan bagai. haha.

budak syaiton said...

aku rasa pas ni novel retro tulisan ahadiat akashah akan laku macam goreng pisang panas....

Anonymous said...

saya belum pergi menontonnya lg..insyallah dlm minggu ni sy dan suami akan pergi..

sy pun sama mcm yg lain..membesar dgn novel2 ahadiat..1st time sy baca novel "Budak Setan" masa darjah 5..1992..kemudiannya cerita ni disambung2 sampailah ada 7 siri kalau x salah sy sebelum di bukukan menjadi "Lagenda Budak Setan"

sayang sekali filem ni x bermula dr semasa diaorg sekolah menengah kerana impaknya bermula dr situ..sy x boleh nak komen bnyk2 sbb x tgk lagi filem ni..nnt bila dah tgk sy akan preview insyaallah..kerana setiap inci plot novel ini masih segar dlm ingatan.. :)

yusuf mujahidin ™ said...

Salam BB

aku minat Lisa. tu yg pasti..haha

bila aku tgk LBS aku rs sgt kecewa. aku rs jalan cerita dia dh ok cuma garapan pengarah dn skrip yg longgar buat aku rs kecewa.

aku mmg tk bc novel LBS. tp aku pnah bc novel2 AA yg lain.

mgkin kelemahan penggunaan kamera, skrip yg longgar dan kurangnya emosi buatkan mesejnya tk sampai pd aku. tajuknya setan tapi setannya tk menonjol..

kelemahan ni sepatutnya tk jadi alasan sebbnya kita tgk saja filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2. jalan ceritanya dan cara olahan kisah adaptasi dari novelnya sangat menarik. malah lebih menarik dari novel.

harap sambungannya lebih baik

Anonymous said...

watak 2 jambu sgt...bg aq watak kasyah bukan mat jambu...ptt watak nie bg kt mat2 rock bkn mamat jambu leleh cam farid...

teh tarik gelas besar mungkin slah 1 org y x bace...n die mungkin budak y x brape nakal n agak penakut zaman sekolahnya...sebab komen aq pon x dpt disiarkan kt blog nyer...

aper pon aq mmg ske part die nakal kt skolah...budak2 aq time skool bace buku nie pon sbb byk y ade kenemengene ng zaman skool kami...

bahagian cintan cintun aq x brape nk syok bace...ag pon minah2 jiwe2 y bace n jadi peminat setia novel nie kebanyakan nyer x minat ng watak utama pada zaman skolah nyer...nakal n ske dajal minah n mat2 skema...anti budak bajet best...anti mat2 jambu kaye y poyo...

kebanyakn minah2 y tega membaca novel 1 2 3 hingga ke langenda nyer sme minat part jiwe2...masuk part 2 aq dh kreng...

n ble dh jd muvee mmg total lost...tgk jer iklan kasyah wt rambut ala reshmonu tros aq n membe2 tguu jer cd pirates...
potong stim...watak n novel nie wujud dizaman mat2 underground ng bersepah...sedikit sebnyak watak utama mengetengahkn imej rock @ serabai...tp y jd nyer mat jambu bajet jiwe2...cehhh..mmg potong...

mmg meleret2 klau nk dibuat dr zaman skolah tp skurang2 nyer imej y dibawak e2 penting mewakili pembaca2 novel ini pd zaman kegemilangan nyer...ini aper y nk diterujakn klau dh watak pon seperti lahir dizaman sekarang...nilai2 estetika perlu diutamakan bkn....

Imah Ims said...

Radzi! aku pun rasa katerina akan keluar. sbb masa habis tu, dia tulis 'Berakhirnya Bahagian Satu' :D

mAnjuNg said...

aku bukan arr hebat sgt smpai nk komen org laen nye hasil keje tp this is just my opinions.

masih xfaham dgn mereka yg terlalu m'agungkn filem ni. bg aku selain dari scenery yg cantik n background music yg sedap, yg laen tu hanya sekadar ok.. nothing much, plot pn lemah dan longgar.

tahniah utk director kerana p'cubaan bwk citer ni ke layar perak.. u did great job but...

aku xnk citer psl p'samaan filem ni ngn novel sbb nnt msti ade suara sumbang yg kata "mn bleh nk same 100%, kalo harry potter pn... yada.. yada."

fine. just nk ckp yg director xsepatutnye ambil mudah bende2 yg kecil. cth, kt college xkn panggil cikgu then siap ksk greetings selamat pagi lg..

then xkan cuci gambar pkai berus cat. seems like diorng ni cm xwat homework je. career Kasyah pn, kata graphic designer tp xkn jd photographer skali kot..

mmg diakui lagu die sedap tp xkn la
nk dimaen kn berulang2 kali. barisan pelakon pn, u've to admit hanya beberapa org je yg bleh bwk watak dgn b'kesan..

kalo nk citer psl perubahan xyah ckp la.. cuma 1 scene yg aku xbp ske. bibit p'temuan pertama Kasyah-Ayu xsptt nye ditukar semata2 nk tunjukkan 'kesetanan' Kasyah ..

teringin sgt nk tau bape budget utk filem ni.. utk next sequel mintak la ditukar director. as i said earlier, even small things pn u can't take those for granted.

byk yg perlu d'baiki. i'm sure msti ade reader yg b'setuju ape yg aku ckp ni. n i'm not the only person yg rs filem ni agak mengecewakan .. arap2 sgt next sequel diorng wat btol2.

p/s: i guess org yg kata filem ni best sgt msti diorng ni xbc novel n kalo bc pn msti da more than 5 years .. sile bace balik

Wong Siu Long said...

lagi baik dorang buat drama jer LBS ni,, macam citer tangisan bulan madu tuh!.. lagi banyak scene boleh cover by episod..
pelakon.. tak yah lah farid kamil pun tak per..
amik aku jer.. huahuahuahuahua..
lisa surihani.. memang matching la tuh!!

Basuh Baju said...

@semua:

memang betul filem LBS ni taklah sebest mana. jauh sekali nak beat filem sepi. tp at least tak sehina filem sifu and tongga..haha

cuma macam saya cakap- saya melihat filem ni dari sudut nostalgia..

kalau ikut teknikal, harapkan muka lisa yg cun tu je la yg memuaskan hati..haha

btw, those yg dh tgk jgn serik tunggu katerina.

we hope pengarah seterusnya ialah Khabir Bhatia.

setuju?

fadz said...

suka dengan rebiu awak ni.. buat saya nak baca buku LBS..

MiszLola said...

Baru je balik dr Alamanda... haha gi singgah tgk LBS. Ckp ngn boss nak gi kuar lunch..hehe

Suatu ketika dulu mmg aku peminat setia AA, sanggup buat muka tak malu pinjam ngn kwn2x.. ( almaklum la tak mampu..) LBS mmg penah buat aku gila kat Kashah.. hehe sampai aku simpan niat nak kene blaja kat oversea jugak... aku pun pelajar nakal gak mase sek2x dulu.. tapi sbb novel AA, aku rase wlpn aku nakal tak bermakna aku akan gagal.. mmg aku hidup dgn novel AA...

So bila tgk cite LBS kat GSC td.. hmm.. mmg betul la.. for first 30 mins mmg aku sgt kecewa, tak seperti diharapkan.. Bila tgk Que menangis mase pukul Lisa, aku rase meluat plak sbb asyik2x tgk Que menangis.. bosannyer... ;-( n Kasyah tak SETAN pun!!! n.. mmg Lisa tu sesuai ngn watak ayu tapi.. rasenye tak ckp mendlm penghayatan dia as ayu.. nasib baik cun....... yg gantikan Lisa pun...hmm... so so la.. cuma bila part dah akhir2x ayu tu mmg same dlm buku.. aku suke ;-)
ape2x pun.. aku akan tetap tunggu Kat kuarr for next movie..

p/s : last 2 yers, baru blk dr oversea.. ;-)

KERJA SAMPINGAN DI RUMAH. said...

Salam EN BB

Seperti yang lain saya juga membaca Novel Budak Setan sejak saya form 3 lagi. Sememangnya novel ini mempunyai pengikut pengikutnya sendiri dan diakui saya sendiri menjadi taksub dengan novel ini pada masa itu. Malang sungguh sehingga hari ini saya masih belum lagi berpeluang menonton filem LBS ini.

Walaubagaimanapun setelah saya membaca semua komen daripada saudara saudari dapat lah juga saya bayangkan di mana kelemahan dan kekuatan cerita ini.

Cadangan saya filem ini masih lagi boleh di perkuatkan lagi dengan menerbitkan filem sekual seterusnya . Bukan sambungan filem ini tetapi flash back kebelakang
seperti filem KL MENJERIT.

So tajuk filem ini boleh ler di tukar kepada Budak setan . Jadi penonton dapat mengetahui sesetan mana si Kasyah semasa di zaman sekolah menengah.

Apa apa hal pun tahniah kerana filem LAGENDA BUDAK SETAN ini.